Ahad, 7 Jun 2009

JANGAN EMOSI MENGATASI NAS ALQURAN DAN HADIS


Ketika Datuk Harun Taib membacakan ayat alQuran tentang pendekatan alQuran yang mengizinkan politik perang dan damai, kisah Musa yang diperintah bertemu Firaun dan beberapa ayat tentang keterbukaan sikap Al Quran mengajar ummat dalam dakwah.... terdengar seorang pemerhati di hadapan saya menyebut..."umNo bukan jenis boleh buat baik". Spontan saya menyebut kepada rakan disebelah " kalau ayat alQuran pun orang PAS nak tolak tak tahu la...." saya melepaskan geram bukan pada orangnya....

Saya nukilkan kisah ini kerana bukan sedikit di kalangan kita yang semakin jauh dari al Quran lantaran emosi yang keterlaluan." Andai Rasulullah yang agak geram melihat jenazah bapa saudaranya Hamzah di Medan Uhud pun ditegur oleh Allah, apakah kita lebih dari itu" antara intipati yang saya tangkap dari ungkapan pergulungan TG Presiden. Ramai dari kita marah kepada orang terutamanya umNO kerana kerja jahat umNO. Siapa tak tahu kejahatan umNO??

Sewaktu konvensyen PAS di Rapat Setia tahun lalu TG Presiden telah meluahkan betapa PAS adalah parti yang lebih tahu kejahatan umNO. PAS lah yang menanggung azab kejahatan umNO bermula Dr Burhanudin hingga Ibrahim Mahmud, Osman Talib dan ribuan lagi yang ,menjadi mangsa umNO. malah ada yang menzalimi PAS itu kini bersama Pakatan Rakyat. Namun ianya tidak menghalang kita meneruskan dakwah dan perbincangan dengan mereka. Kebimbangan pendekatan bertemu umNO akan membantu umNO bukanlah nas Al Quran atau hadis. ianya adalah "bacaan" atau" sangkaan" politik yang tak mampu memadamkan Nas Al Quran dan Hadis.

Malangnya sebahagian dari kita menjadikan bacaan politik lebih dari Nas Al Quran dan hadis di saat yang sama kita mendakwa pendokong Al Quran dan Hadis. Kenapa hujjah Presiden, Ketua Dewan Ulama dan Timb Mursyidul Am yang sarat dengan hujah Nas Al Quran Dan hadis ditolak dengan emosi dan luka lama serta dendam yang tak berkesudahan??? apakah itu sikap sewajarnya ahli jamaah Islam????

Wajarlah Timbalan Mursyidul am menimbulkan kembali erti wala kepada pimpinan yang seolah hilang dari jamaah Islam. HARUS DIINGAT! kita bukan PKR atau DAP... jauh sekali umNO! jangan kerana kita berkawan dengan PKR dan DAP makan kita sama seperti mereka. Kita adalah sahabat seperjuangan mereka denga matlamat yang sama...tetapi disiplin parti kita jauh berbeza dengan mereka! sebab itu kita mampu bertahan sebagaimana mereka tak mampu bertahan ketika diuji!

Sebagai ahli jamaah Islam... sewajarnya disiplin dalam jamaah Islam difahami dengan sesungguhnya. Sebagaimana kita kecewa dengan Islam yang di bawa oleh umNO , kita juga harus kecewa dengaan gaya perjuang Islam yang di bawa oleh sebahagian dari kalangan kita? apakah kita telah memahami adab dan disiplin dalam perjuangan Islam? saya bimbang di saat kelab penyokong yang ingin diperkasa di beri kefahaman perjuangan Islam.. .pendokong PAS sendiri jauh dari memahami perjuangan Islam.

Moga akan berlaku perubahan dalam meneruskan perjuangan PAS selepas muktamar ini. Moga kita ada identiti tersendiri dalam melakar perjuangan Islam di Bumi Malaysia. KETERLIBATAN KITA DENGAN PARTI LAIN BUKANLAH TIKET KITA MENJADI SEPERTI MEREKA. Kita hanya bersepakat dalam perjuangan , kita bukan satu parti dalam perjuangan. Identiti kita berbeza, teras kekuatan kita berbeza.... dan selamanya takkan serupa selagi ISLAM TIDAK DIJADIKAN TERAS PERJUANGAN MEREKA! namun tiada salahnya kita berjuang bersama mereka.

8 ulasan:

pria malaya berkata...

sy hampir sependapat dgn sedara..

Sahut Keputusan Perwakilan - Cara kita dan 'mereka' berbeza...

http://priamalaya.blogspot.com/2009/06/nasharuddin-kekal-tp-pasgandingan.html

JAMILKUCING berkata...

Askm

Saya amat tidak bersetuju dgn presiden pas. demi nak berkerjasama dgn umno bercakap pasal islam, pasal agama, pasal ketentuan allah,perintah allah. tapi jangan lupa memang belah pas mengikuti semua itu.tapi di belah melayu umno pada mereka semua itu tak pakai. ingat kebanyakan pemimnpin umno adalah biawak lidah bercabang.kalau nak rasa kalah di pilihanraya akan datang berkawanlah dengan umno.buat lah semoga pakatan rakyat hancur berkecai dek kerana pas berkawan dengan umno.

TBO berkata...

Amanat sape ni ekkk

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Saya melihat PERBEZAAN BESAR dalam masalah ini ialah dalam memahami erti "PERBINCANGAN". Kenapa kita mengambil erti PERBINCANGAN dari kaca mata luar..Tidakkah alQuran menegaskan dengan jelas masalah ini. PRESIDEN dah jelaskan tidak akan bersama umNO. BEZAKAN antara bergabung dan berbincang...
1. Jangan memahami maksud TGHH dari pandangan maksud musuh,
2. Jangan jadikan emosi dan akal kita melangkah Al Quran dan Hadis.
antara teori BIJAK POLITIK kita dan Al Quran mana lebih utama??? jika ikut Al Quran..Allah akan bersama kita... JIka ikut akal????
Fahami erti wala dan Tsiqah serta Baiah dalam jamaah...jika anda ahli PAS.. jika tidak..maafkan saya..saya salah alamat...

TBO berkata...

salam dato

Tuan tidak salah alamat, insyaAllah

Agaknye kenapa "perbincangan" itu selama ini dilakukan dalam "gelap" sampaikan Mursyidul Am sebagai Ketua Kepada Majlis Syura Ulama pun tak tahu.

Ketika menyampaikan ucapan penangguhan dalam Muktamar ke-55 PAS, Ustaz Ahmad Awang mendedahkan seorang pemimpin PAS menelefon beliau dan menghasut beliau supaya bersetuju dengan pembentukan kerajaan bersama-sama Umno di Perak.

Beliau tidak pernah menceritakan hal tersebut sebelum ini. Namun begitu, beliau tetap enggan mendedahkan siapakah pemimpin PAS yang dimaksudkannya itu. Ini menyebabkan spekulasi lebih tertumpu kepada pimpinan tertinggi parti. Tentunya ia bukan calang-calang pemimpin.

Walaupun pendedahan tersebut tidak menyebutkan nama , namun ramai yang dapat mengagak atau menghidu baunya .Ternyata kenyataan Ust Ahmad Awang itu, salah seorang tokoh ulama dalam PAS , mengesah dan menguatkan lagi tentang adanya konspirasi yang mahu membawa PAS untuk bersama Umno.

Zolkharnain Abidin berkata...

blog ini telah dipautkan dengan bongkarsauh di bawah tag acap dilawati

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Jazakallah Uztaz Zol

Xenan berkata...

yer,
Berbincang lah nak bubarkan dun perak,

Berbincanglah utk bebaskan tahanan ISA,

Berbincang utk bersama dlm UG yg terang2 ditolak oleh rakan2 PR lain ape gunanya?Kenapa perlu berkeras nak jugak UG?

Rakyat mengundi PAS pd pru08 untuk menolak UMNO.Bkn nak soh pAS bincang ngn UMNO.Jgn marah kalau rakyat panggil PAS penipu nanti.

Wala' pd jemaah, bkn pd 2 org yg tgh memalukan PAS.