Apapun tanggapan dan pahat serta tukul yang berbunyi di luar tidak boleh merubah keputusan uktamar yang lalu. TG Presiden telah mengumumkan barisan pembantu yang akan meneruskan agenda memperkasakan PAS sebagai pemimpin prubahan dengan Islam sebagai teras. Ia adalah suara perwakilan muktamar yang mewakili akar umbi yang bekerja untuk parti.
Jangan dihiraukan suara sembang dan sumbang dari media cetak atau elektronik. Sepaham saya ahli PAS diajar wala dan tsiqah kepada pimpinan. Tak terfikir saya ahli PAS ingin mengatur pemimpin yang dipilih dalam muktamar. Muktamar adalah badan tertinggi membuat keputusan PAS. Lebih malang adanya blogger yang entah dari mana asal usul mencadangkan pemimpin yang dipilih di dalam muktamar menarik diri... SIAPA KAMU????
sepatutnya ahli parti yang berasaskan Islam terdidik dengan akhlak dalam menegur dan mengkritik. Saya tak tahu penyakit apa yang melanda ahli parti Islam sejak kebelakangan ini. Atau mereka ini bukan ahli....apappun untuk merujuk kepada blog yang ada sila merujuk dengan kawasan masing masing dari segi keterlibatan mereka dalam kawasan masing masing...jika mereka hanya jadi pengkritik dari luar...lupakan...
Kita diseru agar menghormati keputusan muktamar...jadi hormatilah keputusan pemilihan di dalam muktamar juga..tak puas hati bekerjalah dari sekarang menempati JK Kawasan agar dapat menjadi perwakilan dan menukar pemimpin dalam muktamar akan datang.. itu lebih baik. Hormatilah perwakilan anda...tidakkah itu demokrasi yang anda inginkan???
Jika kita menyusup di akar umbi, isu perbezaan pendapat ialah mengenai kerajaan perpaduan. Ianya belum dijelaskan lagi kerana ianya sesuatu yang baru dan ilmiah. Tg Presiden hanya memberi lontaran awal. DSAI dilihat lebih rasional dalam hal ini dari sesetengah ahli dan pimpinan parti sendiri. Moga pandangan DSAI akan melemturkan serangan dari kalangan yang berkiblat kepada beliau.
Saya berpendirian, Muktamar telah memberi kepercayaan kepada pimpinan yang ada. Berilah ruang kepada mereka memimpin dengan kepercayaan yang mereka miliki dari muktamar. Apa yang dibimbangkan ialah PERCANTUMAN PAS DAN umNo. TG Presiden dan seluruh kepimpinan telah memberikan komitmen akan memperkasakan Pakatan Rakyat dan TIDAK akan bersama umNO???? di situ kita bertemu....
Persoalannya mengapa masih ada keraguan kepada pimpinan. Tak percaya kepada pimpinan??? moga penulis tak berakhlak dengan pimpinan dari kalangan ulama cermin diri dalam mempersoalkan kredibiliti ulama..... mereka tidak seperti kita...... solat pun mungkin tak tentu hala waktunya...... cabulnya mulut boleh dibaca dari tulisan yang penuh dengan makian ....
Berilah kepercayaan kepada pimpinan pilihan muktamar mengatur perjalanan parti dengan ilmu dan keyakinan pengalaman mereka. Telah ditegaskan untuk bersama umNO perlu muktamar khas memutuskan... apa ditakutkan... kenapa kita ingin mengikat mereka dengan apa yang kita rasa perlu dan tahu....? Mereka berhujjah dengan Al Quran dan hadis... apa hujah kita???? akal??? emosi...surat khabar?? cerita orang?? prasangka???? hatta sirah sekalipun... boleh kah semua itu mengalahkan hujjah Al Quran dan Sunnah?? Apakah jalan yang mereka pilih bercanggah dengan Al Quran yang merupakan sumber tertinggi parti??? jika salah boleh dikenakan tindakan seperti golongan syiah dulu... tentunya blogger yang cenderung kepada syiah masih ingat sesangat peristiwa itu.....
Marilah kita memberi ruang kepada pimpinan melaksanakan amanah muktamar untuk parti. kita ada ruang 2 tahun dari sekarang untuk menilai. Berilah keadilan sebaiknya buat mereka yang sekian lama kita percayai.... Jika mereka gagal memikul amanah memperkasakan parti...kita akan tukar dalam pemilihan akan datang.... Kejayaan dan kegagalan diukur untuk seluruh pilihanraya Malaysia kerana mereka pemimpin Malaysia.... bukan Manik Urai, Trengganu, Kelantan atau Negeri Sembilan...
Tindakan anda menganggu kepimpinan adalah sesuatu yang merugikan jamaah..... biar siapa pun anda... hanya hujjah al Quran layak dikemukakan bagi menyanggah pendekatan yang berpandukan Al Quran jua....
10 ulasan:
salam dato;
mohon kebenaran membawa artikel ini utk tatapan blog albanjari.
Inilah kualiti pemimpin bawahan paling baik yang PAS ada. Pergi jadi perwakilan dan memilih atas dasar wala' dan tsiqahlah katakan.
Tak payah susah2 fikir. Ikut aje apa dewan ulamak cakap. Semua pemimpin ulamak dah tolong fikirkan. Undi enbloc.
Dia orang tu ulamak. Mana mungkin buat silap? Tuduh politik wang walaupun tak ada bukti,ok. Tuduh ada agen Umno agen USA tak pa, walaupun tak ada bukti.
Pemimpin menipupun tak apa. Ahli politik tak salah menipu walaupun dari parti yang bawa nama ISLAM. http://www.malaysiawaves.com/2009/06/apabila-pembohong-menjadi-su-agung-pas.html
Lepas muktamar parti makin tak tentu hala, jangan salahkan pemimpin. Depa tu maksum. Salahkan pengikut. Salahkan blogger. Nak pilihanraya saja cari blogger.
Sudahlah anak sengat. Kalau inilah cara orang PAS berpolitik, saya ucapkan selamat berjaya. Terimakasih.
asalamualaikum
saya sokong seratus peratus artikel ini..
siapa kita yang sanggup pertikai keputusan jamaah..
sampai perlantikan PJ baru Perak pun di pertikai..
betol ker dia ni ahli PAS..kalau tak percaya baca blog alhussyen..
kalau betol perlu di tarbiah lain..
Satu Hujah yang cukup mantap dan perlu menjadi tatapan para pengunjung blog.Kita dapati ada rangkaian blogger yang keterlaluan menghentam kepimpinan Pas,sehingga mahu mereka meletakkan jawatan,ana rasa inilah wajah dan rupa blogger fikrah Umno yang meresapi dan menjadi hantu raya dalam Pas.
Kita kenal mereka..Program tarbiyyah entah kemana,kuliah haraki apa lagi..cuma boleh menulis dan mengkritik sudah perasan hebat diri..Kalu sekiranya PJ yang baru pun ada blogger yang tak suka,memang patut,sebab semasa PJ ini menjadi YDP Kawasan blogger yang perasan hebat tu yang pulaukan setiap program anjuran Pas Kawasan dulu..Lu Pikir La Sendiri..
Pernah dengar analisis berlapis lapis? Tidak hanya baca dihadapan, tetapi yang dua tiga empat lapis dibelakang pun boleh dibaca.
itulah kelebihan TG Nik Aziz. Tidak dipunyai oleh yang lain.
salamullahialaika...
alangkah malunya jika para pejuang islam tidak mengambil sumber rujukan tertinggi sebagai panduan.
ada perbalahan dan pertikaian kembali pada Allah dan Rasul.
Yang jadi masalah ada dikalangan para pejuang (mengaku penegak kebenaran) tetapi tak menerima panduan al-quran keseluruhannya. baca surah al-maidah ayat 55:
Sesungguhnya orang yang harus kamu berikan wala’ kamu kepada mereka hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang beriman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka tunduk-patuh (kepada hukum-hakam Allah). Dan sesiapa yang memberikan wala’nya kepada Allah, Rasul dan orang-orang beriman, maka sesungguhnya golongan (yang mendokong agama) Allah itulah yang pasti menang”.........
salamullahialaika...
alangkah malunya jika para pejuang islam tidak mengambil sumber rujukan tertinggi sebagai panduan.
ada perbalahan dan pertikaian kembali pada Allah dan Rasul.
Yang jadi masalah ada dikalangan para pejuang (mengaku penegak kebenaran) tetapi tak menerima panduan al-quran keseluruhannya. baca surah al-maidah ayat 55:
Sesungguhnya orang yang harus kamu berikan wala’ kamu kepada mereka hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang beriman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka tunduk-patuh (kepada hukum-hakam Allah). Dan sesiapa yang memberikan wala’nya kepada Allah, Rasul dan orang-orang beriman, maka sesungguhnya golongan (yang mendokong agama) Allah itulah yang pasti menang”.........
Salam ...
Bravo..bravo... hebat tulisan Dato`... memang menyengat... saya juga minta kebenaran untuk copy masuk dalam blog saya...
PAKATAN RAKYAT sebenar nya tidak pernah ujud. Perkataan 'keji' ini cuma di sebut apabila menghadapi PRU atau PRK sahaja. Tiada lambang parti Pakatan Rakyat yang sah pernah kita lihat. Kerana ianya tidak pernah ujud.
Perkatan Pakatan Rakyat cuma di ujudkan untuk membantu dan menguatkan parti pembangkan melawan parti BN yang memerintah negara. Keujudan perkatan Pakatan Rakyat ini hanya menguntungkan parti DAP dan PKR.
PAS cuma dapat untung segantang, tetapi DAP dan PKR mendapat untung se guni.
Ajenyer sesuai nama saudara ditulis dengan `lebai-mangkuk` sebab memang mangkuk ayun pun....
Tiada beza antara BN dan PR... kedua2 parti mahu memerintah negara..CUMA YG MEMBEZAKAN KEDUANYA ADALAH PR diwakili PAS di mana parti PR lebih MENGHORMATI ISLAM berbanding parti BN... ada faham.....
Catat Ulasan