Rabu, 11 Februari 2009

GAM CERAMAH POLITIK

Terkini diberitakan bahawa semua permit ceramah politik di Perak di bekukan. Sesuatu yang diluar undang undang dalam sebuah negara yang mendakwa demokrasi. Ianya adalah satu bentuk ISA pemikiran untuk seluruh rakyat Perak.

Kerajaan haram J_d_h pimpinan Sekutu zamri mamak dan Najib meneyedari populariti DS Nizar semakin melonjak semenjak rampasan kuasa yang rakus dengan persekongkolan Kerajaan pusat dan Istana perak ( Tan Sri Anuar Zaini). Simpati rakyat Perak begitu tinggi bukan hanya kaum melayu, malah Cina dan India.

SetiaP perhimpunan di adakan mendapat sambutan hangat. Hingga kini situasi di Perak adalah tenang, namun rakyat ternanti berita dan perkhabaran terutamanya dari Residen Rakyat kediaman MB. Rakyat dahagakan berita, Mereka hilang kepercayaan terhadap akhbar dan TV. Blog menjadi talian hayat maklumat ini.

Pimpinan PAS Perak telah mengistiharkan melalui SETPOL MB yang juga ketua penerangan PAS Negeri bahawa Roadshow menjelaskan krisis politik Rampasan kuasa di Perak akan di atur. Sasaran utama ialah Parlimen Lumut yang menempatkan Pasir Panjang yang diwakili Nizar dan Pangkor yang diwakili Zamri.

Kerajaan haram menyedari bahaya roadshow ini. Mereka diberitakan berhasrat menahan DS NIzar melalui ISA yang kemudiannya di tolak oleh Pak Lah walaupun Hamid AlBarUA telah memberi isyarat awal. Mungkin kerana pilihanraya kecil Bukit Gantang yang telah pasti berlaku. Kerajaan Haram mesti menghalang rakyat mendengar penjelasan langsung dari mulut Nizar yang dirindui rakyat. Zamri dan Zahid menyedari musibah yang akan menimpa andai ini terlaksana.

Tiada pilihan lain. Polis mesti digunakan. Bukan dari Perak namun jelas kuasa Najis telah mengarahkan Musa ng Hasan.... Musa ng baru sahaja menyambung kontrak haramnya sebagai ketua polis. Hanya anjing yang setia akan terus dipelihara oleh tuannya. Maka arahan langsung Polis Bukit huru hara mengarahkan permit ceramah politik di bekukan.

Harus diingat pilihanraya kecil Bukit Gantang pasti akan berlaku. Apakah pilihanraya kali ini menyaksikan calon dan jurukempennya tidak berbicara soal politik??? Zamri mungkin akan berbicara mengenai gulai kari.. zahid mungkin akan mengumpan tempe...dan najis pastinya mengumpan hasil yang diimport dari Monggolia...

Inilah wajah sebenar Malaysia pra PM Najis. Sebab itulah TG Hj Hadi menyarankan agar Pak Lah terus memimpin negara. Semua menyedari bahawa Najis lebih bahaya dari Pak Lah. Memang diketahui umum bahawa orang yang takut bini akan tunjuk berani dan ganas di depan orang lain... apakah Najis juga kategori ini...Ianya bukan rahsia lagi.......

Tiada ulasan: