Jumaat, 20 Februari 2009

UMNO PAKAI PERSALINAN ISTANA.

Tindakan speaker Perak membuntukan jalan dan skrip Najib Tun Razak. Pengantungan Zamri Kadir sebagai ADUN dan 6 Exco kerajaan istana nya mengejutkan banyak pihak. Mereka seakan terlepas pandang selama ini tentang kuasa Speaker.

Pak Lah menampakkan kebingungannya dengan komen bahawa apa yang dilakukan adalah usaha menjatuhkan kerajaan Perak. Apakah Pak Lah lupa bahawa kerajaan Perak haram sekarang adalah hasil rampasan kuasa. Mungkin Pak Lah lupa kerana beliau dikatakan tidak terlibat dengan usaha awal Najib Razak. Lebih menarik ialah ulasan kebanyakan pemimpin UMNO yang agak celik undang undang. Kita lupakan yang buta undang undang seperti Nazri Aziz dan Zamri Kadir sendiri.

Zahid Hamidi memberi komen yang menunjukkan beliau faham undang undang. Kata Zahid ... " Ianya tidak boleh dilihat dengan undang undang sahaja, ianya mesti dilihat dri aspek ketatasusilaan. Kuasa sultan mesti dihormati..." Sah Zahid mengakui bahawa BN telah menyalahi undang undang dan tindakan speaker adalah menepati undang undang! Tidakkah undang undang adalah berada di atas segala perkara. Undang undanglah yang melahirkan semangat ketatasusilaan malah raja sendiri digelar raja berpelembagaan.

Sejak bila BN menghormati ketatasusilaan. Tidakkah tindakan menculik ADUN itu melanggar batas ketatasusilaan? Tidakkah merampas kuasa diluar DUN itu mencabul ketatasusilaan? Apakah tindakan rasuah itu katatasusilan??

BN khususnya UMNO kini sedang tersepit. Mereka tiada jalan keluar. Saya yakin mereka sedang merancang sesuatu yang di luar undang undang. Kekerasan dan ugutan bukan lagi perkara asing dalam politik Najib. Suara Najib seakan tenggelam seketika kini. Apakah Najib sedang memerah kepala bersama penasihatnya yang baru keluar dari tindakan mahkamah- Razak Baginda?? Atau beliau membiarkan Perak terumbang ambing lantaran calon MB nya dipintas oleh Pak Lah Badawi??? Ternyata benih Najib di Perak melahirkan Anak Pak Lah Badawi dan kini Najib pastinya tak mahu mengaku anak haram yang lahir dari perut Pak Lah. Sah ianya benih Najib.... namun kini bin nya ialah Pak Lah Badawi. Mari kita cuba DNA nya...andai ia belum hancur diletupkan C4.

Kini BN bergantung penuh dengan istana. Apa sahaja jalan buntu yang dihadapi oleh Umno, mereka menggunakan nama istana. Bukan rahsia lagi siapa proksi BN di dalam istana. Anuar Zaini dan Abdul Rahim muhd Nor adalah dua makhluk asing jelmaan Pak Lah yang telah menjelmakan kerajaan Haram di Perak. Jelas UMNO sedang menjahanamkan institusi istana tetapi dengan jalan yang berbeza. kalau dulu mereka menyerang istana , kini mereka menggunakan istana membentengi kerja jahat mereka. Wajah alien mereka yang hodoh dan ganas cuba berselindung di sebalik persalinan indah istana yang bergemerlapan dan segak. Namun ianya hanya mampu disembunyikan jika dilihat dari belakang. Bila makhluk hodoh dan ganas ini berpaling, terlihatlah wajah mereka. Apatah lagi bila bersuara tentunya semua akan mengenali....mereka bukan raja atau istana... kecuali bagi orang bodoh, pekak, buta, tuli dan makhluk jahat seumpama mereka jua...

andai mereka anak jantan...tanggalkan persalinan istana itu segera....andai raja raja dan sultan menyedari.... jangan biarkan persalinan indah itu dicemari.... bimbang rakyat menyangka...istana dan makhluk itu sama dan serupa.... Yang ruginya kita dan bangsa kita jua institusi beraja....

Tiada ulasan: