Isnin, 11 Mei 2009

RAYUAN UNTUK SULTAN VS RAYUAN MAHKAMAH

Pastinya perkembangan mahkamah sebentar tadi memberi implikasi baru dalam wajah politik Perak. Kemenangan DS Nizar sebagai Menteri Besar pastinya membolehkan beliau kembali ke Bangunan SUK. Apakah Datuk SS akan memanggil FRU untuk menghalang kehadirannya??? Ini bermakna beliau menghina Mahkamah..pastinya beliau mengigil dan dijangkiti Babi selsema sepanjang tempoh rayuan zamri.

Kini rakyat tertumpu kepada dua rayuan. Rayuan Zamri Al Mangkori meminta mahkamah menimbang semula keputusan dan Rayuan DS Nizar agar Sultan membubarkan dewan Undangan Negeri Perak. Negeri Perak berhadapan dengan krisis politik sejak rampasan kuasa oleh Najib dan kudetanya. Kemuncak kekalutan itu ialah persidangan DUN Perak yang berakhir tanpa kerelaan mana mana pihak. Baginda Raja Muda yang merasmikan sidang difahamkan hanya menyentuh isu ekonomi. Itu isyarat tumpuan baginda ialah kesejahteraan rakyat Perak. Jalan keluar kemelut di Perak ialah membubarkan DUN.

Ketika Zamri membuat persiapan rayuan keputusan mahkamah Tinggi, DS Nizar dan PakatN Rakyat membuat persiapan mengadap Baginda Sultan memohon perkenan membubarkan Dewan. Kita tidak meyakini keputusan mahkamah Tinggi akan bertahan lama. Namun kita mengharapkan keputusan mahkamah ini memberi isyarat jelas agar permohonan bubar DUN diperkenankan Sultan.

saya amat meyakini Sultan sedang memerhati dengan penuh teliti apa yang berlaku sepanjang krisis ini. Sebagai seorang yang menyatakan merasai denyut nadi rakyat, pastinya baginda akan mempertimbangkan dengan kebijaksanaan dan keperihatinan baginda. Menantikan keputusan rayuan mahkamah akan menyebabkan pelbagai kekalutan terus berlaku. Perak akan tiada pemerintahan kerana tiada pihak yang mampu membuat keputusan. Zamri telah diSAHKAN HARAM. Namun mampukah DS Nizar kembali ke biliknya yang dijaga SS dan pasukan rakusnya? Ini mambuatkan Perak terumbang ambing dan hasrat Raja Muda ketika merasmikan Dewan Undangan Negeri baru baru ini tidak terlaksana.

Hanya satu jalan...menerima Rayuan DS Nizar mengembalikan kuasa rakyat membuat keputusan???? bersediakah pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat menghadapi Pilihanraya??? Jangan ingat andai pilihanraya kali ini berlangsung, semudah pilihanraya sebelumnya.... percayalah..... gerombolan perompak akan bertindak ganas apabila polis mengepung mereka... apatah lagi polis bersedia membunuh mereka lantaran kejahatan yang melampau batas dan adat susila manusia...

1 ulasan:

TurkeyKini berkata...

Gunakan Web ini untuk Download Video Youtube

http://www.youtube2u.net/