Isnin, 22 Jun 2009

DEMI KESATUAN FIKRAH

Terkini Harakah Daily melaporkan tiada lagi isu kerajaan Perpaduan. hasil pertemuan pimpinan utama PR telah membuat keputusan yang tepat. Bukan kerana isu asal kerajaan perpaduan tersebut, tetapi apabila isu tersebut telah dimanipulasi , maka idea asal telah disalah tafsir.

Manisan yang diharapkan menjadi arak apabila salah simpan dan salah diuruskan. Alhamdulillah akhirnya manisan yang menjadi arak yang memabukkan itu dibuang. Harapan orang yang ingin ramai yang mabuk kerana meminum arak itu juga hancur.

Apa yang penting, kini ialah merapatkan saf dan ukhuwwah yang tergendala kerana salah sangka dan kekeliruan yang melanda. Masa untuk bermuhasabah. Ternyata isu yang melanda , mendedahkan kepada kita betapa rapuhnya tarbiah dalam jamaah. Mudahnya satu isu mencabut rasa kasih dan ukhuwwah. Hilang segala jasa yang sekian lama di bina. Tiada lagi baik, melainkan semua busuk belaka.

Harus diingat! PAS hanya memerlukan satu bentuk tarbiah sahaja. Tiada lagi kerencaman dan kepelbagaian cara tarbiah di bawa dalam jamaah. Wehdatul fikr dan wehdatul amal mesti diteraskan semula dalam setiap pembinaan pendokong kita. Lajnah tarbiah dan dewan ulama seharusnya melihat kepincangan ini dengan bersungguh. Jangan biarkan ahli jamaah PAS membawa watak dan idea jamaah mereka sebelum ini. Jangan rosakkan kesatuan fikrah pendokong PAS.

Selagi pelbagai bentuk aliran dibiarkan dalam PAS dengan alasan kebebasan, maka selagi itulah perpecahan akan menjadi barah. Kepada bekas ahli ABIM, JIM dan mana mana jamaah Islam, harus ingat anda memilih untuk berjuang dengan PAS. PAS miliki tarbiah tersendiri. Walau sejauh mana anda mengkagumi tarbiah bekas jamaah anda... anda mesti patuh kepada tarbiah PAS jika anda ingin menjadi ahli PAS.. jika tidak...cukuplah anda berkerja sama dengan PAS tanpa perlu menjadi ahli apatah lagi menjadi pemimpin PAS! Tiada usrah lain bagi ahli PAS selain usrah dan tarbiah PAS!

Kita lihat selepas ini, andai ada lagi yang meniupkan isu kerajaan perpaduan, maka itulah sebenarnya perosak jamaah! cukuplah bagi pemimpin yang menjaja isu kerajaan perpaduan dalam ceramah umum. bermula hari ini, kita tunggu dan lihat, siapa yang tak senang duduk apabila isu kerajaan perpaduan ditutup. yang saya pasti mereka adalah umNO! atau mungkin munafiqin seperti di zaman saidina Ali dan Muawiyyah yang telah saya posting sebelum ini.

8 ulasan:

parpubasi berkata...

Seronok sangat rasanya apabila PR menolak penubuhan kerajaan perpaduan. Bukannya tak nak bersatu dan berpadu tapi jika mahu bersatu dan berpadu biarlah dengan `isteri` yang solehah.. Ini kalau isteri tu dah ada ciri2 org `jahat` nak ajak kahwin buat apa... cari nahas je nanti.... So masalah kerajaan perpaduan yg `amat` diidam2kan oleh umNGOK akhirnya tak menjadi kenyataan... Syabas buat pimpinan....

pria malaya berkata...

'Happy Ending'- Nik Aziz tarik balik minta Nasha keluar PAS (video inside)

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/06/happy-ending-nik-aziz-tarik-balik-minta.html

TBO berkata...

salam dato

tak payh ler lagi antor posting sokong tak sokong sekolah Izuddin Shah tu lagi

Tuk Ketuo berkata...

SYUKUR ALHAMDULLILLAH KE HADRAT ALLAH TUHAN SEMESTAR ALAM YANG MEMBERIKAN TAUFIK HIDAYAH KEPADA PENDOKONG DAN PEJUANG ISLAM.
MAKA KAMI AKAN JUGA MENGHENTIKAN SEGALA KRITIKAN PEDAS TERHADAP MEREKA YANG TERLIBAT DALAM MASALAH KERAJAAN PERPADUAN DAHULU,TAPI ITU TAK BERMAKNA KAMI TIDAK AKAN MENEGUR DAN TERUS MENGKRITIK DEMI KEBAIKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

nalapambu berkata...

Itulah hebatnya DSAI yang menerajui PR. Segala masalah yang timbul dengan segera dapat diselesaikan oleh nya. Sekarang sudah nampak jelas bahawa DSAI dan LKS boleh diharaf memerintah negara.

Pada mula nya PAS dibawah pimpinan Tn Guru Hj Hadi tertarik dengan kerajaan perpaduan. Tentangan hebat dari Tn Guru Hj Nik Aziz telah membawa krisis ini kemeja pengadilan.

Dari mula lagi nala sudah agak bahawa kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh BN tidak sesuai bagi negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.

Sebenarnya tujuan ianya diujudkan cuma untuk menyatu padukan melayu/Islam yang sudah berpecah belah. Tetapi sebaliknya ianya akan mengancam keharmonian kaum lain.

Nala sangat gembira kerana PAS yang pada mulanya mahukan kerajaan perpaduan akhirnya bersetuju menolaknya. Mungkin PAS sudah sedar bahawa kerajaan Perpaduan tidak membela semua kaum seperti PR.

Sejak tertubuhnya PR, sudah nampak nyata kaum cina dan india sudah lebih menonjol kehadapan dalam politik Malaysia. Kalau dulu kaum ini terkongkong di bawah BN, sekarang sudah bebas dan ada lebih berkuasa dan bersuara.

Kami sangat berhutang budi kepada melayu dalam PAS dan PKR yang telah membantu memberi lebih kekuatan kepada kami.

Sekarang kaum india dan cina sudah ada lebih kuasa dalam politik di Malaysia kerana pertolongan kaum melayu dalam PAS dan PKR. Jika PR sudah dapat berkuasa penuh memerintah negara, Jasa2 melayu dalam PAS dan PKR ini akan terus dikenang.

Tanpa Nama berkata...

Sangat setuju dengan pendapat Ustaz. Kami sudah bosan teramat bosan dengan geng-geng JIM dalam PAS yang tak habis-habis dengan putar belit.

TBO berkata...

sdra anoy

ni ape nih gang JIM dan ABIM ni semua orang ada peranan dalam jemaah PAS tak payahlah diungkit2

Tanpa Nama berkata...

Kadang-kadang kita lebih suka menyembunyikan masalah dengan kenyataan-kenyataan yang berbunyi indah tapi tidak benar.
'Semua ada peranan dalam PAS' - memang bunyinya cantik tapi realitinya tidak cantik apabila ternyata peranan kelompok tertentu adalah untuk merosakkan PAS dari dalam - mencetuskan kekeliruan dengan mengembar-gembur isu-isu yang sebenarnya tidak pernah jadi masalah pun (contoh, isu 'ulama lwn profesional'), menyebarkan kefahaman yang menyeleweng, memfitnah untuk merebut jawatan dan seribu satu lagi taktik kotor.
Perasan tak anonymous June 23, 2009
8:08 PM tidak sebut pun ABIM?
Saya setuju sebab memang BUKAN orang ABIM yang merupakan anai-anai dalam PAS....
Yang makan cili pasti terasa pedasnya!
Musuh dalam selimut adalah jauh lebih hodoh dan lebih bahaya daripada musuh di luar yang nyata.