Isu politik wang yang difahamkan dari entah apa yang diucapkan oleh Ustaz Daud Iraqi seakan mengegarkan kedamaian di dalam PAS. Ramai pemimpin seakan tersentak dengan apa yang diungkapkan. Lebih terkehadapan ada yang meminta ustaz Daud dihadapkan Jawatankuasa untuk tindakan disiplin jika ianya tidak benar.
Saya yakin kejutan itu lahir dari kasih sayang yang tak berbelah bahagi terhadap parti.Memang seorang suami akan terkejut babi jika isterinya yang dilihat suci dan dipercayai sepenuhnya dituduh dengan tuduhan yang hina dan keji. Bagi PAS tuduhan politik wang dikalangan pimpinan adalan tuduhan yang hina dan keji!. Beerti jika ada pelakunya...ia seorang yang terlalu hina dan keji pada pandangan PAS dan ahlinya.
Apa butir ungkapan Ustaz Daud yang mengemparkan itu tidaklah dipastikan. Bagi yang sememangnya terlalu curiga terhadap ulama apatah lagi lantaran penegasannya bahawa Presiden dan timbalan mestilah seorang ulama mungkin menjadikan kebencian itu bertambah. Tiada lagi perasaan hormat terhadap ulama yang dididik dalam PAS selama ini. Tiada lagi husnu Dzan terhadap ulama yang diajar oleh PAS selama ini. Atau mungkin sememangnya mereka ini tidak pernah menghadiri majlis yang mendidik ahli PAS menjadi terpuji dan menyanjung tinggi kedudukan ulama.
Mengapa terlalu cepat menghambur makian dan hinaan terhadap insan yang duduk di kerusi tertinggi dalam haraki penghormatan ahli PAS? Apatah lagi dari kalangan sahabat blogger dan komentar picisan yang solat dan dzikirnya belum menentu lagi. Mengapa tidak penghormatan menjadi penghalang bagi kita bersikap biadab dengan golongan mulia sebegini. Biarlah penjelasan dan kalangan pimpinan membuat rumusan sebelum kita pantas menjatuhkan hukuman.
Apakah kenyataan itu satu tuduhan melulu yang langsung tiada kebenarannya. Jika langsung tiada kebenarannya biarlah pimpinan menentukan dengan adab dan akhlak dengan ulama. Jika ada kebenarannya .... atau bunganya memang wujud salahkan ungkapan danpendedahan itu lantaran kasih sayang pada parti. Mungkin hujjah cara pendedahan di akhbar menjadi isu...adakah ianya satu pengaduan di akhbar atau akhbar memetik kenyataannya?? atau dalam temu bual yang penuh dengan kelicikan bahasa dari wartawan akhbar??? Saya hanya menekankan akhlak kita dengan ulama......
Dengan sepenuh keyakinan saya menyankhal wujudnya politik wang dalam PAS...andai politik wang itu digambarkan seperti mana umNO. Namun jika ianya berlaku dalam bentuk yang beebeza mampukah kita menafikannya??? mungkin dalam bentuk BUDI yang ditabur kepada sasaran tertentu.... Ianya mungkin satu kebetulan...namun salahkah orang menafsirkan sebagai satu bentuk sogokan jika dilakukan terhadap sasaran yang mampu memberi undi??? Mungkin niatnya ikhlas... tetapi tafsiran dan sangkaan tidak boleh ditolak begitu sahaja... masing masing mempunyai hak menafsir selagi ada asasnya.
Sebagai contoh... kalau setiap kali pemilihan parti...maka perwakilan tertentu yang datang dari jauh seperti Sabah dilayan dengan hotel percuma dan kenderaan disediakan...mungkin sebagai membalas budi kerana dilayan sewaktu calon berkunjung ke sana... namun salahkah seseorang yang mempunyai kebimbangan berprasangka buruk. Tambahan pula tak dipeduli apabila tiada musim pemilihan... saya hanya memberi contoh andai keadaan seperti ini berlaku....atau mungkin telah lama berlaku????
Berbalik kepada persoalan asas ialah menghormati ulama ketika berhujjah dan menyanggah hujjahnya.....
6 ulasan:
JANGAN SEPERTI beruang yang sayangkan tuannya. Bila lalat hinggap di muka tuannya, dia menampar muka tuannya dengan kuat bagi membunuh lalat tersebut kerana mahu menjaga tuannya daripada dihurung oleh lalat.. Semua orang mengaku sayangkan jamaah PAS. Tapi bila pimpinan sendiri tidak mengikut adab adab nasihat menasihati dalam jamaah, ah;i biasa patut menegur mereka. Siapakah pemuda yang menegur Saidina dengan pedang itu? Layakkah dia menegur Omar yang dijanjikan sebagai ahli syurga itu?
Lebai Din
Betul tu... Tidakkah ada ruang pemimpin menegur pemimpin? Kalau kita menganggap perbuatan itu salah...ia ijtihad seorang ulama... kita anggap salah tetapi kita buat kerja serupa menegur tanpa akhlak ...apakah kita juga berijtihad??? mungkin tahap lebai dah layak ijtihad?? maaf...
Jaga-jaga, macam mainan AMNOje isu ni.
satu lagi nak bagi tau..."pemuda" yang menegur s. Umar itu ialah sahabat nabi. Sebaik baik generasi. Lebih baik dari ulama. Kalau tak salah Salman Al Farisi... tk.
slm lebai din...nak tgr boleh tapi kena ada adab kalau maki n kutuk kan tak baik...itu tidak melambangkan si penegur kurang moral..dalam islam boleh tegur....
satu lg jgn cepat jatuhkan hukum pergi tanya empunya badan dulu...selidik dan siasat kalau tak kita tergolong dalam org fasik...
Catat Ulasan