Selasa, 10 Mac 2009

POKOK DEMOKRASI - MOGA KEKAL DAN HARUM MEWANGI


gambar copy dari AlBanjari.....

Pokok ini dilahirkan pada 3 Mac 2009. Ia bertapak pada 8 mac setelah 5 hari dilahirkan. 9 Mac masih cuti rasmi maulid nabi. Hari ini 10 mac DBI mula bekerja semula. Apakah pokok ini akan menyembah bumi atau di cantas lagi.

PokoK demokrasi adalah simbul kemusnahan demokrasi di Negeri Perak . Ia adalah sejarah. Walau sepahit manapun kita menerima penjajah namun kita membiarkan malah mempertahankan kubu A Famosa sebagai simbol sejarah di Melaka. Ia sejarah untuk direnungi. Zamri mungkin tahu kewujudan Kota Belanda di Kampungnya di Telok Gedong Pangkor. Gerai roti canai Pak Ak (sahak) dikenali pelancong dalam dan luar negeri kerana berdepan dengan Kota Belanda. Mereka ingin melihat tinggalan penjajah. Batu Bersurat juga dibiarkan malah di pelihara di Pangkor. Ia juga dikatakan tinggalan Belanda. Belanda adalah penjajah kita!

Respon awal Zamri kadiaq tentang pokok demokrasi menggambarkan hayatnya takkan bertahan lama. Bagi Zamri, ianya kemuncak penderhakaan kepada sultan. Asyik asyik derhaka.... takde lagu lain ke umNO nie???? Itu tanda awal, pokok ini tak wajar wujud di bumi. Saya nak tengok sat lagi...apakah pokok demokrasi ini juga akan di cantas Zamri seperti demokrasi sendiri.

Sebenci benci kita dengan penjajah, kita hanya menghalau penjajah tetapi tidak menghapuskan tinggalan sejarah penjajah. Malah umNO mendokong undang undang dan sistem penjajah. Apakah kebencian umNO kepada pokok demokrasi lebih hebat dari penjajah...entahlah....

Mungkin pokok demokrasi ini mempunyai semangatnya tersendiri. Ia lambang demokrasi yang di cabuli. Terlihat pokok ini mungkin generasi akan datang akan memaki Zamri dan kerajan haram yang dicuri. Sebab itu, zamri merasakan pokok itu berhantu. Sesiapapun generasi akan datang tidak mungkin melupakan arahan Zamri dan Dato Abd Rahman Hashim yang menghalang sidang DUN dilaksanakan.

Saya dan seluruh rakyat tidak mendengar larangan sultan terhadap persidangan itu. Hanya belatuk tua yang berketuk menghalangnya. Termasuk pengkhianatusaha dewan.FRU yang berkubu melaksanakan arahan dan tidak dilupakan mamat samseng tarik kereta yang cari makan.Yang pasti generasi akan datang yang berteduh di bawahnya ( andai panjang usianya) akan mengingati nama nama kelompok tadi.... Mereka pastinya akan di maki generasi demi generasi. Kalau Abu Lahab, namanya di abadi di dalam Al Quran dan kekal hingga kini, saya yakin, pokok demokrasi akan mengekalkan ingatan kita kepada golongan pengkhianat ini!
MOGa pokok demokrasi akan kekal dan harum mewangi. Saya amat mengharapkan agar cucu cicit saya akan bertanya kepada saya tentangnya andai usia saya panjang untuk bercerita kepada mereka.....

1 ulasan:

~PakKaramu~ berkata...

Salam,,

Tanam je le dulu, jangan peduli cakap UMNO tu