Sabtu, 7 Februari 2009

LUAHAN GETARAN JIWA UNTUK BAGINDA RAJA

Krisis di negeri Perak terus berlarutan. Segalanya nampak sukar dan buntu. Pelbagai berita dan eksploitasi media sedang berleluasa. MB sah di label derhaka. sedangkan perampas kuasa seakan taat menjunjung perlembagaan negara. Itulah wajah media.

Sehingga hari ini DS Nizar masih bertahan di kediaman Rasmi. Bertahan dengan jawatan Menteri Besar. Beliau adalah menteri besar pilihan Rakyat. Perkenan Tuanku Sultan BUKAN p[ilihan Tuanku Sultan yang diperkenan rakyat. Rakyat adalah teras demokrasi. Raja adalah Payung dan pelindung yang tunduk di bawah perlembagaan. Masing masing mesti memahami hak dan bidang naungan masing masing. Kini rakyat merasakan payung telah ditiup anging dan condong meninggalkan mereka ditimpa hujan. Mungkin bukan salah payung, namun ribut lantaran kadatangan hantu ALTANTUYA begitu mengganas.

Rakyat berhimpun mempertahankan raja bukan Derhaka. Agar Payung mahkota tak jatuh ke tanah lantas dipijak kaki najis perasuah negara. Rakyat mengorbankan diri mereka . Merayu dan merafa' sembah agar Payung terus kukuh tanpa condong ditiup angin. Demikianlah sayangnya Rakyat agar institusi raja terus di puncak menaungi rakyat jelata.

Di pihak lain bala tentera Al Tantuya mengganas menggila. Meletup jenazah yang tak berdosa, meledakkan suasana damai bumi Ridzuan, menggegarkan lanskap politik negara. Demikianlah hebatnya C4 yang di bawa dari Pulau Pangkor DAN pUTRAJAYA. Mungkin Pangkor tak mampu menampung gempitanya andai dipetup di sana. Apatah lagi Jeti tenggelam di Sungai Pinang Kecil Tanda Projek untuk Rakyat di Pulau Menteri Besar HARAM PERAMPAS KUASA.

Raja akan tetap bertahta. Istana nya tetap teguh , namun kemulian dan penghormatan rakyat mungkin terhapus jua lantaran sikap istana. Harapan dari ucapan Raja Nazrin Shah ketika meraikan ulangtahun pemerintahan ayahanda baginda barangkali di anggap ungkapan yang jauh dari realiti. Di mana istilah raja merasai denyut nadi rakyat. Di mana istilah pagar istana tidak memisahkan raja dan rakyat jelata??

Seusai jumaat 5 Februari menyaksikan amarah dan harapan rakyat jelata. Sukar rakyat menembusi pagar istana, namun rakyat mampu meluahkan isi hati kecewa dari apa terjadi dari jalan yang pasti dilalui raja. Pastinya petang itu baginda raja dan anakandanya yang masih ada hati dan jiwa tersentuh jua.

Mana mungkin raja yang sebijak keduanya tiada hati dan perasaan melihat rakyat diperlaku seumpama anjing kurap di luar istana??? Pernahkah rakyat bersikap sedemikian rupa??? Tak pernah dipeduli rakyat jelata apa berlaku di balik istana. Tak pernah dipeduli rakyat jelata apa berlaku di hutan belantara, namun kini ianya menimpa kepala rakyat jelata. Takkanlah raja membutakan mata. mungkin tersilap catur baginda lantaran tekanan dan gangguan maklumat salah dan sesat di sekelilingnya.

Kini rakyat bersuara. Bersuara hanya pada ruang nasib mereka . bukan menganggu apa yang berlaku di balik tirai istana atau hutan belantara. Bersuara bukan menuntut sesuatu yang tak mampu ditunai raja,bukan meminta raja menyebelahi mereka, sekadar mohon agar menyerahkan kembali restu untuk rakyat menyatakan pilihan mereka...Derhaka kah itu... ????

Rakyat bukan ingin menjadi Jebat... tidak jua ingin mengingat peristiwa sultan Mahmud Mangkat dijulang, Rakyat kasih dan sayang pada baginda... namun rakyat jua mengharap kasih baginda tertumpah buat mereka..... Mungkin suara itu masih belum mengejutkan sang raja atau pagar istana masih terlalu tinggi untuk suara rakyat mengeluh di dengari raja???? suatu hari suara itu pasti akan sampai jua...... Bagaimana??? Allah jua maha mengetahui segala rahsia....

Tiada ulasan: