Jumaat, 13 Februari 2009

WIRA RAKYAT

Terkini di kediaman rasmi MB Perak melaporkan DS Nizar telah bersedia untuk keluar dari kediaman rasmi tersebut. Beliau bersedia untuk keluar setelah saman terhadap kerajaan HARAM Zamri difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang akan dilakukan jam 11.30 pagi esok.



Bukan sahaja Zamri tidak sabar menanti DS Nizar keluar dari kediaman tersebut malah Rakyat juga menanti beliau keluar dari kediaman tersebut. Namun berbeza Dengan Zamri yang mengharapkan untuk mengambil alih kediaman tersebut, rakyat menanti DS Nizar turun ke padang menjelaskan isu terkini. Rakyat yang selam ini mengunjungi kediaman rasmi tersebut mungkin ada yang terasa asing kerana pagar itu terlalu tinggi dan sebelum DS Niza, ianya menjadi kawasan larangan rakyat marhain. Mungkin kembali menjadi kawasan larangan selepas ini.

KIni seluruh rakyat mengharapkan DS Nizar akan berada di sisi mereka. Saya yakin dan amat yakin DS Nizar yang selama ini dekat di hati rakyat akan jauh lebih dekat malah sentiasa bersama rakyat. Sebelum ini DS Nizar sentiasa bersama rakyat setiap subuh sabtu dan ahad di masjid seluruh Perak. Beliau juga mengunjugi rakyat dalam pertemuan solat jumaat.

DS Nizar telah memulakan roadshow beliau ke bebrapa pertemuan dengan masyarakat Cina. Sambutan terlalu menggalakkan sehingga ada yang beranggapan DS Nizar seumpama dewa keadilan. Mungkin ianya satu yang bersifat melampau, namun itulah sayang masyarakat terhadap DS Nizar. Bagi masyarakat Melayu DS Nizar ialah pemimpin yang berjaya menonjolkan keadilan dan keterbukaan Islam kepada masyarakat bukan islam di Perak dan Malaysia amnya. Selama ini UMNOlah yang menjadi hijab antara islam dan bukan Islam di Malaysia.

Saya yakin DS Nizar akan keluar dari kediaman rasmi sebagi wira harapan rakyat untuk dijulang. Langkahnya akan lebih gagah dan tidak mustahil DS Nizar akan menjadi ikon baru anak muda Perak.... SELAMAT KEMBALI WIRA RAKYAT DI MEDAN RAKYAT!

Tiada ulasan: