Khamis, 5 Februari 2009

KERESAHAN....

Tiada Daya dan Upaya melainkan milik Allah jua. Hanya itu ungkapan yang mampu dikata. "Serah kepada Allah" itu luahan DS Nizar. Sultan punyapertimbangan yang wajar InsyaAllah. Setakat ini dimaklumkan sultan belum perkenan mana mana permintaan. Najib di beritakan telah masuk kali kedua.

Hati ini keresahan. Semua kerja tak mampu dilakukan.Hanya menanti sms atau tel. Tak mampu lagi menjawab. Setiap kali HP berbunyi hati berdebar. Hanya Allah memberi ketenangan. Tak mampu menjawab lantaran tak mahu memberi harapan palsu atau keyakinan yang saya sendiri tak pasti.

Serah kepada kebijaksanaan sultan. Baginda punyai kuasa pemutus. Namun harus barang diingat " Hati Sultan di bawah kuasa Tuhan. Allah pemilik kerajaan. Kepadanya kita berserah. Bersedia dengan sebarang keputusan dan tindakan. Berdiam kita ialah memohon, merancang dan menanti arahan pimpinan. Dari kita terus bertanya tanpa doa, lebih baik kita berdoa tanpa bertanya. Ianya adalah senjata terakhir kita.

Segala keresahan adalah ujian. segala kebimbangan memerlukan kita kembali mengharap kepada Tuhan. ADAKAH SESIAPA MAMPU MEMBERI KEPUTUSAN SELAIN NYA????? TIDAK!!!! Segalanya milik Allah jua.
Teruskan berdoa moga hati baginda sultan cenderung kepada permintaan kita. Yakinlah!!!! keputusan Allah adalah sebaik baiknya... HASBUNALLAH HU WANI'MAL WAKIL. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.....

Tiada ulasan: