Ipoh seakan menjadi kawasan darurat. Demikian laporan beberapa blogger. Ketika melalui sekitar Ipoh, bandar ini seakan bakal menyaksikan demonstrasi ratusan ribu manusia esok. Namun setakat ini tiada arahan dari mana mana pihak untuk mengadakan perhimpunan. Namun saya yakin esok ramai yang akan datang ke SUK ...mungkin untuk melihat polis yang ramai.
Biasa bagi masyarakat kita untuk berhimpun atau melihat sesuatu yang jarang berlaku. Bagi saya, polis yang ramai akan turut menarik minat warga Ipoh. Namun ketua polis Perak telah mengeluarkan larangan menghadiri sebarang perhimpunan. Kononnya bagi menjaga keselamatan di Ipoh. Sepanjang tinjaun di Ipoh, tiada riak menunjukkan Ipoh akan kacau. Kalau tugas polis bertujuan melancarkan perjalanan...sebenarnya ia telah menyusahkan penduduk Ipoh kerana terlalu banyakjalan yang ditutup.
Lebih menarik, pasukan keselamatan (umNO) dilaporkan bimbang dengan warna hitam . sehingga kini dimaklumkan telah ada arahan larangan berpakaian hitam sekitar Ipoh. Apakah orang yang berpakaian hitam di Ipoh akan ditahan. Atau semua yang berwarna hitam akan ditahan???. Ini bermakna kebanyakan masyarakat India dilarang mendekati kawasan SUK. TGermasuk sebahagian melayu...... Apakah jika semua yang berwarna hitam di larang menghampiri bangunan SUK... Setakat manakah nilai kehitaman yang dilarang???Apakah Zamri juga di larang??? atau adakah Zamri akan ditangkapketika menghampiri bangunan SUK kerana bewarna hitam...????? mungkin tidak.....
3 ulasan:
Kompom kene hang Zamri..haha..jaga2 ma..
Bloger-bloger menampilkan hanya berita sensasi dan spekulasi yang tak benar. Itu yang aku dah hilang mood baca blog. Kata Sultan tangguh Sidang DUN lah; Sultan bubarkan DUN sebelum 7 Mei lah.. Semua karut.. Kita mau maklumat yang tepat..Kami macam kene klentong olehg blogger2 selama ni..!
Berlangsungnya sidang DUN 7 Mei ini akan membawa kemelut yang tak berkesudahan di Perak. Walaupun BN mungkin berjaya dalam agendanya tetapi ia tidak menguntungkan BN untuk jangkamasa panjang. Perlanggaran undang-undang oleh BN boleh dikelabukan dengan arus media perdana. Tetapi ia mendekatkan BN dari liang kubur.
Catat Ulasan