Khamis, 2 April 2009

HANTAR ISYARAT MENENTANG BAKAL PM

Isu perlantikan PM baru, sedikit mencuri tumpuan dari Bukit Gantang, Selambau dan Batang Ai. Ianya penentu masa depan negara. Berita angin tak kurang banyaknya. Ia mungkin sebahagian dari harapan yang menggunung tinggi rakyat Malaysia agar Najib tidak memimpin negara.

Rakyat sebenarnya tiada pilihan kerana sistem demokrasi negara menentukan bilangan kerusi parlimen dalam memerintah negara , bukan undi popular. PM adalah dari parti majoriti dengan perkenan YDP Agong. Meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada YDP Agong menongkah arus adalah tidak wajar.

Menentang Najib menjadi PM hampir mustahil.Kita terpaksa menunggu sekitar 3 atau 4 tahun lagi merubah suasana. Namun takdir Ilahi yang menentukan pilihanraya kecil yang berlaku di ambang kuasa Najib sebagai PM mampu menyampaikan sedikit suara rakyat. Namun dengan segala jentera yang dimiliki Najib mungkin sukar. Apapun suara Rakyat adalah suara keramat!

Pilihanraya kecil mesti memberi isyarat yang jelas bahawa rakyat tidak senang dengan pelbagai tuduhan yang terpalit di tubuh bakal PM. PM mesti membersihkan diri dari sebarang tuduhan melalui sistem yang diyakini, bukan dengan mengelak, menghalang dan melepaskan diri dari tuduhan tersebut. Seluruh dunia akan melihat rakyat Malaysia sebagai tidak bermaruah jika isyarat pilihanraya kecil tidak memperlihatkan penentangan dan kebencian rakyat Malaysia.

Rakyat di ketiga tiga kawasan mestilah menjadi nadi isyarat penentangan tersebut. Rakyat lain pula mestilah berusaha bekerja membantu pemilih di ketiga kawasan membuat pilihan yang tepat. Apa yang berlaku bukanlah perubahan pemerintahan Malaysia, ia hanya peralihan kepada seseorang yang lebih diragui lagi.

Pemimpin mestilah seorang yang bersih. Ia juga mestilah juga dilihat bersih. Najib bukan seorang yang dilihat bersih. Belum pernah berlaku dalam sejarah satu tuduhan yang terlalu berat kepada bakal pemimpin sebuah negara. Jika rakyat menganggap tuduhan itu perkara biasa dalam politik,ia isyarat betapa rendahnya moral dan akhlak rakyat yang bakal dipimpin beliau. Rakyat Amerika pun menolak bakalpresiden yang ada skandal seks atau rasuah. Negara haram Yahudi juga tidak menerima pemimpin yang tidak dilihat bersih.

SEmoga rakyat di tiga kawasan bakal menjadi suara seluruh rakyat Malaysia dalam protes awal menentang kepimpinan PM yang dipalit berbagai tuduhan moral dan jenayah.

2 ulasan:

Basuh Baju berkata...

Najib? owh tidak sesekali. rela lagi dapat Pak Lah..

PembacaMuda berkata...

Assalamualaikum...
Boleh tuan post article daripada Wikipedia mengenai Najib Tun Razak. Penerangan yang panjang lebar termasuk pembunuhan Altantuya...