Isnin, 8 Jun 2009

USTAZ AHMAD AWANG .. JANGAN TINGGALKAN KAMI DALAM FITNAH!

Terasa berat di hati untuk menulis kenyataan seperti ini. Bukan sikap saya menegur pemimpin dalam keadaan ini, Setelah berfikir berulang kali dan menilai keadaan yang semakin mengelirukan.... saya dengan berat hati dan penuh hati hati menulis juga.. sekurangnya mendapatkan kepastian dan menutup fitnah yang bakal melanda jamaah.
Seperti yang saya nyatakan, Kenyataan Ustaz Ahmad Awang dalam pergulungan terakhir menarik perhatian. Hari ini beberapa akhbar dan blogger menyiarkan kenyataan "Gantung" itu. Saya agak tersentak dengan kenyataan itu. Apa yang diucapkan oleh Si penalifon dan siapa dia serta maksud sebenarnya????

Apapun saya tidak jelas dengan tujuan Ustaz Ahmad Awang menyebut perkara tersebut di saat berakhirnya muktamar. Apatah lagi di saat beliau "meninggalkan" jamaah. Saya yakin perkara yang dimaksudkan telah berlaku lebih setahun lalu. Saya cuba merisik dari teman teman akan hal yang sebenar. Nampaknya tak dapat. Tahniah ustaz kerana berjaya memelihara perkara dalaman dengan baik setahun lebih...

Persoalannya, mengapa Ustaz sanggup membiarkan jamaah dan saf kepimpinan yang ustaz tinggalkan dalam keadaan FITNAH? saya tak katakan Ustaz buat fitnah! Ustaz tinggalkan jamaah dalam keadaan FITNAH! Fitnah kerana meninggalkan persoalan kepada ahli jamaah dalam keadaan prasangka kepada pemimpin..... Itulah maksud saya Fitnah. Bagi saya adalah lebih WAJAR ustaz sebut dan dedahkan nama jika ustaz berniat ikhlas....

Jika benar , biar yang dituduh menjawab dan menjelaskan dan ahli membuat penilaian. Jika ianya satu kesalahan, biar ahli menghukum... Bagi saya USTAZ TIDAK BERTANGGUNGJAWAB! MAAF. saya menghormati ustaz selama ini. Namun setelah beberapa bulan PAS memimpin Perak dan berbagai fitnah melanda kepimpinan Perak, saya masih meletakkan keyakinan kepada kepimpinan PAS Perak, terutamanya Ustaz. Namun saya amat kecewa apabila Ustaz meninggalkan kepimpinan Perak setelah Perak dirampas... fitnah semakin bertiup kencang terhadap ustaz....

Berbalik kepada soal di atas, saya masih berpendirian USTAZ MESTI BERTANGGUNGJAWAB DENGAN KENYATAAN USTAZ! Ustaz boleh memilih untuk mendiamkan diri atas apa yang berlaku atau mendedahkan terus. Ustaz telah memilih untuk mendedahkan dan ustaz mesti bertanggungjawab dengan fitnah yang tersebar.

Sekali lagi saya berharap agar ustaz memperbetulkan keadaan, JANGAN TINGGALKAN JAMAAH DENGAN FITNAH! ustaz bebas meninggalkan kepimpinan jamaah atas apa alasan pun tetapi ustaz TAK BOLEH meninggalkan fitnah tersebar dalam jamaah! Harapan saya agar ustaz mendedahkan nama dan ungkapan "orang tersebut"... bukan mengeruhkan suasana tetapi menutup FITNAH dengan membenarkan "orang" bertanggungjawab membela diri dan ahli membuat penilaian seadilnya dan menghukum jika ianya satu kesalahan!

USTAZ JANGAN TINGGALKAN KAMI DALAM FITNAH YANG TERBUKA SEHINGGA AHLI MERAGUI SELURUH PEMIMPIN PAS YANG ADA... TENANGKAH USTAZ TINGGALKAN KEPIMPINAN DAN PAS DALAM KEADAAN INI??????

mohon maaf di atas bahasa dan cara yang kurang adab jika ada...

13 ulasan:

TBO berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
TBO berkata...

salam

Ustaz Ahmad Awang berteka-teki, wahai Dato yang bestari cuba cari siapa empunya diri.

dato' berkata...

TBO..tak baik macam tu dalam jamaah. Pemimpin bertanggungjawab tak buat macam tu... berterus terang dalam jamaah adalah lebih baik...
Rasul memanggil sahabat ketika melihat baginda bersama isterinya di malam gelita bagi tujuan mengelak fitnah..."ini isteriku" kata rasul menjelaskan.
maaf... komen satu saya tak deletekan...tak tahule kalau silap...penulisnya boleh hantar semula..

TBO berkata...

salam dato

Ustaz Ahmad Awang ada sebab tu beliau masih berteka-teki, mungkin tunggu masa yang sesuai. Komen mula-mula saya delete sendiri sebab ada typo error. Bersama-sama perkasakan jemaah, insyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

nik abduh juga telah membuat perkara yg sama sebelum ini dengan mengata pembantu2 tok guru. tetapi tidak menamakan sesiapa... apa bezanya.

TBO berkata...

dr. harun din juga menuduh ada musuh dalam PAS tajaan UMNo dan tajaan Amerika tanpa menamakan sesiapa, ustaz mohd daud iraqi pun demikian juga menuduh ada orang PAS yg merasuah perwakilan tanpa bukti, bila diminta bukti takde le pulak, tu yang husam minta diaktifkan j/kuasa displin dan bertindak tanpa mengira siapa pun. Ada berani ke pimpinan PAS??.

aNaK BaPaK berkata...

TBO..nyata anda hanya bersepsi sahaja..sila rujuk semula kertas kerja yang dibentangkan oleh dato' dr Haron Din, Dr Haron Din telah menjawab persoalan ini dalam muktamar, tiada tuduhan yang dilemparkan, yang ada hanya penegasan berhati2 di dalam berjamaah berdlandaskan ayat 14 surah at-taghabun. ucapannya adalah dalam bentuk umum untuk keselamatan jamaah, maka apakah kamu sengaja nak menimbulkan polemik menuduh tanpa menybeut siapa atas motif bila tiada dijawab maka kamu cuba hendak menyebarkan kapada khalayak betapa dr haron din menuduh tiada bukti sedangkan apa yang diucapkan adalah berdasarkan ayat allah dan menjadi tanggungjawab manusia untuk mengikut arahan allah dan yang pelik kenapa ada orang terasa dan mintak penjelasan...???

TBO berkata...

bersepsi

salam
anak bapak

nak minta penjelasan apa makna perkataan tu, saya masih ada hormat kpd dr. harun cuma kenape................ cuba baca balik kertas ucapan tu, kalau betul ada musuh kenapa tak siasat dan buktikan main tuduh rambang dan kenyataan umum ni lah yang bakal menyebabkan PAS punah, kalau betul ada simptom scan le pakai scanner paling canggih dan buktikan, jangan main tuduh je, bile mintak bukti, senyap le pulak, itu yang saya bimbangkan nanti orang perlekehkan ulama dalam PAS ni, saya sayangkan ulama dalam PAS sebab itu lah saya menggomel he he-jangan marah.

dato' berkata...

TBO,
Tak salah anta mengomel...kan kerja kita Blogger...
Tak puas hati kita bagi tau...
Jawapan Dr Harun telah menjelaskan semuanya dalam muktamar.... Dia baca AlQURAN surah Attaghobun. Saya memang jelas ayat tu.. yang banyak baca buku dakwah WAJIB jumpa ayat tu... malah tafsir Jalalain suraj Tahrimmm juga mengingat perkara yang hampir sama..
Semua yang hadir tahu... HUsam yang minta penjelasan secara berdepann...
Yang tak hadir , tak dengar atau tak mahu percaya Ulama sahaja yang masih ada prasangka.... Walla hu A' lam
Saya lebih percaya ulama dari yang lain..... maaaf..ITU PENDIRIAN SAYA
teruskan ngomel...cuma waspada batasan ayat Al Quran, hadis dan prasangka dengan ulama seperti Dr Harun Din. Kertas tu untuk ulama faham...peliknya jadi isu di luar kalangan ulama kan...kan...kan...

TBO berkata...

salam dato

yg saya pertikaikan tuduhan rambang seperti ajen amerika dsbnya tu diberhentikan lah kan Jemaah PAS ada mekanisme untuk itu semua. Kalau belum ada aktifkan bak kata Husam Musa kalau ulama yang lakukan pun kena tindakan juga gitu gak yang professional.

Dari awal saya katakan kalau ada unsur sebegitu siasat dan jangan buat tuduhan rambang,nanti orang kata Ulama PAS ni jenis suka buat tuduhan rambang. Dalam kes tuduhan merasuah perwakilan telah terbukti.

....>>> quote balik kenyataan mike dato

Tak puas hati kita bagi tau...
Jawapan Dr Harun telah menjelaskan semuanya dalam muktamar.... Dia baca AlQURAN surah Attaghobun. Saya memang jelas ayat tu.. yang banyak baca buku dakwah WAJIB jumpa ayat tu... malah tafsir Jalalain suraj Tahrimmm juga mengingat perkara yang hampir sama..
Semua yang hadir tahu... HUsam yang minta penjelasan secara berdepann...
Yang tak hadir , tak dengar atau tak mahu percaya Ulama sahaja yang masih ada prasangka.... Walla hu A' lam

yang ni InsyaAllah teman dengar secara langsung dari internet dan teman tiada komen apa-apa, setuju beno kalau dihadapkan dengan quran dan hadis dengar dan patuh.

Tapi suke teman membuat analogi kes Syaidina Ali menuduh yahudi mencuri baju besinya, walaupun betul tu baju beliau tapi tetap khalifah kalah di Mahkamah Islam kerana tiada saksi, hinggalah akhir cerita berkenaan.

quote balik kata-kata tuan.....>>>

Saya lebih percaya ulama dari yang lain..... maaaf..ITU PENDIRIAN SAYA
teruskan ngomel...cuma waspada batasan ayat Al Quran, hadis dan prasangka dengan ulama seperti Dr Harun Din. Kertas tu untuk ulama faham...peliknya jadi isu di luar kalangan ulama kan...kan...kan...

InsyaAllah saya lebih percayakan ulama yg soleh dan juga professional yg muslih, sbb byk gak ulama yg dah tersasar, he he. Ustaz Nakahei salah satu contoh.InsyaAllah teman tak lari dari batasan alquran dan hadis. teman tak berprasangka dengan Dr. Harun Din, cuma agak kurang "enak" bila ada ulama membuat tuduhan rambang.
Sepatutnya isu berkenaan dibincang dalam J/Kuasa PAS Pusat atau Majlis Syura Ulama bukan dalam seminar walaupun tertutup.

Dato rasenye kertas tu dibentang dalam seminar kepimpinan Ulama yang dihadiri oleh semua pimpinan yg berkaitan termasuk golongan professional, ulama dan juga golongan yg tidak ulama dan tidak professional yg jadi pimpinan PAS, jadi kertas tu bukan untuk ulama sahaja, betulkan jika teman salah.

pahbedah berkata...

kalu Anak Sengat dan seangkatan dgn nya menganggap itu satu fitnah,maka fitnahlah jadinya,kalu itu satu kenyataan yg reality,maka ia jadi reality dan positive dalam kebebasan bersuara,tu benda kecik tu,adalagi benda *besar* yg ustaz ahmad simpan dan telan....yg penting jamaah selamat dan kukuh..yg penting buat persiapan kalu bebeno nak bubar Dun,ni nyalak je lebih,kalu Dun dibubarkan esok lusa,raban tebeng le,tengok aje le PRK Bkt gantang baru ni,nasib baik Pas Kelantan berkampung 2 bulan disitu kalu tak..hancur...

dato' berkata...

Pah Bedah,
sila baca isaya tak katakan Ustaz buat fitnah! Ustaz tinggalkan jamaah dalam keadaan FITNAH! Fitnah kerana meninggalkan persoalan kepada ahli jamaah dalam keadaan prasangka kepada pemimpin..... Itulah maksud saya Fitnah.ni "

Kalau tak paham atau malas baca...tak payah komennn

Rantong berkata...

Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™