Sabtu, 4 April 2009

UMNO PERLU TALIAN HAYAT DI bUKIT GANTANG

Tinggal 3 hari lagi penentuan di 3 pilihanraya kecil . Tumpuan khusus diberikan kepada Bukit Gantang selain Selambau. Bukit Gantang mencuri tumpuan lantaran krisis Perlembagaan di Perak. Ia adalah "hasil usaha dan penat lelah Najib yang kini PM Malaysia". Boleh dikatakan kerajaan Perak hari ini adalah "ANAK HARAM" hasil Najib Razak. Bukit Gantang akan menentukan apakah anak Haram itu akan diletupkan atau tidak?

Sepanjang pemerhatian saya, Sambutan masyarakat Bukit Gantang terhadap Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat amat baik. Di sudut moral, DS Nizar bersih sebersihnya. Mengitkan DS Nizar dengan sebarang isu moral hanya akan makan tuan. Usaha mengaitkan DS NIzar dengan isu RM30,000 peruntukan untuk orang asli tenggelambegitu sahaja.

BN hanya ada isu melayu dan derhaka yang keduanya berkisar di sekitar masyarakat melayu. Pendek kata masyarakat Cina dan India tak makan saman dengan isu perkauman ini. Di kawasan Cina dan India BN menggunakan tarikan penari "Comel" zaman pra batu yang kurang baju. Semalam juga terlihat seorang penyanyi cina di pentas yang boleh didengar hampir sebatu bunyinya. Ketika lalu di situ berhampiran Taman Kaya, hanya tak sampai 7 orang dengan puluhan meja makan sedang menonton. Maaf, tak berminat nak merakamkan gambar yang boleh mencemar blog saya.

Saya juga melihat iklan ceramah Lokman Nor Adam bekas hero reformasi akan berceramah dengan tajuk "PAS amal Islam DAP". Namun difahamkan ceramah itu dibatalkan. Barangkali Lokman takut tersilap antara islam DAP dan Islam Hadhari. Islam DAP tak nampak lagi menganjurkan tarian seksi dalam kempen Bukit Gantang berbanding Islam Hadhari yang kini dipimpin Zahid Hamidi. Boleh dirujuk gambar dan kenyataan Zahid berkaitan perkara ini.

Modal umNo kini ialah mempromosi khayalan dan mimpi perubahan hasil peralihan kuasa mereka. Cerita tanah yang diberi kepada Cina telah ditangani melalui penerangan yang baik .Mungkin boleh dipanjangkanlagi ke segenap pelusuk kampung yang beriman dengan TV dan berita setiap hari. Yang jelas umnO menggerakkan pemuda upahan mereka bermula jam 12 tgh malam menganggu poster PAS dengan provokasi. Jika kita melalui pondok umNO selepas jam 11 malam akan kelihatan ramai pemuda bermotor berlonggok. Difahamkan mereka bersedia mensabotaj poster PAS.

Beberapa pertembungan kecil telah berlaku. Walaupun ianya berjaya disekat oleh kehadiran FRU yang dilihat lebih membantu menyelamatkan pemuda umNO tersebut. Malam tadi kira kira jam 2.30 pagi, sesampainya saya ke rumah, seorang sahabat melaporkan suasana di Simpang Taiping, antara kawasan panas di Bukit Gantang. Saya dapat merasakan satu sabotaj besar besaran akan dilakukan oleh gerombolan ini jika jelas mereka mandapat isyarat tewas besar pada malam terakhir..bersedialah...terutama dengan kamera....



KERJA SIAPA???KALAU BUKAN BUDAK BUDAK HINGUSAN UPAHAN...gambar di ambil di UPU Kg Pak Darus...antara kawasan melayu totok umNO-UNTUK MAKLUMAN DI PUSARA INI DITENUI BEBERAPA ALATAN KHURAFAT SEPERTI BENANG , JARUM DAN PATUNG. DIFAHAMKAN PETUGAS- IANYA TELAH DI BUANG OLEH PENGAMAL DARULSYIFA.

Apa yang jelas, isu setempat tidak dapat menganggu gugat sokongan kepada PAS. Media umNO sedang mencipta berbagai isu luar bagi menyokong kempen mereka. hakikatnya... modal umNO sebagai pejuang melayu terkubur apabila jelas umNOlah yang menggadai segala tanah kepada tauke Cina... umNO lah yang menyekat dan memboikot Kelantan dan Trengganu di bawah PAS walaupun kedua negeri itu solid dengan pengundi melayu..takkanlah orang Bukit Gantang tak tahu benda ni????

4 ulasan:

slyderrose berkata...

bukan di bkt gantang aje umno memerlukan talian hayat..sejak dulu lagi terutama selepas mac 2008. Bila tersepit mulalah gunakan sultan...kalau gagah macam 1993, sultan pun dihina dan disuruh turun tahta. Yg lawaknya puak-puak umno pura lupa..dan tuduh orang lain plak derhaka..munafik

Tanpa Nama berkata...

aku nak tanya kau..sapa anak haram tu...kau tengok ke orang tua buat apa masa lalu....jangan la gunakan perkataan yang menyinggung....salam...semoga allah bagi petunjuk pada kau...ingat kalau kau kata anak haram...macam mana pulak diri kau...tapi aku yakin kau bukan anak haram...tapi anak halal..

AnakWarisan berkata...

Anon 4april 10:06 pm,penulis tidak menujukan perkataan anak haram pada sesiapa pun.Penulis mengumpamakan perak seperti anak haram selepas NAJIB merompak kuasa di perak.Kenapa awak cepat marah tanpa baca dengan teliti?fahami dulu baru lah beri komen.Saya rasa awak pun macam blogger pro BN yang lain suka memaki tetapi awak dapat kawal emosi sikit.

anaksengat berkata...

woi tarak nama?? tarak paham ka?? anak haram tu kerajan Perak pimpinan Zamri la... Itu rampasan kuasa... Anak haramla tu... halal mesti Pilihanraya...

terima kasih anakwarisan yang paham..susah cakap dengan orang tak paham bahasa ni..ni yang Samad Said tokoh bahasa pun depa semburrrr