Ahad, 22 Mac 2009

LELONG BATU PERINGATAN DEMOKRASI

Saya telah dimaklumkan tentang lelongan serpihan batu peringatan Demokrasi yang dipecahkan. Malangnya saya mempunyai program dalaman dengan sekumpulan pelapis parti di Slim River pada waktu yang sama.

Lelongan tersebut dilakukan oleh Nga Kor Meng di bawah pokok demokrasi Medan Istana Ipoh. Difahamkan sekitar 500 orang hadir menyertai lelongan tersebut.Ketika balik dari program saya menerima mesej sahabat yang hadir tentang lelongan tersebut;

" Salam ust, untuk maklumat harga lelong batu demokrasi paling tinggi RM 17,000 . jumlah semua batu dilelong 5 ketul dan jumlah keseluruhan jualan semua RM 43,000 dan termasuk sumbangan orang ramai RM 63,000 dan di sempurnakan oleh YB Nga Kor Meng.tk"

Itulah bunyi sms yang saya terima, malangnya beliau tidak menyertakan gambar. Menurutnya Nga memaklumkan akan mendirikan tugu yang lebih besar dan kukuh lagi...

Amacam??? kita tengok pulak apa reaksi MBI selepas ini. Alangkan bertuahnya MBI yang tak perlu mengeluarkan modal untuk mewujudkan kawasan perlancongan di Bandaraya Ipoh. Saya tak tahu apakah MBI akan lebih mementingkan Bandaraya atau Hanturaya....

2 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

lelong najib agak2 berapa diorang nak bida... rosmah bida dulu letak 50juta.. hehe

Tanpa Nama berkata...

Salam... wakakakakak...
genuisnya org2 PR ni.. mcm tu pun boleh buat duit.. mesti org2 umno ni bengang jer dgr cerita ni..
"kita nak buat dia marah, balik2 kita yg marah" (ayat ahmad nisfu dlm cereita 3 abdul)
Duit tu klau ada lebih beli cctv sekali.. letak kat situ, lepas ni klau pecah jugak senang la nak report kat polis. klau polis xnak ambil tindakan jugak pun xper laa.. janji tau sapa punya kerja cukup dah.. yg lain kita cerita kemudian ... berehhh...

(YB Hasan Rahman ADUN BN Sg.Rambai, Melaka) tel:0196265625