Isnin, 23 Februari 2009

KE LONDON POHON TALIAN HAYAT

Zambry Abdul Kadir mengumumkan beliau mahu mendapatkan panduan Peguam Diraja berhubung krisis perlembagaan Perak. Rombongan berkenaan dimaklumkan telah berlepas ke London termasuk di dalamnya salah seorang ADUN Kudeta yang terlibat.

Saya dalam perjalanan balik ke Parit Buntar dari Mahhkamah Tinggi Kuala Lumpur berminat untuk mengulas perkara itu dalam beberapa sudut :-

1. Tindakan terdesak yang sedang dilakukan oleh ADUN Pangkor dan ADUN yang terlibat adalah untuk mempertahankan kerajaan haram yang diambil sejak 6 Feb yang lepas. Nampaknya dalam tempoh rampasan kuasa itu sehingga sekarang mereka telah mengkaji semua sudut perundangan yang ada bagi mempertahankan kedudukan haram itu. Bila sudah buat keputusan untuk ke London dan merujuk kepada peguam di sana bererti harapan kepada undang-undang yang ada di Malaysia sudah tidak ada lagi.

2. Tidakkah di Malaysia terdapat ribuan peguam dan ratusan hakim termasuk yang menjadi Ahli UMNO termasuklah Ketua Hakim Negara sendiri. Ternyata tidak ada satu sudut pun dapat menolong kerja jahat mereka.Sebeb itu mereka ke London.

3. Manakah semangat cintakan negara dan perlembagaaan dan sistem undang-undang yang kononnya dilaungkan selama ini. Atas prinsip Rukun Negara "Keluhuran Perlembagaan" tindakan Zambry dan kuncu-kuncunya adalah menghina sistem yang ada di Malaysia, mereka telah menghina sistem yang ada di negara sendiri.

4. Salah guna harta rakyat berlaku lagi, mereka ke London bukan dengan duit peribadi. Saya yakin puluhan ribu akan dibelanjakan untuk ini. Harta Rakyat nampaknya disalah guna untuk mempertahankan kerja jahat parti UMNO dan BN. Sepatutnya mereka pergi dengan duit parti bukanya duit rakyat.

5. Saya sangat bangga dan bersyukur kepada Allah SWT yang memberikan kekuatan untuk kami memperjuangkan kebenaran ini. Doakan kemenangan yang pasti akan tiba.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 19:00:00

Tiada ulasan: