Khamis, 21 Mei 2009

BN RASUAH BUDAK SEKOLAH.

Saya mendapat SMS berharapkan pengesahan berkenaan bacaan Yasiin oleh pelajar Sekolah Izzuddin Shah dan Raja Perempuan Taayah untuk kemenangan Zamri Alharamy alPangkori.
" Tolong siasat betulke budak Izzuddin dan Taayah dipaksa baca yasin untuk zamri di kediaman rasmi MB?" antara butiran bertanya.

Sebagai bekas pelajar saya menpunyai jaringan untuk mendaptkan pengesahan. Setelah dua telefon di dail saya mendapat pengesahan memang budak Izzuddin dan Taayah dibawa ke kediaman Rasmi MB Perak dah tiga kali. Pertama ketika malam sidang DUN nak bersidang dan malam kedua ketika Mahkamah tinggi akan membuat keputusan! Kali ketiga ialah malam khamis lalu sebelum keputusan mahkamah rayuan. Kali ini diberi rm20 seorang.itu maklumat sohih

Teringat saya peristiwa Badar yang bgerlaku antara Islam dan kafir. Bagaimana Rasulullah berdoa bersungguh sehingga Abu Bakar menyatakan...cukuplah wahai Rasulullah ...Allah mendengar permohonanmu. Dalam masa yang sama Abu Jahal dan gerombolan Kafirnya turut berdoa memohon supaya Allah membinasakan tentera Muhammad Rasulullah.

Saya tak tahu di mana persamaan paling tepat..tetapi kedua pihak yang benar dan salah tetap berdoa kepada Allah. Dan Allah memberi kemenangan kepada kebenaran sebagaimana diterangkan dalam surah Alnasr atau alfath. Kenyataanya ialah kebenaran pasti menang..

Apa yang nak dibincangkan bukanlah soal doa sangat tetapi bagaimana Zamry alHaramy telah menggunakan kemudahan budak sekolah untu berdoa bagi pihaknya Seorang sahabat menyebut..."lepas dia bawa jom heboh kat Lumut pandai pulak minta budak agama doa. Kenapa tak ajak daud kilau ke...Julia Banos ke ..." Apa yang jelas pendokong Pakatan Rakyat memang tak henti berdoa sejak rampasan kuasa lagi.

Mengapa harus dilibatkan pelajar sekolah lebih lebih lagi sebahagian mereka akan mengahdapi peperiksaaan dan sekarang ialah musim peperiksaaan. Paling menarik ialah rombongan dari sekolah itu dibayar RM30 seorang.... wah dengan budak sekolah pun engko nak rasuah... Tak cukup ke dengan musim pilihanraya dan pemilihan umNO...sampai budak sekolah pun dirasuah supaya berdoa bagi pihaknya. Saya yakin dikalangan ramai murid yang ke rumah MB bukanlah semuanya berdoa untuk Zamry..Mungkin secara senyap mereka berniat agar Allah memenangkan Nizar.

Akhirnya keputusan hakim mahkamah tinggi memberi kemenangan kepada Nizar. Pulanglah pelajar Izzuddin dan taayah berbekal rm30. Itulah permulaan rasuah yang diajar oleh Zamry alharamy... Mestikah kita membiarkan perkara ini terus berlaku...???

11 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

kediaman MB ye... kami akan siasat! lahanat punye ZAMBRY... nak doa-doa lah... yg membabi buta menggunakan budak sekolah apasal? dah takde penyokong nk doa kan die... nnt suruh budak skolah undi pulak...

anak cipan berkata...

ishh ishh ishh...aku tak terkejut langsung jamri tu guna budak sekolah untuk utk baca yasin kat umah dia...sapa lagi dia nak harap baca yasin ni...putera umno?puteri umno?rapidah aziz?...jangan haghappppp...jamri pun tau tu sebab dia tak panggil OKU-OKU (Orang Kuat Umno)ni

PendekarLaut berkata...

Sebenarnya bdk2 skolah dtg ke kediaman MB bknnya nk bacakan yasin..bacakan talkin utk umno ada la..hehe..apapun,akhirnya ISTERI AKAN PULANG PADA SUAMINYA YANG SAH (pada yang paham je la).

Tanpa Nama berkata...

siasat lah baginda reformasi oi..tatau lg kebenarannya..lahanat
apa???mana tau zambry tu dikenakan..mcm2 boleh jd skrg ni kan..
haih..and by the way..utk tuan punya blog,zambry's full name is zambry abdul kadir..
apa bendanya alharamy???
suka hati nak pggil orang mcm tu??
jgn sbb tak gunakan akal dgn sebaiknya..anda dimasukkan ke neraka Allah nnt..
astaghfirullah..
saya mmg tak fhm mcm mana akal org2seangakatan dgn saudara berfungsi..
maaf.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

tak de nama ..( takut boh nama)..alharamy tu maknanya tuan punya kerajaan HARAM! itu le ertinya...awat la kepala otak tersumbat ayor ni...?

Pak Oncu berkata...

Yang pasti nya Zamry menang,,, maksud nya zamry di tempat yang benar lahhh tu !!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

ayat dalam surah ali imran yg selalu dibaca lepas solat marghib bahawa ALLAH berkuasa menaikkan sesiap yang DIA suka walaupun org lain tak suka, Kita terima dan berdoa serta berusaha sehingga berjaya.

SKB jln masyarakat

BABY MUSLIM JE berkata...

AKU BUDAK IZZUDIN..

Ok broder2 jgn gado2. Memg la kami dapat duit.. org bagi amik je.. duit tu pun asalnye duit rakyat kan cuma isunya kurg manis tok zamri buat mcm ni. Tmbahan semasa isu politik. Tok guru kata bagi kain amik bagi duit amik tapi undi apa mesti yg lebih mendapat keredhaan Allah dunia akhirat. Islam 4 all.... Buat bro.dan Pak diatas pernah dengar crita isteri bersuami dua x? Minah endon dtg dari jawa bekenalan ngan mat tempe, berkawan berkasih kemudian nak menikoh. Jumpa tok kadi,tok kadi keja dia akad nikah je lain2 soklan ada tanya pompuan janda ke bujang dara. Jwp si minah bujanng. Xda tok kadi siasat status minah di indon pulak maka di akad nikah le sejoli ni. Maka sah le pernikahan tu. Ye! Tapi setelah itu di kaji minah ni sbnarnye ada suami di endon dah x serasi tapi belum sah cerai. Maka isti;lah syarak terbatal serta haram pernikahan itu. Ada paham ke? aku nak crita pnjg ni. Hampeh kalu xphm2 gak. Kesimpulannye Zamry haram punya MB sebelum sah terlucut status Nizar sebagai MB... Haram la ada dua suami. Xda otak lgi mai sekolah balik ok. Blajr fardu ain pun da leh paham tau.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Betul pak ocuuuu....Firaun menang dia betul...Namrud menang dia betul.... amerika meanang di betul... Syaitan goda Pak oncu dia menang...SYAITAN PUN BETULLLLL...Cuma Pak oncu KALAHHHHH

Tanpa Nama berkata...

ubn mengong

UstazK berkata...

assalamu alaikum. selamat berkenalan. sila lawati blog saya anakgeriksoleh.blogspot