Selasa, 19 Mei 2009

umNO DAH NAK KIAMAT.....

Serba pelik dan serba serabai...itu realiti di Malaysia hari ini. Dunia semakin pelik adalah antara dunia dah tua dan nyanyuk. Tanda hampir kiamat...Tetapi jika manusia semakin pelik , apakah itu juga tanda manusia nak kiamat (mati)...Kalau yang pelik itu perlakuan sebuah parti...Mungkin itu juga tanda parti itu semakin hampir nak kiamat....

Parti yang begitu gah dan tak pernah mengalah sepanjang sejarah pilihanraya terutamanya pilihanraya kecil...kini mengaku kalah sebelum bertarung. Umum mengatahui...pembangkang di Malaysia selalu bimbang apabila pilihanraya kecil di adakan kerana kerajaan akan menggunakan seluruh jentera yang ada bagi membantu umNO dan BN. Kalau kubu pembangkang pun mereka bimbang...kubu umNO tentulah lebih bimbang..Namun Pembangkang tak mengaku kalah sebelum berjuang.... Hari ini umNO dah mengalah di Penanti....Mungkin itu tanda kiamat bagi umNO

Biasanya yang menang dalam pilihanraya memerintah negeri...namun di Perak keadaan sebaliknya berlaku. Umno merampas dari kerajaan PR hanya dengan alasan 3 katak bersamanya... umNo bermatian mempertahankan agar DUN Perak tak dibubarkan...bukankah untuk menentukan kerajaan melalui pilihanraya bukan pilihan istana... Namun umNO memilih memaklumkan kepada istana bahawa mereka mendapat majoriti bukan DUN Perak.... Mungkin itu tanda kiamat bagi umNO

Biasanya yang menang akan jadi menteri dan yang kalah gigit jari... Namun dalam kerajaan hari ini Ramai MP umno menang tak jadi menteri sebaliknya yang kalah dan tak bertanding pulak jadi menteri.. Paling kesian menantu Pak Lah..Khairy.. menang Parlimen dan ketua Pemuda umNO Malaysia tak dilantik jadi menteri...alih alih..Mukhriz yang kalah ketua Pemuda jadi menteri....Jamil Khir yang tak masuk politik langsung pun dapat jadi Menteri... apa jadi kat Khairy??? Mungkin itu tanda kiamat bagi umNO......

Rasuah memang dilarang agama dan adat bangsa di dunia...Pelakunya adalah hina dan keji.... Khairy bersalah tetapi menang jadi Ketua Pemuda..Ali Rustam dilarang bertanding Timbalan Presiden tapi kekal jadi ketua menteri...Dua perasuah dalam parti umNO...satu menang dalam parti tak dapat jawatan kerajaan...satu dilarang bertanding dapat jadi ketua menteri.. pelikkkk...Mungkin itu tanda kiamat bagi umNO.....

Kalau nak kira banyak lagi pelik dalam umNO ni...tapi buat apa bincang dan tulis banyak banyak lagi...sebab dah nak kiamat dah ni.... Tetapi tanda kiamat paling dekat ialah nyanyuk.... Sah umNO dah nyanyuk kerana umur masih belia dikata dah 63...memang umNO dah nak kiamat dalam sejarah Malaysia ni......

8 ulasan:

Pemburu Syahid berkata...

Salam....

Mari sama sama kita gelakkan UMNO sementara UMNO belum mati. Kalau dah mati, mari sama sama kita boikot pengkebumian UMNO. Biar UMNO mati kering dan berulat di tepi longkang.

www.saynotomunafiqeen.blogspot.com

kontraktorwibawa.blogspot.com berkata...

TEGAK BULU ROMA BILA AKU BACA KOMEN PEMBURU SYAHID..

Tanpa Nama berkata...

Muntahkan balik semua benda yang kamu makan, emak bapa kamu makan, anak beranak kamu makan. Udah kenyang perut melantak hasil usaha umno, sekarang nak tunjuk eksyen. Sedar le diri kamu tu. siapa bapa kamu.

Tanpa Nama berkata...

Anak Raja Petra ditangkap mencuri.Bapak borek anak rintik. Inilah tingkalaku penyokong kuat pembangkang,kalau tak berbaring dan terpekik kat jalanraya,mencuri pulak.Nak memerintah negara???boleh belah la...

dato' berkata...

apala tak de nama ni...tak de fakta langsung.... lari tajuk plak tu... maaf...saya tetap yakin rezki dari ALLAH.macam tak de tuhan bercakap...astaghafirullah..

Nak tanya yang bunuh dato Taha siapa ye??? Yang kena katam dengan Mona Fendi orang mana???

Amri Mat Saaid berkata...

salam anak sengat
teman samapi di court kol 8 pagi hee byk jumpe pimpinan PAS,DAP dan PKR dok salam dgn DS Nizar, Dr. Hatta Ramli dll

ini klu mahkamah Rayuan

Justice Md Rauf Shariff said the court would only decide on whether Justice Abdul Aziz had intepreted the Perak Constitution rightly or wrongly.

“If he intepreted it correctly, we will dismiss the appeal. If not, we’ll accept the appeal,” he said.“If he intepreted it correctly, we will dismiss the appeal. If not, we’ll accept the appeal,” he said.

Amri Mat Saaid berkata...

ha ha tanpa nama

bongok nye kamu ni tahap gaban, esok jawab lerr depan Allah yg bagi rezeki kpd kamu UMNo, tuhan aku-UMNo, RasulAllah-UmNo.............................

dato' berkata...

salam amri..... baguih le tu ...moral support tu penting