Khamis, 25 Jun 2009

HARUSANI LAGI....

Muka depan akhbar Utusan melaporkan kekesalan Harusani Zakaria di atas kegagalan Kerajaan Perpaduan. Siapa tak kenal harusani? Kekadang harusani dilihat lebih lincah dari Noh Gadut dalam isu yang membantu umNO. Siapa tak ingat respon segera harusani dari Mekah Al Mukarramah terhadap " mogok lapar" pendokong PR Perak. sayangnya Harusani terhadap Melayu umNO di Perak. Biar jauh beribu batu namun hati tetap padamu.

Harusani seakan tak peduli dengan penegasan dan fatwa beliau sendiri yang diengkari oleh kerajaan Haram Zamri. Jom heboh langsung tak disentuh harusani..Bagi Harusani dosa PAS yang dianggap memecahkan Melayu jauh lebih besar dari dosa umNo yang menyesatkan Melayu dan meruntuhkan akhlak anak anak melayu...itulah mufti negeri ku.

Harusani memahami kerajaan Perpaduan TGHH sama seperti impian umNO BN. bagi umNO BN, kerajaan Perpaduan ialah antara PAS dan umNO sedangkan jelas dalam wawancara awal TGHH dengan siasah mengenai konsep kerajaan Perpaduan ialah tiada pembangkang. saya tak pasti siapa yang salah memahamkan kepada harusani konsep ini. Yang pasti , sumber harusani ialah umNO sendiri.

DPPN Perak pernah mencabar agar Harusani turun di gelanggang sebenar jika ingin menyokong umNO. Alangkah baiknya jika Harusani menjadi Calon umNO. Saya sebenarnya terasa berat untuk menyentuh perihal harusani sekali lagi. Cuma semangat kemelayuan Harusani terlalu tinggi. Beliau tidak melihat jinaknya orang bukan Islam dengan Islam sejak bersama dalam PR. Yang sepatutnya dilihat baik oleh Harusani sebaliknya dilihat menghina agama. mungkin Harusani takut Cina menyokong dan menjadi Islam lantas Islam tidak lagi menjadi milik mutlak melayu agaknya. Siapa pun tak tahu apa terbenam dalam kepala Harusani. Yang pasti beliau seringkali bersama umNO.

Barangkali Tan Sri yang dihadiahkan kepadanya baru baru ini cukup menjadikan Harusani menyayangi kerajaan Haram Zamri. Segala anugerah kebesaran negara telah dimiliki. Mungkin satu haru TUN akan menjadi milik harusani. saya tak pasti samada kita sedar atau tidak... sanjungan yang diberi kepada Harusani ketika Ulangtahun YDP Agong baru baru ini setaraf dengan Zainah Anwar. Saya tak pasti samada Nilai Zainah sudah setaraf Harusani atau Harusani sama saja dengan Zainah Anwar bagi umNO. Masing terbayang bagaimana Zainah Anwar berdiri sebaris harusani menerima anugerah dari SPB YDP Agong.....Hanya umNO yang mengerti nilai Harusani bagi mereka......

Maafkan saya Datuk mufti....

5 ulasan:

PemudaPerak berkata...

dah kenyang umno kasi mkn...xkan nk lawan umno kot....itulah mufti negri ku (oopps silap,aku xikhtiraf dia mufti dah.)

TBO berkata...

salam

bagi TBO dia nih mufti kain samping RM20,000 sbbb dia ada kain sampin rege RM20,000, kami pernah mintak pinjam kat laman web , sayang dia tak kasik

nasa berkata...

Minta Harunsani letak jawatan bertanding dalam PR

Tanpa Nama berkata...

Nanti kalau dia komen baik2 pasal PAS apa pula kamu cakap?'Harusani laa Mufti yang berani'?..haha!!Bodo ah kamu PAS!Dipuji suka di kritik mengamok satu malaysia!

Tanpa Nama berkata...

ko taw tak wahai orang pas, ble ko kerjasama dengan PKR n DAP ko dah jd same mcm BN gak.lom tentu islam ditegak pasni.jgn buta ati lah woi.org PKR tu sm bangang dgn umno.kaki rasuah gak.tlglah wujud sebagai entiti tunggal.nik aziz pun bongok gak nak gak sm2 jd umno.ko ingat penyokong suke ke.