Selasa, 3 Mac 2009

SEKITAR DUN BAWAH POKOK DI PERAK

Seperti yang dijadualkan, siding DUN Perak terus di adakan walaupun di bawah pokok kira kira seratus meter dari banguanan SUK yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak. Bangunan SUK mula di tutup petang semalam dan sebarang keluar masuk orang luar tidak di benarkan. Jalan menghala ke SUK juga ditutup dengan kawalan polis dan FRU.

Orang ramai mula berhimpun sekitar jam 8.30 pagi bagi mengiringi ADUN Pakatan Rakyat yang dijangka tiba sekitar jam 9 pagi. Walaubagaimanapun perhimpunan telah dihalang dengan pagar polis yang berkawal sejak semalam. Wartawan dari seluruh media termasuk luar Negara kelihatan Tak ketinggalan para bloggers. Ketibaan pertama pimpinan PR di kawasan perhimpunan ialah YB Dr Lee Boon Chai MP Gopeng. Beliau telah bertindak mengawal keadaan yang agak kecoh dengan Provokasi beberapa samseng melayu yang di fahamkan dari pertubuhan PEKIDA. Kawan kata tukang tarik kereta…….

Ketibaan YB dan pimpinan Pakatan Rakyat dengan dua buah bas diketuai YAB DS Menteri Besar bersama Speaker dan ADUN lain. Mereka diiringi oleh petugas Pakatan Rakyat menuju kawasan kawalan Polis. Pergerakan rombongan itu di sekat oleh budak samseng melayu umNO dari PEKIDA. Mereka mengeluarkan kata kata dan tindakan yang jelas mencabar kesabaran penyokong PR. Apa yang malang polis yang berkawal seakan tidak Nampak kekecohan di depan mata mereka ( MUngkikah ada persepakatan polis dan budak sialan ini untuk mengeruhkan suasana agar polis boleh bertindak?)

Namun dengan taktik petugas , kesemua ADUN Pakatan Berjaya melintasi sekatan dan berada di dalam kawalan polis. FRU yang bertugas telah menghalang rombongan tersebut. Di fahamkan beberapa tindakan kasar dari ANJING yang berkeliaran telah berlaku terhadap ADUN PR. Usaha Ngeh berunding dengan polis yang kemudiannya menghubungi Bapa Barua- Abdul Rahman Setiausaha Kerajaan Perak gagal.

Rombongan kemudiannya bergerak ke bawah pokok kira kira 100 meter dari SUK. Persidangan berlaku dengan meluluskan ususl iaiatu;

01. Menyokong Menteri Besar DS HJ Nizar Jamaludin- usul Titi Serong disokong ADU N Canning
02. Membubarkan DUN Perak yang di bawa ADUN Teja yang di sokong Hutan Melintang.
03. Usul penangguhan dewan diuslu oleh DS Menteri Besar di sokong ADUN Sungkai.

Selesai persidangan, Semua ADUN dan pimpinan rakyat bergerak ke Pejabat DAP untuk sidng akhbar. Beberpa insiden kecil berlaku di hadapan pejabat kerana kumpulan samseng melayu yang berkumpul di KOPITIAM milik pimpinan umNO. Mereka membaling gelas, bekas rokok dan batu kepada penyokong dan pimpinan PR.




PETUGAS PR YANG DITAHAN DAN DIPUKUL DALAM KOPITIAM BARAMAI RAMAI. BELIAU JUGA DIUGUT BUNUH. MOGA POLIS TIDAK BUTA DAN PEKAK



DARI KEDAI INILAH BATU , CAWAN DAN BEKAS ROKOK MELAYANG KE ARAH PENYOKONG PAKATAN RAKYAT. YANG NI PUN POLIS TAK AMBIL TAHU



KUMPULAN SAMSENG YANG MENGHALANG JALAN ADUN PR MENUJU KE SUK. KAWAN KATA PELIDA ADA KATA umNO, ADA KATA TUKANG TARIK KERETA, ADA KATA SAMSENG...APAPUN SAYA BERESETUJU KESEMUANYA.POLIS YANG MELIHAT TINDAKAN DAN MENDENGAR MAKI HAMUN MEREKA MEMBUTAKAN MATA DAN MEMEKAKKAN TELINGA. PENYOKONG PR TETAP BERSABAR KERANA MENYEDARI IANYA PROVOKASI


PIMPINAN PR MEMBERI KATA SEMANGAT DI DEPAN PEJABAT DAP ANTARANYA YB SALEHUDIN AYUB, MUJAHID RAWA DAN DR LO' LO'


BERSEDIA......



UNDI SOKONG USUL BAWAH POKOK. BUKAN PASIR BERDENGUNG.... NAK LAWAN KERAJAAN BINGUNG


IDHAM LIM ATAU CINA MUSLIM ADUN TITI SERONG BENTANG USUL SOKONG DS NIZAR SEBAGAI MB PERAK

Tiada ulasan: