SEhingga hari ini, politik Perak adalah paling menarik. Ia bermula sejak kekalahan BN, persetujuan parti parti pembangkang membentuk barisan rakyat kemudiannya menjadi Pakatan Rakyat. Kemuncak keistimewaan politik Perak ialah perlantikan DS Nizar menjadi Menteri Besar dari parti paling minoriti. Beliau dikelilingi oleh beberapa Exco bukan melayu, namun kini selesa menggunakan istilah melayu malah membaca beberapa ayat Al Quran yang mungkin tak pernah diucap oleh Najib Razak.
Rampasan kuasa melalui campur tangan istana, menambahkan lagi kesenian atau kekalutan yang berlaku. MB rakyat dan MB Istana. DS Nizar terus disanjung dan dipuja. BN berjaya bertapak di Bangunan SUK dengan campurtangan istana apatah lagi dengan duduknya Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri di dalamnya. Namun sesuatu yang BN terlupa ialah kedudukan Speaker yang dimiliki wakil PR. Tiada kuasa yang boleh menghalang speaker dari melaksanakan tugasnya. Sultan telah kehabisan baterinya. Di luar bidang kuasa.
Abdullah Badawi menyatakan BN ada cara menggantikan speaker. Semua pakar undang undang dan penganalisa politik hampir sekata hatta yang menjadi balaci dan terompah tandas terpaksa mengakui kuasa speaker adalah kuasa mutlak di dewan negeri.Apa cara tersendiri yang dimaksudkan Dollah Badawi? Tiada jalan undang undang yang membolehkan. Apakah ada jalan yang di luar undang undang..... Jika di luar undang undang...Musa....ng Hassan perlu bersedia bertindak...
PR sewajarnya telah menyediakan kawalan rapi untuk speaker ini .Paling tidak sehingga tempoh bulan Mei. Satu tempoh yang memungkinkan dibubar DUN Perak kerana tidak melaksanakan persidangan. Tempoh itu akan menentukan siapa lebih berkuasa. Kuasa rakyat atau kuasa dibelakang tabir istana ( Anuar Zaini). JIka berlaku juga persidangan DUN, Speaker boleh membenarkan usul undi tidak percaya. Dengan kuasa yang ada padanya, beliau boleh menghalang tiga ekor katak dari melompat bebas dalam dewan dan menganggu ketenteraman awam. Ketiga ekor katak ini telah dihalang menjadi ADUN kerana surat bertanda tangan menyatakan mereka telah meletakkan jawatan. mereka telah menandatangani dengan kerelaan hati....tiada paksaan. Saya yakin mahkamah yang adil akan menyebelahi speaker.
Seluruh rakyat sedang menanti percaturan polittik di Perak. Dalam suasana tertekan DS Nizar terus berperanan mendapatkan sokongan rakyat. Beliau menjadi insan paling popular di Malaysia kini. Di dalam satu ceramah di Jelapang khamis lepas, masyarakat India melaungkan " dewa Nizar"! satu keagongan yang terlalu tinggi. Lebih dari hidup Zamri yang dilaungkan oleh sawa nganga yang mengharap projek dari Zamri.
Mungkin BN telah bijak mencatur, namun mereka lupa PR telah lebih dulu bertindak. Kini kita menanti ayat yang di baca oleh Zamri tentang perancangan Allah dan perancangan manusia menentukan percaturan politik di Perak. Yang pasti Bukit Gantang adalah antara gelanggang terbaik buat Zamri dan DS Nizar walaupun bukan sebagai calon. Namun pasti Zamri tahu akibat menjadi calon dalam kebencian memuncak terhadapnya kini di Perak. Rakyat akan memberi isyarat awal kepada kerajaan Haram BN yang secara tidak langsung mesti diperhatikan oleh Istana...Jika istana ingin rakyat terus menyanjung institusinya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan