Imam Syafie diriwayatkan berkata " Bukanlah pemuda orang yang berkata - bapa aku ialah- tetapi yang dikatakan pemuda itu ialah yang berkata- aku ialah..." itulah bait kata yang masih saya ingat disebut oleh guru saya ketika masih di awal usia 10 tahun. Kata itu bermaksud , kita mesti menilai dan berbangga dengan pencapaian kita dan bukan sejarah yang pernah kita miliki dari keturunan atau keluarga.
Sejarah melayu mempunyai nilai kegemilangan yang tinggi. Zaman Sultan Mansur Syah dikatakan antara zaman kemuncak kerajaan Melayu Melaka. Kita juga dikatakan hebat ketika itu dengan kepahlawanan Hang Tuah lima bersaudara yang dikatakan orang melayu. Kita terus mencanangkan zaman keagongan itu dengan istilah Takkan Melayu Hilang di Dunia yang dikatakan kata keramat Laksamana Hang Tuah.
Andai itu benar ia tetap sejarah. Ia boleh diangongkan namun bukan untuk dijadikan kita lena dengan kenangan. Satu hakikat perbezaan yang tak boleh ditolak antara zaman itu dan hari ini ialah kepelbagaian masyarakat di bumi Melayu kini. Cina dan India antara ummat yang menongkat langit dan memijak bumi yang sama. Raja orang Melayu adalah juga raja yang mesti dipatuhi oleh orang India dan Cina. Mengapa melayu menganggap raja itu hanya milik mereka dan mungkin sesekali raja juga merasakan mereka hanya raja orang melayu? Tidakkah menghormati raja adalah sesuatu yang termaktub dalam rukun negara? Raja bukan pelindung Melayu tetapi raja ialah payung negara.Andai itu hakikat yang diakui, mengapa masih ada suara menganggap seolah raja itu " ana yang punya?"
Hang Tuah mungkin berbangga dengan ilmu silatnya melindungi kerajaan Melaka sebagaimana tukang sihir Firaun melindungi Firaun dengan sihir mereka terhadap rakyat. Hang Tuah disanjungi lantara kisah sebenar Hang Tuah dengan Jebat tak diketahui rakyat. Namun andai kini Tuah hidup..Tuah buka hero tetapi pengkhianat sahabat.. Rakyat boleh mengetahui kisahnya dari blogger tak bergaji hingga surat khabar alternatif.
Firaun berjaya berkuasa kerana rakyatnya takut pada sihir tukang sihir dikelilingnya. Namun berjayakan kerajaan kini menguasai kerajaan dengan terus membodohkan rakyatnya. Lemparan maklumat di dunia maya menjelaskan ia mula berpengaruh dan berperanan besar.
Sejarah membuktikan kerajaan Firaun runtuh di tangan anak angkat yang dipeliharanya. Kini sejarah berulang, Kerajaan hari ini semakin terhimpit lantaran teknologi meklumat yang dibinanya. Walaupun tujuan Firaun membela musa bukan untuk menentangnya namun kerana desakan isterinya, demikianlah kerajan hari ini yang tertekan dengan perkembangan sekeliling. Mahu tidak mahu berbagai akta dibuat bagi melindungi rakyat dari maklumat sahih dan benar. Berbagai akta dibentang dan cuba dibentang. Terbaru wasiat terakhir Hamid alBar yang mahu satu akta melindungi peribadi dari tuduhan liar. Untuk Siapa? pastinya melindungi PM baru yang terlalu banyak tuduhan yang mamalit batang tubuhnya.
Isu perkauman semakin tidak laku terutamanya di bumi hari ini. Amerika telah keluar dari dasar perhambaan kaum pendatang dan kini diangkat menjadi Presidennya.Apa yang penting ialah membentuk satu rupa baru dalam masyarakat Malaysia. Mengharapkan mereka menjadi Melayu adalah mustahil semustahil mustahilnya. Harapn yang ada ialag menjadikan mereka rupa bentuk masyarakat Malaysia baru atau mungkin yang paling baik masyarakat Malaysia baru itu ialah masyarakat Islam atau yang bersedia memberi ruang kepada keadilan Islam.
KESUNGGUHAN BLOGGER SATU PENGORBANAN. MOGA MATLAMAT YANG BETUL DAN KEIKHLASAN AKAN MENGHASILKAN KEREDHOAN ALLAH...banjari tak peduli lagi sekeliling apa yang terjadi...
Kini masanya semua masyarakat malaysia terutama Blogger yang mula nampak bisanya menghalakan minda masyarakat ke arah yang jelas dalam pembentukan masyarakat baru Malaysia. Saya amat mengharapkan masyarakat baru itu ialah yang memahami Islam walau mereka bukan Islam. Berhujjah dengan hujjah Islam walau mereka bukan Islam. Sayang dan kagum dengan Islam walau mereka bukan Islam... Saya yakin ia mampu dilakukan oleh pejuang terutamanya Blogger yang lebih dipercayai dari media arus perdana dengan syarat.... otak terbelenggu yang terlalu takut orang bukan Islam memahami dan membaca Al Quran dipisahkan dari masyarakat...apatah lagi mereka adalah orang agama yang mengasingkan agama dari hidup masyarakat...seolah Islam itu melayu dan melayu itu Islam....
Semoga blogger bukan hanya penyampai maklumat dan berita...tetapi jua sebagai pendakwah yang menggunakan setiap ruang dan peluang yang ada demi ketinggian agama ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan