Sabtu, 23 Mei 2009

ISTERI BERSUAMI DUA...

kisah seorang suami yang baru berkahwin dengan isteri yang dikasihinya. Namun dalam diam terlalu ramai yang cemburu dengan kemesraan dan layangan sang suami. Apatah lagi sang suami seorang yang berkulit putih. isterinya pula memang dipuja ramai jejaka dan duda.

Dalam ramai ramai ada seorang duda hitam yang begitu berpengalaman. Beliau memang terlalu marah apabila isteri pujaan itu menjadi milik suami yang penyayang itu. Si duda telah beberapa kali bercerai lantaran layanan buruk terhadap isterinya. Bukan sekali dia menduda, malah berpuluh kali. Semuanya lantaran keganasan dan perangai memerah keringat isteri. Habis harta isteri diguna...

Berbalik kepada suami isteri yang begitu bahagia tadi.... berbulan si duda jahat ini mengidamkan isteri orang...semua bomoh telah ditemui tetapi gagal...Akhirnya dengan pertolongan seorang sahabat lama yang berpengalaman dengan ramai gadis dalam dan luar negeri termasuk dari negeri Gengish Khan.... beliau mengadu...

Akhirnya isteri tadi dicolek dan dibawa lari...sesampainya di Selatan Siam.... Duda tadi menikah secara haram dan membawa pulang isterinya. Habis dicanang serata alam tentang isterinya. Namun semua orang tahu bahawa itu ialah isteri orang yang dibawa lari. Apabila suami pertama isteri itu mengatahui... maka dia membawa kes ke mahkamah..

Hakim telah memutuskan bahawa suami pertama adalah pemilik dan suami paling berhak ke atas isteri tadi. Si duda telah membantah.... beliau memohon hakim menghalang suami pertama tidur di rumah isteri tadi... Permohonan itu diterima...

Sayangnya , si duda tadi pula yang tidur di rumah isteri..Bukan setakat tu... dibawa isteri ke seluruh alam...ADIL ka??????

Setelah beberapa lama bersama .... si duda membawa ke mahkamah semula... setelah dilihat isteri telah mengandung anak si duda...hakim memutuskan si duda adalah suami yang sah....

demikianlah alkisahnya...... seluruh alam tahu..

2 ulasan:

Unknown berkata...

macam jalan cerita kat perak je...siduda tadi tu zamri ke?

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak tahu nama duda tu ia lah Z.GanDela, berkulit hitam, pandai berenag di laut, asal usul masih belum di sahkan mahkamah rayuan.