Selasa, 10 Mac 2009

5 ORANG SAHAJA SERTAI DEMO PPSMI

Berbagai angka di ajukan kepada masyarakat tentang bilangan peserta bantahan PPSMI. Utusan menyatakan 5000 orang, Malaysia kini mencatatkan 8000 orang.Hanya Allah yang tahu bilangan sebenarnya. Bagi saya perhimpunan itu hanya disertai oleh 5 orang.Dato Hasan Ahmad, Dato A samad Said, Hj Hadi , Ustaz Nasaruddin dan Azmi TERAS. Yang lain tu saja JALAN JALAN CARI MAKAN.

Saya yakin semua orang menyatakan angka itu angka gila. Namun biarlah orang tahu bahawa semua angka itu sebenarnya gila. Kerana yang mengira angka itu kebanyakannya orang gila. GILA HARTA, GILA PANGKAT dan GILA SEGALANYA.kin juga mereka adalah orang Atau mungkin BUTA. BUTA MATA dan BUTA HATI! Gambar yang disiarkan oleh kebanyakan blog menjelaskan segalanya.

Kalau dulu, gambar yang disiarkan hanya oleh Utusan dan Berita Harian dan TV 3 atau TV 1 dan 2. Semua rakyat mudah percaya . Kini dunia bukan di bawah tempurung lagi. Dunia ibarat sebuah kampung. Semua maklumat di hujung jari. Inilah yang dikatakan menipu sampai orang tak percaya.

Tiada ulasan: