Memaparkan catatan dengan label catatan Bkt Gantang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label catatan Bkt Gantang. Papar semua catatan

Isnin, 20 April 2009

SEKITAR JAMUAN KEMENANGAN PAS PERAK


SESAK PELBAGAI BANGSA.


TIADA SEMPADAN BANGSA ANTARA KITA...PEJUANG KEADILAN.


AZHAN ATAN MEMBUAT PERSEMBAHAN.


USTAZ MISBAH- AIS KERIM UNTUK ANAK KE , SENDIRI PUN TERINGIN???


MASYARAKAT CINA TAK KEKOK BERSAMA MAJLIS PAK LEBAI LAGI.


U. AHMAD AWANG TIBA DI SAMBUT TARIAN SINGA.


SAF TETAMU KEHORMAT...KERUSICOKIA JE..ITULAH PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT.


SURIANARAYANAN- PENGERUSI KELAB PENYOKONG MENGINGATKAN UMNO AGAR BERTAUBAT SEBELUM MENEMUI TUHAN. MACAM ORANG ISLAM PULAK BERCAKAP..MUFTI ADA KOMEN KE???


SPEAKER YANG SEDANG DIUJI KETAHANANNYA..SETAKAT NI KELAS A..


DUA NYONYA YANG DILIHAT MEMUSING PENTAS SEBAB NAK TENGOK JUGA WAJAH DS NIZAR.. SATU KETIKA NAMPAK TERJENGKET SEBAB TAK PUAS..DEMIKIANLAH AURA NIZAR


PEMIMPIN WAJAH BARU PAS... MOGA KEKALKAN IMEJ DAN IDENTITI PERJUANGAN PAS.


PIMPINAN DI SAYANGI RAKYAT..BERSALAMAN

Sabtu, 11 April 2009

IMAM DI PECAT AKHIRNYA.....

Masjid menjadi tempat larangan berpolitik walaupun di masjidlah diakui tempat membina iman bagi menjaga politik dan orang politik. Juga menjaga orang yang tak berpolitik dengan kuasa politik. Tanpa politik rakyat tak terjaga, dan tanpa iman orang yang berpolitik akan merosakkan politik dan orang yang tak berpolitik….
Semasa kempen di Bukit Gantang berlangsung, masjid menjadi tumpuan orang politik. Orang politik yang beriman menjadikan masjid tempat menambah iman dengan bermunajat agar kuasa politik menjadi milik kalangan orang beriman. Bagi orang politik yang tak beriman, menjadikan masjid tempat mencuri tumpuan agar dilihat seakan akan beriman. Demikianlah harga sebuah masjid dan sebuah iman.
Kita masih ingat berita tak gempar yang digemparkan. Takgempar kerana cerita orang yang biasa menjadi imam dipelawa menjadi imam dan orang yang biasa bertazkirah diminta bertazkirah. Yang menggemparkan ada orang yang tak biasa menjadi imam mendakwa orang merampas tugas imam dan mengaku dia juga boleh jadi imamdan tazkirah tafsir surah walaupun tak pernah dilihat atau diketahui melakukan kerja itu. Berita tak gempar di masjid simpang yang digemparkan itu telah saya ulas minggu lalu.
Jam 10.40 malam tadi ketika pulang dari surau, saya menerima panggilan dari sahabat saya, tuan Imam masjid Simpang yang digemparkan hari tu…saya menyangka nak bincang tugas yang saya dan beliau ditugaskan bersama minggu depan…rupanya ada cerita baru.. “ peristiwa hari tu berulang lagi” katanya memulakan bual. Apa pulak saya memancing cerita lanjut’… “Ana jemput DS NIzar jadi Imam jumaat hari ni. Ana Khutbah tajuk ayat yang DS tak sempat nak tazkirah.” Katanya bersungguh…” Tahniah” itu yang mampu saya menambah.
Beliau menceritakan apa yang berlaku antara beliau dan DS Nizar. “Ds Nizar teragak agak untuk menjadi imam kerana tak mahu sesuatu yang tak baik.” Ana kata tak kisah…. Ana bukan makan gaji dengan umNO katanya penuh semangat” saya memang kenal semangat yang ada padanya…paling kurang pun gear tiga juga..itu yang saya tahu sepanjang hampir lima tahun mengenalinya. Kerana kecenderungan dan minat serta ideology yang serupa, kami boleh menjadi sahabat baik.
Tadi pukul tiga petang lebih kurang pengerusi masjid telefon ana. Katanya dia serba salah nak cakap tetapi mendapat arahan atasan.. penaung masjid..Datuk Kadri si songkok tinggi berbaju putih yang tak bagi DS Nizar tazkirah malam tu… katanya “ANA DIPECAT”… beliau menyambung cerita…
Sah pak Imam ni dah jadi Ramlang Porigi… sayangnya Ramlang Porigi tak muncul di Kuala Trengganu... Apapun Ramlang Porigi di Bukit Gantang ini juga orang Trengganu… Demikianlah takutnya umNo dengan orang Politik beriman … Hanya kerana menjemput orang politik beriman menjadi imam solat, pak Imam di pecat. Kalau imam dijemput salah membaca yang menyebabkan ia batal, maka wajar Pak Imam bertanggungjawab. Pak Imam yang dipercayai menjadi Imam di situ mempercayai orang politik beriman menjadi imam. Itu pun salah???
Maka tak hairanlah kalut bumi Malaya apabila Cina bukan Islam baca Quran. Yang turut kalut dan buat buat kalut ialah Tok Peti terutamanya Harusani. Benarlah ISLAM TERHALANG DENGAN SEBAB ORANG ISLAM SENDIRI. Tidakkah memecat imam dan menghalang orang bukan Islam membaca Quran sebagai penghalang kepada Islam??? Paling malang jika yang menghalang orang kepada Islam adalah orang yang sepatutnya memnyebarkan Islam…apapun tahniah buat Harusani kerana akhirnya JomHeboh akan datang ke Perakkkk… Biarkan …biarkan…… dan tahniah kepada semua AJK umNO di Masjid Simpang kerana mengarahkan Imam di pecat…apa kata semua imam letak jawatan danlantik Datuk Kadri menjadi imam..atau serah je pada Zamri……….. .ada berani ka Macha??

Rabu, 8 April 2009

MUHASABAH UNTUK KITA

Menikmati kemenangan menghilangkan segala penat lelah sepanjang kempen dilaksanakan. Biarpun hujan membasahi sepanjang perjalanan , namun hujan itu ibarat siraman yang menambahkan kesegaran dan semangat perjuangan.

Penyokong dan pendokong PAS kembali dengan dua kemenangan. Dunia dan akhirat InsyaAllah. Bagi yang tersasar dalam niat dan keikhlasan moga berkesempatan memohon keampunan. Bagi yang terlanjur dalam semangat dan kehangatan kempen moga dapat memikirkan keterlanjuran. Apa pun kemenangan adalah dari Allah yang menguji kesyukuran hamba terhadap anugerahnya. Jangan terleka..jangan terlupa dan bangga di atas usaha kita semata.

Bagi penyokong umNo mungkin kekalahan di Bukit Gantang khusunya tiada memberi apa apa kesan kepada mereka. Mereka tetap pulang dengan keuntungan. Mereka bukan mencari kemenagan tetapi mencari keuntungan. Mereka dapat apa yang mereka inginkan. Sebahagian mereka tidak memperdulikan nilai iman yang dicagarkan. Terlalu banyak luahan yang tidak memperdulikan soal iman. "Biarle masuk neraka pun," Tak de Islam pun kami hidup juge" "tak de umNO mampus le kome" dan entah apa lagi yang tak tergamak menulisnya..

Hakikatnya muhasabahpaling perlu sepanjang apa yang kita lalui. Muhasabah untuk membina kembali iman yang tercalar, akhlak yang tersingkir. Muhasabah terhadp sokongan yang dimiliki, bagaiman untuk diisi, mengatur menagih sokongan lebih 19,000 yang membenci, Ribuan yang tak peduli soal mengundi dan komposisi kaum bagi memastikan kerusi yang bakal dimiliki dalam pilihanraya akan datang.

Bagi pendokong PAS khususnya, walaupun kita bertanding dan wakilkita menang, harus diingat kerusi melayu yang masih lagi sukar kita miliki. Memahamkan mereka erti undi, nilai akhirat yang mesti difahami. Apatah lagi keterlibatan mufti secara hampir langsung dalam kempen kali ini. Sentimen melayu terhadap bangsa , institusi agama dan kesultanan yang dieksplotasi sepenuhnya umNO melalui pelbagai media mereka harus ditembusi.

Saya melihat sendiri bagaimana pendokong dan juru kempen umNO begitu sentimental dalam isu derhaka dan bangsa. Mereka berbicara dengan lidah dusta pemimpin mereka yang disalurkan melalui KORAN Utusan dan TV yang saban hari menembusi bilik mereka. Tembok malas berfikir dan menimbangkan hujah adalah barah yang akan menjahanamkan bangsa. Mereka dijauhkan dari menerima maklumat Pakatan Rakyat seumpama menjauhi penyakit kusta di zaman dahulu kala.

Kerja pilihanraya mesti diteruskan. Walau suhu kepanasannya agak reda namun tempoh 3 tahun bukanlah lama. Dalam konteks Perak, semua kemungkinan boleh berlaku. Najib yang mengambil alih kepimpinan negara sudah pasti inginkan majoriti dalam parlimen bagi memudahkan kerjanya.

Sejarah membuktikan umNO cemerlang setiap kali peralihan kepimpinan kerana rakyat belum memahami tembelang dan temberang mereka. Mahathir meninggalkan TG NiK Aziz skesaorangan di Parlimen. Pak Lah merampas Trengganu dan menghumban ramai jagoan PR dari Parlimen . Apakah Najib jua ingin mengambil kesempatan yang sama???

Najib sedang membina imejnya... Dia tidak akan mampu bertahan lama...namun jika mampu untuk meraih sokongan rakyat untuk seketika sudah cukup. Israel adalah contoh yang sama. setiap awal kepimpinan , sidang damai akan berlangsung, akhirnya di saat kepercayaann memuncak di ketika itulah musuh akan dihancurkan selumatnya... saya yakin model Jahiliyah adalah sama dan umNO adalah pewaris model Jahiliyah di bumi kita!

Isnin, 6 April 2009

PAS PAKAI KAPAL TERBANG KEMPEN

Ketika singgah di kem Amal beberapa orang sedang sibuk menguruskan Kapal Terbang untuk kempen PAS sekitar pasar Malam.Kapal terbang ringan tersebut telah berjaya diterbangkan oleh seorang pengawal dengan baik sekali.Kapal terbang itu membawa bendera PAS mengelilingi sekitar kawasan simpang Trong, kawasan panas malam ahad lalu.




kapal terbang control le...

KEGANASAN TERANCANG SEDANG DIRANCANG

Mungkin ramai tak peduli dengan calon bebas yang juga penasihat PEKIDA dalam pertandingan di Bukit Gantang. Semua tahu calon bebas itu mesti Lesap duit taruhan punya. Namun saya terus bertanya jawapan dan alasan utama. Jawapan standart yang diterima ialah Pecah undi... takkan setakat tu je...

Tadi seorang sahabat memaklumkan bahawa maklumat terakhir diperolehi dari ahli PEKIDA di Ipoh, mereka diarahkan berkumpul di Heritage Ipoh Dan Seri Malaysia untuk bertolak ke Bukit Gantang. Perkumpulan di Heritage dimaklumkan ke Trong.

Semalam Ngeh KO Ham mendedahkan tentang samseng cina upahan Zahid di bahagian Sepetang. Dato Mustapha Ali dan Asmuni juga mendedahkan tentang usaha umnO dengan kongsi gelap dan samseng. Ia seakan ada rantaian dan strategi terancang budaya politik Ganas umNO. Maklumat tentang kereta polis lama yang akan dibakar bagi memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat telah didedahkan.

Saya rasa teori calon bebas dari PEKIDA bertanding mula terjawab. Apakah mereka bertanding sekadar untuk mengkaburi penyokong Pakatan Rakyat jika mereka datang beramai ramai. Kita masih ingat peranan PEKIDA dalam peristiwa menghalang ADUN PR untuk memasuki DUN Perak. Kemunculan pertama Osman Jailu juga dalam majlis PEKIDA di Taiping setelah saya dimaklumkan bahawa beliau menyertai PEKIDA beberapa hari sebelum itu.

Apa yang penting PAS dan Pakatan Rakyat mesti bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada hari pengundian. Elakkan sebarang perkara yang mencetuskan kekacauan kerana itulah matlamat mereka, Namun jika ianya sesuatu yang diluar batas undang undang dan polis tak MAHU berbuat sesuatu , tanggungjawab kita memastikan ianya tidak menghalang kemenangan kita. Mempertahankan hak untuk kemenangan di bawah laras undang undang adalah milik kita. selagi pihak Polis bersedia mempertahankan undang undang.

Bunga kekacauan dan usaha menguji petugas kita telah berlaku berulang kali sepanjang kempen...Ia pasti berlaku lagi bermula hari ini,.... semoga ada arahan pimpinan yang mampu disampaikan secepat dan setegas mungkin untuk dilaksanakan oleh petugas demi menjamin kemenangan. Jangan biarkan petugas hilang pertimbangan dan bertindak sendiri.... Kami diajar untuk mempertahankan hak dengan apa cara sekalipun....

RASUAH TETAP HALAL BAGI umNO.

Semalam saya mengambil keputusan untuk menghantar motorsikal ke Bukit Gantang sebagaipersediaan hari pengundian yang pastinya sesak dengan kenderaan. Dalam perjalanan yang mengambil masa sejam hujan terus sepanjang perjalanan.
Ketika melalui jalan ke Trong melalui KG Cheh, jalan agak terganggu. Bila sampai di Cheh hulu kelihatan lori Pertanian sedang berhenti di tepi jalan berdekatan dewan orang ramai yang DIRAMPAS umNO sebagai bilik gerakan. Kakitangan kerajaan bertugas membahagikan anak ayam , baja dan bebera paalatan pertanian lain. Saya bertanya pakcik yang mengambil barang diisi plastik " banyak ke deme bagi? jawabnya adalae.... ambil le orang bagi...undi belum tentu lagiii..itu jawapan berani yang saya terima walaupun saya memakai baju hujan tertera pasukan keselamatan...tabik le...orang Kg Cheh ni.... harap semua begitu...

Ketika singgah di Markas Amal saya mendapat maklumat sebuh lori membawa beras menuju ke Kg Sungai Petai- kawasan kuat PAS, Bila agen dihantar untuk memantau, beras itu di simpan sebelum diagihkan... mungkin rasuah kerajaan malam terakhir kut...

gambar di bawah dirakamkan di Kg Cheh Hulu... Banjari pun ada...tapi tak boleh tegur sebab pakaian teman tak sesuai tegur dia...sorile wak...






Harusani mesti kata baiknya kerajaan sedeqah ayam kat rakyat...kalau bagi lembu SPRM marah...bagi anak ayam dan tahi (baja)tak pe...

Ahad, 5 April 2009

ANUAR RELA SERAH MALAYSIA KEPADA NIZAR


Dari Siasah daily.

BUKIT GANTANG, 4 April: Penasihat Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sanggup menyerahkan Malaysia pada Haji Ir Nizar Jamaluddin jika PR dapat memerintah negara ini ekoran sifat ikhlas, kuat bekerja, amanah dan mampu memberikan khidmat terbaik.

Ini, ujarnya, terbukti bila mana Haji Nizar telah berjaya menjalankan tugas-tugasnya sebagai Menteri Besar Perak dengan baik dan lancar sehinggakan mendatangkan rasa kurang senang pihak BN yang akhirnya melakukan rampasan kuasa.

“Saya mendapati beliau seorang yang tidak mengambil balak, menjaga kepimpinan bersih boleh membantu rakyat miskin dari kalangan Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa yang dicapkan sebagai pengkhianat bangsa sedangkan di kalangan mereka yang mengamalkan rasuah, minum arak, tangkap orang dan sebagainya dianggap sebagai panglima.

“Apa istimewanya BN yang tidak mampu laksanakan perubahan pada masyarakat berbanding PR yang dalam satu tahun sahaja mampu melakukan apa yang tidak dapat dilakukan oleh BN,” tegasnya yang mendapat sambutan hadirin.

Anwar berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah di UPU Sungai Tinggi dekat sini, baru-baru ini yang turut disertai sama oleh Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan naib Presiden Keadilan, Dr Lee Boon Chye.

Dalam majlis ceramah itu sebanyak lebih RM1500 berjaya dikutip dari ribuan yang hadir sedangkan berhadapan majlis ceramah PR kelihatan majlis forum perdana anjuran BN tidak mendapat sambutan ramai sedangkan kos khemah sahaja melebihi RM10 ribu.

BUKAN LAKONAN

Dari awalmenjadi MB satu cerita pengalaman seorang yang bertugas di Putrajaya telah bocor taya kereta dalam perjalanan ke Kedah. Beliau akhirnya dibantu oleh seorang yang berbaju pagoda hingga selesai walaupun ketika itu bulan ramadhan. Beliau adalah petugas PAS kampar ketika itudengan arahan Amran yang menjadi ketua Penerangan. Kemudia petugas berbaju pagoda itu menjadi MB dan Amran menjadi pegawai khasnya. Itulah diri DS NIzar yang sebenar. Bel;iau tidak berlakon dalam menghulurkan bantuan. Perak Daily menyiarkan gambar kemalangan di Taiping. DS Nizar sekali lagi terlibat langsung membantu... dari kisah sebelum ini, DS Nizar jelas membantu dengan ikhlas...kebetulan beliau adalah calon Bukit Gantang... ikuti cerita dibawah

Malam tadi kira-kira jam 9.30 malam berlaku satu kemalangan kecil yang membabitkan penunggang motosikal dengan sebuah kereta di Simpang, Taiping ketika rombongan calon menuju ke beberapa tempat ceramah di Bukit Gantang.

Sebuah motosikal dilanggar oleh sebuah kereta yang terus melarikan diri tanpa memberi pertolongan. Kejadian itu berlaku di hadapan kereta calon. Hj Nizar meminta pemandunya menghentikan kereta dan terus meluru keluar untuk memberi pertolongan. Hj Nizar telah menahan sebuah kereta polis dan memohon kerjasama pihak polis untuk mengawal lalulintas dan meminta pertolongan polis supaya menghantar mangsa tersebut ke hospital.

Kemudian Hj Nizar beredar ke beberapa tempat program yang telah dijadualkan.




Sabtu, 4 April 2009

UMNO PERLU TALIAN HAYAT DI bUKIT GANTANG

Tinggal 3 hari lagi penentuan di 3 pilihanraya kecil . Tumpuan khusus diberikan kepada Bukit Gantang selain Selambau. Bukit Gantang mencuri tumpuan lantaran krisis Perlembagaan di Perak. Ia adalah "hasil usaha dan penat lelah Najib yang kini PM Malaysia". Boleh dikatakan kerajaan Perak hari ini adalah "ANAK HARAM" hasil Najib Razak. Bukit Gantang akan menentukan apakah anak Haram itu akan diletupkan atau tidak?

Sepanjang pemerhatian saya, Sambutan masyarakat Bukit Gantang terhadap Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat amat baik. Di sudut moral, DS Nizar bersih sebersihnya. Mengitkan DS Nizar dengan sebarang isu moral hanya akan makan tuan. Usaha mengaitkan DS NIzar dengan isu RM30,000 peruntukan untuk orang asli tenggelambegitu sahaja.

BN hanya ada isu melayu dan derhaka yang keduanya berkisar di sekitar masyarakat melayu. Pendek kata masyarakat Cina dan India tak makan saman dengan isu perkauman ini. Di kawasan Cina dan India BN menggunakan tarikan penari "Comel" zaman pra batu yang kurang baju. Semalam juga terlihat seorang penyanyi cina di pentas yang boleh didengar hampir sebatu bunyinya. Ketika lalu di situ berhampiran Taman Kaya, hanya tak sampai 7 orang dengan puluhan meja makan sedang menonton. Maaf, tak berminat nak merakamkan gambar yang boleh mencemar blog saya.

Saya juga melihat iklan ceramah Lokman Nor Adam bekas hero reformasi akan berceramah dengan tajuk "PAS amal Islam DAP". Namun difahamkan ceramah itu dibatalkan. Barangkali Lokman takut tersilap antara islam DAP dan Islam Hadhari. Islam DAP tak nampak lagi menganjurkan tarian seksi dalam kempen Bukit Gantang berbanding Islam Hadhari yang kini dipimpin Zahid Hamidi. Boleh dirujuk gambar dan kenyataan Zahid berkaitan perkara ini.

Modal umNo kini ialah mempromosi khayalan dan mimpi perubahan hasil peralihan kuasa mereka. Cerita tanah yang diberi kepada Cina telah ditangani melalui penerangan yang baik .Mungkin boleh dipanjangkanlagi ke segenap pelusuk kampung yang beriman dengan TV dan berita setiap hari. Yang jelas umnO menggerakkan pemuda upahan mereka bermula jam 12 tgh malam menganggu poster PAS dengan provokasi. Jika kita melalui pondok umNO selepas jam 11 malam akan kelihatan ramai pemuda bermotor berlonggok. Difahamkan mereka bersedia mensabotaj poster PAS.

Beberapa pertembungan kecil telah berlaku. Walaupun ianya berjaya disekat oleh kehadiran FRU yang dilihat lebih membantu menyelamatkan pemuda umNO tersebut. Malam tadi kira kira jam 2.30 pagi, sesampainya saya ke rumah, seorang sahabat melaporkan suasana di Simpang Taiping, antara kawasan panas di Bukit Gantang. Saya dapat merasakan satu sabotaj besar besaran akan dilakukan oleh gerombolan ini jika jelas mereka mandapat isyarat tewas besar pada malam terakhir..bersedialah...terutama dengan kamera....



KERJA SIAPA???KALAU BUKAN BUDAK BUDAK HINGUSAN UPAHAN...gambar di ambil di UPU Kg Pak Darus...antara kawasan melayu totok umNO-UNTUK MAKLUMAN DI PUSARA INI DITENUI BEBERAPA ALATAN KHURAFAT SEPERTI BENANG , JARUM DAN PATUNG. DIFAHAMKAN PETUGAS- IANYA TELAH DI BUANG OLEH PENGAMAL DARULSYIFA.

Apa yang jelas, isu setempat tidak dapat menganggu gugat sokongan kepada PAS. Media umNO sedang mencipta berbagai isu luar bagi menyokong kempen mereka. hakikatnya... modal umNO sebagai pejuang melayu terkubur apabila jelas umNOlah yang menggadai segala tanah kepada tauke Cina... umNO lah yang menyekat dan memboikot Kelantan dan Trengganu di bawah PAS walaupun kedua negeri itu solid dengan pengundi melayu..takkanlah orang Bukit Gantang tak tahu benda ni????

RAHMAN yang tiada RAHIM

Hari ini sempurnalah teori RAHMAN yang dicanangkan berkaitan PM Malaysia. Bermula Rahman, Abdul Razak, Husin, Mahathir, Abdullah dan Najib. -RAHMAN. Cita cita mencelahkan Anuar dan Nizar selepas Mahathir belum menjadi nyata.

Rahman adalah limpahan nama Allah. Najib cuba memulakan kerier sebagai PM dengan mengembalikan permit Harakah dan Suara Keadilan. Saya tak pasti siapakah yang menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan? Yang pasti dari KDN di bawah Hamid AlBar. Apakah Najib tak berani menegur Hamid sebelum ini kerana belum meyakini jawatan PM yang bakal dianugerahkannya atau sememangnya ia satu percaturan menyediakan lonjakan nama Najib di permulaan kariernya. Ringkasnya...berlakonlah... apapun terima kasihlah.....sekadar menghargai bukan berhutang budi. Ia sememangnya hak PAS dan Keadilan!!! atau lebih tept Hak rakyat mendapat maklumat!

Najib juga mengumumkan membebaskan 13 tahanan ISA.Sesuatu yang sekian lama diperjuangkan. Sebagai adat menghormati, kita berterima kasih kepada Najib namun terima kasih yang tidak terhingga mestilah diberikan kepada NGO yang berjuang untuk mangsa ISA bersama Pakatan Rakyat. Merekalah yang bergelumang dengan segala kesusahan selama ini. Apakah tanpa perjuangan mereka Najib akan rasa tertekan terutamanya dalam Pilihanraya kecil hingga ianya satu keutamaan dalam karier kepimpinannya??? saya yakin TIDAK!!!

Seumpama kita mengucapkan terima kasih kepada tauke yang memberi gaji kepada ayah kita, apakah gaji itu menyebabkan kita lupa pengorbanan ayah yang bekerja bagi mendapatkan gaji. Apatah lagi tauke itulah yang menghalang gaji setelah ayah kita bekerja berbulan lamanya.... orang cerdik takkkan berkata...Bagusnya tauke tu bagi gaji kat ayah.... sebenarnya tauke bersalah menahan gaji ayah sekian lama...

Apapun semua kebaikan di musim pilihanraya adalah budaya umNO. kita nantikan susulan selepas pilihanraya. Apakah ianya satu perubahan atau satu tempelan umpama gula kapas penarik yang akan cair di tangan dan mengotorkan tangan. Dimasukkan ke mulut hanya terasa manis seketikasedangkan kenyangnya tiada!!! seumpama RAHMAN tanpa RAHIM... Rahman Allah meliputi semua makhluknya sedangkan RAHIM Allah khusus untuk hamba beriman

Khamis, 2 April 2009

HANTAR ISYARAT MENENTANG BAKAL PM

Isu perlantikan PM baru, sedikit mencuri tumpuan dari Bukit Gantang, Selambau dan Batang Ai. Ianya penentu masa depan negara. Berita angin tak kurang banyaknya. Ia mungkin sebahagian dari harapan yang menggunung tinggi rakyat Malaysia agar Najib tidak memimpin negara.

Rakyat sebenarnya tiada pilihan kerana sistem demokrasi negara menentukan bilangan kerusi parlimen dalam memerintah negara , bukan undi popular. PM adalah dari parti majoriti dengan perkenan YDP Agong. Meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada YDP Agong menongkah arus adalah tidak wajar.

Menentang Najib menjadi PM hampir mustahil.Kita terpaksa menunggu sekitar 3 atau 4 tahun lagi merubah suasana. Namun takdir Ilahi yang menentukan pilihanraya kecil yang berlaku di ambang kuasa Najib sebagai PM mampu menyampaikan sedikit suara rakyat. Namun dengan segala jentera yang dimiliki Najib mungkin sukar. Apapun suara Rakyat adalah suara keramat!

Pilihanraya kecil mesti memberi isyarat yang jelas bahawa rakyat tidak senang dengan pelbagai tuduhan yang terpalit di tubuh bakal PM. PM mesti membersihkan diri dari sebarang tuduhan melalui sistem yang diyakini, bukan dengan mengelak, menghalang dan melepaskan diri dari tuduhan tersebut. Seluruh dunia akan melihat rakyat Malaysia sebagai tidak bermaruah jika isyarat pilihanraya kecil tidak memperlihatkan penentangan dan kebencian rakyat Malaysia.

Rakyat di ketiga tiga kawasan mestilah menjadi nadi isyarat penentangan tersebut. Rakyat lain pula mestilah berusaha bekerja membantu pemilih di ketiga kawasan membuat pilihan yang tepat. Apa yang berlaku bukanlah perubahan pemerintahan Malaysia, ia hanya peralihan kepada seseorang yang lebih diragui lagi.

Pemimpin mestilah seorang yang bersih. Ia juga mestilah juga dilihat bersih. Najib bukan seorang yang dilihat bersih. Belum pernah berlaku dalam sejarah satu tuduhan yang terlalu berat kepada bakal pemimpin sebuah negara. Jika rakyat menganggap tuduhan itu perkara biasa dalam politik,ia isyarat betapa rendahnya moral dan akhlak rakyat yang bakal dipimpin beliau. Rakyat Amerika pun menolak bakalpresiden yang ada skandal seks atau rasuah. Negara haram Yahudi juga tidak menerima pemimpin yang tidak dilihat bersih.

SEmoga rakyat di tiga kawasan bakal menjadi suara seluruh rakyat Malaysia dalam protes awal menentang kepimpinan PM yang dipalit berbagai tuduhan moral dan jenayah.

BANJIR DUIT


Banjir duit sedang melanda Bukit Gantang. Namun saya tak yakin bukit yang tinggi itu akan tenggelam dengan duit yang melimpah. Pastinya hanya orang umNO sahaja yang akan tenggelam dalam banjir

Rabu, 1 April 2009

JERAT KEDUA

" Orang Yang beriman tidak akan di SENGAT dalam lubang yang sama untuk kali yang kedua" demikianlah pesanan junjungan Rasulullah kepada kita. Pesanan yang wajib menjadi ingatan berpanjangan. Ianya petunjuk ke arah kejayaan.

PAS dan Pakatan Rakyat pernah terjerat ketika SPR memperkenalkan syarat baru dalam pilihanraya dan kempen. Kita mematuhi arahan Pondok panas yang mesti menjauhi kawasan pengundian, kempen yang tak boleh menyerang peribadi calon lawan..bla..bla..bla...

Untuk menunjukkan kesungguhannya, SPR menghantar wakil merakam ceramah kempen. Saya masih ingat wakil SPR "berdiri teguh" merakam satu ceramah kempen dalam satu pilihanraya. Seorang sahabat mengingatkan saya agar berhati hati agar tidak menyerang peribadi calon. Ternyata ia hanya undang undang untuk Pakatan Rakyat atau Barisan Alternatif ketika itu. Bukan untuk umNO dan Barisan Nasional.

Hari ini sekali lagi dalam pilihanraya kecil, Polis pula berperanan melalui Hamid AlBar.. dan Musa.. Hasan mengeluarkan ingatan"keras" tapi jahat agar Parti Politik tidak berkempen menggunakan isu perlembagaan, istana beberapa isu lain.. .soalnya..siapa penafsir kepada erti isu tersebut. Jika Polis dan umNO..maka hanya Pakatan Rakyat yang bersalah sedangkan umNO akan terus menggila dengan apa sahaja.

Semua pihak menyedari umNO sedang kekeringan isu untuk dijaja. Isu pembangunan sudah lapok dan ditelan zaman. Isu Pembaharuan kepimpinan yang sebenarnya Peralihan tidak dipercayai rakyat . Maka umNO menggunakan segala jentera penguatkuasaan untuk mengikat kaki, tangan dan mata Pakatan Rakyat melalui undang undang dan peraturan mee segera basi....

Saya yakin kepimpinan Pakatan tidak akan terjerat dalam lubang yang sama untuk kali kedua, kebijaksanaan akan mengalahkan kebodohan dan kejahatan... " Apabila datang kebenaran maka kebatilan pati akan musnah, Sesungguhnya kebatilan PASTI dikalahkan" ungkapan Rasulullah dan sahabat ketika membuka Kota Mekah...itulah keyakinan kita..itulah impian perjuangan Kita....

BUDAYA BODOH DAN KHURAFAT

Pagi tadi saya menerima telefon dari adik yang bertugas di Kedah. Menurutnya seorang kawan menerima telefon dari rakannya di Perak bahawa DS Nizar menarik diri dari pertandingan... Lawak lawak... respon yang mampu saya beri..

Masuk akai ka DS Nizar yang berjuang sekian lama dan bergelumang dengan rampasan kuasa di Perak, tiba tiba menarik diri dalam pilihanraya kecil???? Sah satu lagi serangan jahat umNO untuk mengelirukan rakyat khasnya pengundi... Banyak isu terpencil direka cipta untuk mengalihkan perhatian rakyat. umNo bukan sahaja menggunakan pencacai kelas bawahan malah pencaci kelas atasan seperti Polis.

Menurut syarat permit polis dan KDN untuk kempen adalah dilarang menggunakan isu sensitif seperti agama, perkauman, krisis perlembagaan. Alasannya ialah kerana ia sedang dibicarakan di mahkamah. Jika itu alasannya, maka dicadangkan semua yang bersalah relakan diri anda ke mahkamah untuk mengelak dijadikan isu. Tidakkah akhbar dan TV saban hari memainkan isu yang masih di bicarakan di mahkamah???. Isu yang di bawa ke mahkamah ialah isu besar. Isu kecil, IA tidak akan di bawa ke mahkamah.

Jika suasana yang ada ini berterusan, maka rakyat hanya akan bergelumanag dengan isu yang bukan isu. Rampas mikrofon kononnya, apakah kesan kepada rakyat jika benar berlaku insiden rampas mikrofon?? rasenye nhanya mikrofon yang terpaksa menanggung derita. Entahlah...mungkin ada yang senak perut, kelaparan atau tak mampu beli beras... sudahlah isu nya kecil..yang kecil tu pulak rekaan dan fitnah.

Benarlah umNO mahu rakyat Malaysia menjadi BODOH seBODOHNYA. Sudahlah TV menayangkan cerita khayal, khurafat dan syirik, kini pilihanraya yang menentukan masa depan rakyat pun dilarang membicarakan isu rakyat dan kepimpinan. Ternyata hanya orang yang beranggapan dan mahu rakyat menjadi bodoh yang mengizinkan ianya berlaku.

Jika anda seorang BOdoh atau rela diperbodohkan...maka undilah umNO untuk meneruskan budaya membodohkan rakyat.

Jika anda seorang yang bijak dan mahu rakyat bijak..undilah PAS yang mewakili Pakatan Rakyat meneruskan kecemerlangan.

PILIHAN DI TANGAN ANADA..... MENENTUKAN NILAI DIRI ANDA!

Isnin, 30 Mac 2009

KISAH BENAR MASJID SIMPANG TAIPING SEMALAM.

Saya menerima tel sahabat bertanyakan tentang kejadian "Rampasan Kuasa" di satu Masjid di Bukit Gantang. Melihat laporan akhbar melaporkan ia angkara bekas Menteri Besar yang juga Calon PAS- DS Nizar Jamaludin. Setelah menyelidiki masjid saya difahamkan berlaku di Masjid Simpang Taipig... Cantikkk. Imamnya adalah sahabat baik saya...

Terus mendail nombor hpnya. Semalam baru bertemu beliau di taiping. Ketika menjawab telefon beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur... " Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam" saya lega..beliau bercerita...

Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada,. Memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ... ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali didapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa.)Ana tak perasan ada Zamri dan Muhyidin Yasin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.

Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan Pembesar suara lalu di ambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ( katanya usatz MPT- Terompah le tu ustaz jelmaan -MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta pembesar suara tetapi beliau tak bagi...ana jerkah bagi tau "ana imam di sini". Terkejut lalu terus menyerahkan kepada ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat " wa'tasimu" (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik katanya. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin..DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon.

Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu...sahabat saya menambah... Lepas ni mungkin kena pecat le ana.... Beliau menghabiskan cerita... Tahniah saya menyambut... Agaknya sahabat itu akan jadi seperti Ramlan Porigi le gamaknya....

Kesimpulan; Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita Zamri penipu.
Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu..

Inilah cerita dari mulut insan yang terlibat dan tiada kepentingan dalam cerita ni... Zamri.... Dari dulu hingga kini dan selamanya tak boleh dipercayaiiii

Nak dengar sendiri dari sahabat tu boleh hubungi saya..tapi kalau saya tak kenal sedara...jangan harap saya nak bagiiii.maaf le... Cerita penuh juge ada dalam Al Banjari sahabt yang hidup mati di Bukit Gantang..Tahniah! Blog MB pun ada Setpol pun ada...macam macam ada..

Ahad, 29 Mac 2009

MATA MELIHAT DI BUKIT GANTANG


Menanti saat penting bersama Isteri di sisi.... Pemimpin yang kami sanjungi!!


Presiden mengiringi Calon.. Gagah penuh Bergaya... Tabah.. InsyaAllah berjaya!


Tazkirah sebelum solat hajat oleh piumpinan Ulama Trengganu..khususk mendengar amanah agar bergantung dengan pertolongan Allah.


Pertahanan pasukan di bukit.... Bukit telah kami Tawan .alau umNo naik bukit nampakle sejemput...


Sendiri kira...... tak ramai.... tu 1/20 je dari yang ada...


Gobind turut bersama walau terhalang di Parlimen, namun tetap bersama rakyat.


Makkhal Sakhti ! tak mungkin berpaling kepada Samy...biar kekal hingga mati!


Wanita Cina tak makan lagi umpan Hudud umNO kerana mereka bukan pencuri dan Perampas seperti BN.


Kami akan pertahankan bukit ini! (Bukit Gantang le Tu)


Mereka tidak meninggalkan Bukit. Peristiwa Uhud masih kekal dalam ingatan!


Mungkin ini yang dikatakan 5000? untuk makluman Penyokong berpecah kepada 4 kumpulan kerana terlalu ramai. itu yang menanti di pintu utama


cuba lihat dan kira sendiri penyokong BN warna bendera memisahkan mereka, mengikut rakan yang menyelinap ke dalam kelompok itu hanya sekitar kurang seribu orang. Katanya makcik umNO yang tengok orang Pakatan : macam padang arafah!! terkejut le tu....


Provokator BN ditengah penyokong PR. mereka yang tersesat... tunjukkan mereka jalan yang lurus!

Ingatan sebelum kembali ke mana mana destinasi.



Meninggalkan medan penamaan Calon untuk bergerak melaksanakan tugas perjuangan.

Ahad, 22 Mac 2009

IKRAR PEMUDA PAKATAN RAKYAT

Himpunan Pemuda Pakatan Rakyat telah berlangsung di Pusat Tarbiah PAS Trong. Majlis bermula sekitar jam 5.30 petang dimulakan dengan ucapan Mustapha - Pengarah Pemuda yang juga Timb Ketua Pemuda PAS Perak Turut berucap ialah Ketua Pemuda DAP YB Anthony bersama Ketua Pemuda PKR- Samsul Iskandar. Majlis yang sepatutnya bermula jam 3.00 petang terpaksa ditunda. Kebetulan berdepan markaz PAS Trong , berlangsung majlis umNO sebelumnya di dewan orang ramai.

Majlis Perlancaran Gerak Kerja Pemuda di lancarkan oleh Ust Nasaruddin Tantawi mewakili YB Salehuddin Ayub yang terpaksa bergegas ke Johor kerana ayahnya dalam keadan tidak stabil setelah terlibat dengan kemalangan. Kemuncak Majlis ialah Ikrar Pemuda untuk berkerja memenangkan calon Pakatan Rakyat yang akan diwakili oleh PAS. YB Anthony mewakili pemuda DAP telah menyerahkan bendera sebagi tanda sokongan DAP kepada calon PAS.

TANDA BERSAMA





IKRAR BERSAMA UNTUK MENCURAH MASA , TENAGA DAN NYAWA UNTUK KEMENANGAN CALON PR



NASARUDDIN PENUH BERSEMANGAT MENGINGATKAN TENTANG KEMENANGAN KONSTANTINOPLE OLEH MUHAMMAD AL FATEH AGAR DIJADIKAN SEMANGAT PEMUDA


UST KAMAL, SABKI ANTARA PEMIMPIN PEMUDA PUSAT YANG BERSAMA.


YB ANTHONY MEMBERI KOMITMEN PEMUDA DAP UNTUK BERSAMA SEPANJANG KEMPEN. BELIAU ANTARA YANG BERJANJI MEMBERI KOMITMEN SEMINGGU MEMBANTU BKT GANTANG SELEPAS PENAMAN CALON.


ANTARA PETUGAS TAMBUN YANG BERSAMA HIMPUNAN PEMUDA.

Jumaat, 20 Mac 2009

SIAPA SESAKKAN JALANRAYA???



gambar di atas adalah dari blog Cina Islam.




Ceramah DSAI dan MB Nizar telah berlangsung dengan jayanya di Bukit Cempedak setelah dipindahkan dari Simpang Taiping. Jalanraya telah terhenti alirannya kerana kereta yang ditempatkan sepanjang jalan. Nasib baik bukan jalan utama.

Ceramah dijadualkan di Simpang Taiping dipindahkan ke Bkt Cemepdak atas alasan permit dihalang oleh Polis Taiping. Alasannya menganggu lalu lintas. Tempat yang sama telah diadakan ceramah lebih besar melibatkan TG Hj Hadi Dan TG Nik Aziz. Aliran trafik berjaya dikawal dengan baik oleh anggota amal yang bertugas. Walaupun kenderaan bergerak perlahan namun ianya berjalan dengan baik.

Walaupun permit tidak diberikan dengan harapan kononnya agar trafik tidak sesak namun keadaan sebaliknya berlaku. Trak FRU yang berkawal lebih menyesakkan jalan. Saya yang terperangkap dalam perjalanan ke Sebuah Surau di Taiping terpaksa berpusing dan mengambil jalan alternatif kerana jam telah hampir pukul lapan sedangkan program saya ialah selepas maghrib. Saya keluar dari lebuhraya Changkat Jering kira kira jam 7.10mlm. Kenderaan seakan tak boleh bergerak langsung!

Berbeza ketika ceramah perlancaran jentera Pilihanraya oleh 2 tok Guru PAS. Saya hanya sampai di Plaza Tol Changkat Jering sekitar jam 8.15 malam namun kenderaan bergerak perlahan dan saya sempat sampai ke tempat program jam 8.28 mlm. Ia dikawal dengan begitu baik oleh petugas amal yang tak digaji berbanding FRU dan polis yang bergaji. Atau mungkin sengaja ingin mencetuskan suasana kurang senang???

Apa yang nyata alasan kesesakan lalulintas oleh ketua Polis Taiping adalah bercanggah! mungkin beliau duduk dalam pejabat dan hanya membaca skrip sahaja. Tahniah atas pertsekongkolan anda semua. Allah MESTI MEMBALASNYA!