DSAI pernah mengegarkan politik tanahair. Beliau dipecat di saat kemuncak prestasi. Keunggulan kepimpinannya melalui madah penerapan nilai nilai Islam hampir menenggelamkan Perjuangan Islam PAS. Namun beliau ditikam oleh orang yang menggunakkannya untuk menyekat kemaraan PAS.
DSAI bukan sahaja dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri malah ditumbuk dan dihumban ke dalam penjara. Sepanjang beliau dikurung, tuduhan kaki liwat, agen Amerika, Perasuah dan beberapa tuduhan liar lain terus ditusuk ke telinga dan hati rakyat. Malah lebih memedihkan , sahabat seperjuangan meninggalkannya satu persatu. Bermula Zahid Hamidi sehinggalah tokoh awal yang mampu bertahan dalam reformasi seperti Lokman Nor Adam dan Ruslan Kasim. Tidak ketinggalan Zamri Kadir, Menteri Besar Haram Perak.
DSAI bukan sahaja di tikam oleh musuh politiknya, malah sahabat yang beliau bina seperti Datuk Husni pun turut menikamnya. Balasannya kini Husni mendapat jawatan Timbalan Menteri Kewangan. Sedikit sebanyak fitnah dan berita palsu itu menusuk dan singgah jua di hati masyarakat Malaysia. Sehingga kini DSAI masih cuba dipalitkan dengan tuduhan yang tak pernah disabitkan kepadanya. Terbaru melalui Saiful Bukhari, pembantunya.
Berbeza dengan Datuk Seri Nizar Jamaludin (DSNJ) yang muncul ditengah kemelut politik negara. Kemunculannya secara tiba tiba mengisi kekosongan jawatan Menteri Besar Perak di saat tiada calon berkelayakan, satu suratan takdir yang luar biasa. Dalam tempoh 11 bulan DSNJ berjaya membuktikannya. Seluruh rakyat jatuh hati padanya. Wataknya yang mudah mesra amat menyentuh perasaan dan berkekalan. Beliau biasa bertamu hingga ke ruang pencuci pinggan jika singgah ke majlis perkahwinan. Tidak kekok membuka cermin kereta di jalanraya jika ada yang menoleh kepadanya ketika lampu merah. Bertegur sapa bukan asing bagi DSNJ.
Saya pernah berceramah di Masjid Kampungnya semasa beliau menjadi Bendahari PAS Perak. Hampir seluruh penghuni kampung nampak begitu senang dengan wataknya. Terlalu ramah. Ada sahaja bahan gurauannaya.Beliau di senangi semua peringkat usia dan bangsa. Namanya meniti di bibir pemerhati politik dalam dan luar negara. Kebolehan sebagai pemidato yang mampu berada di mimbar atau surau mendekatkannya dengan masyarakat Islam.
Kebolehan menguasai berbagai bahasa masyarakat Cina dan India adalah kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Beliau terlalu cepat membina nama. Menenggelamkan nama nama besar dalam politik negara. Beliau dikagumi oleh semua. Lim Kit Siang yang pada awalnya mempertikaikan perlantikan DSNJ kerana mewakili parti minoriti kini tidak ragu ragu lagi mengkagumi ketokohannya.
Di saat kemuncak kerier politiknya sedang mendaki, beliau dicampak dari kerusi negeri. Kuasa dari pusat yang bersekongkol dengan tangan ghaib khususnya Anuar Zaini dari dalam Istana bersama beberapa ekor katak peliharaan mempercepatkan kerja jahat tersebut. Mereka menyangka kerajaan pimpinan DSNJ akan terkubur.
Amat mengejutkan DSNJ disambut oleh puluhan ribu tangan rakyat yang bersedia berkorban mempertahankannya. Beliau dilambung umpama wira. Ketahanan mental dan emosi DSNJ amat mengkagumkan. Di saat terhina dengan konspirasi jahat, DSNJ mampu tampil di tengah khalayak dengan semangat yang tidak langsung kelihatan terganggu. Rakyat menjadi bertambah "Respect" dan tabik spring dengan DSNJ.
Musuh dari kalangan BN tiada isu. Mereka tidak mampu mencipta isu seumpama dilakukan kepada DSAI. DSNJ terlalu bersih. Tiada langsung palitan rasuah, moral atau palitan hitam pada tubuhnya. "DERHAKA dan BONEKA CINA" yang mampu sedikit membodohkan ummat. Namun era penyebaran maklumat yang pantas menjadikan semuanya lebur. Mereka cuba menyekat maklumat. Ceramah politik diharamkan! Harakah dan suara Keadilan di sekat. Tadi saya melihat berita menyatakan 4 orang ditahan kerana menyebarkan maklumat mengelirukan tentang kerajaan Haram Perak di Kuala Kangsar.
Ada ura ura beliau akan di ISA kan.Namun takdir Allah mengatasi perancangan manusia. Pilihanraya kecil Bukit Gantang yang memiliki kerusi DUN Changkat Jering berlaku. Andai DSNJ di ISA kan, semua boleh menjangka apa bakal berlaku. Sedikit kemarahan rakyat di Kuala Kangsar adalah isyaratnya. Tidak pernah berlaku ummmat melayu Perak menyampaikan mesej kepada rajanya sedemikian rupa. Ianya berlaku tanpa di pinta... secara semula jadi kasih yang di gugat menjadikan kemarahan di luar kawalan. Sewajarnya istana memahami betapa DSNJ di hati rakyat Perak.
Datuk Seri Nizar Membacakan Talqin di Majlis pengkebumian YB Roslan Shahrum.
Dua watak antara DSAI dan DSNJ amat ketara telah mencorak warna politik Malaysia. Keduanya berjaya mencipta gelombang baru politik tanahair. Jika Gelombang DSAI mampu menjatuhkan Trengganu dan menggugat beberapa tempat di Malaysia dalam pilihanraya 1999, Saya yakin dan amat yakin, andai gelombang DSNJ berjaya digerakkan, riwayat UMNO akan berakhir di Malaysia. Ramai tokoh politik telah menjangka tempoh luput UMNO namun tiada siapa menjangka siapa duri yang menjelmakannya menjadi realiti... Saya menjangkakan Datuk Seri Nizar Jamaludin mampu menjadi faktor kemusnahan dan pengkebumian UMNO... Saya terlalu yakin DSNJ adalah orang yang dinanti untuk membacakan talqin pengkebumian UMNO..... bersama kita merealisasikannya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan