Selasa, 9 Jun 2009

SURAT AKUAN YDP TAMBUN- KRISIS PERAK

Pada 24/4/09 Jumaat 11.20 malam saya KHAIRUDDIN BIN DATO ABD. MALIK NO KAD PENGENALAN 600905 – 08 – 6451 BERTEMPAT DI DEWAN DATO’ AHMAD SAID SUNGAI ROKAM SAYA TELAH DIDATANGI OLEH SEORANG YANG BERNAMA AHMAD SUFFIAN B. ZULKIFLI ( PENAMA ADALAH ORANG YANG SAYA KENALI SELAMA 6 TAHUN DAN RAKAN SEPERMAINAN BADMINTON DALAM PASUKAN KAMI).

Dihadapan 2 orang lagi yang bernama Jafri Bin Ja’affar dan Yahya Bin Ismail (juga rakan sepermainan kami) beliau secara berhati-hati dan sangat waspada terhadap kehadiran orang lain menyatakan perkara-perkara berikut:

i) Beliau beberapa kali telah berjumpa dengan YB Jamaluddin B. Radzi ( ADUN Behrang ) dan YB Osman B. Jailu ( ADUN Changkat Jering ) dibeberapa lokasi di Kuala Lumpur dan yang kali terakhir di Apartment mewah Duta Vista bilik 343 dan 344.

ii) Kedua-dua ADUN tersebut tinggal di apartment mewah dengan sokongan pihak-pihak tertentu.

iii) Kedua-dua ADUN tersebut mengaku dijanjikan RM 3 juta seorang sebagai ganjaran menyokong Kerajaan Barisan Nasional di Perak

iv) Kedua-dua ADUN tersebut juga dijanjikan pihak tertentu akan membantu membebaskan mereka bagi pertuduhan rasuah yang sedang mereka hadapi di mahkamah sesyen Ipoh.

v) Kedua-dua ADUN tersebut juga dijanjikan jawatan EXCO Kerajaan Negeri Perak dalam Kerajaan Barisan Nasional.

vi) Namun kedua-dua ADUN tersebut mengadu kepada Ahmad Suffian bahawa mereka tidak berpuas hati kerana wang RM 3 juta tidak dibayar sekaligus tetapi dalam bentuk ansuran.

vii) Kedua-dua ADUN tersebut juga menjelaskan tindakan mereka menyokong Barisan Nasional adalah kerana pada tanggapan mereka Kerajaan Pakatan Rakyat dan khususnya Dato’ Sri Nizar B. Jamaluddin telah membelakangkan kepentingan orang-orang Melayu.

viii) Kedua-dua ADUN tersebut mendakwa tidak dihubungi oleh Dato’ Sri Mohd Nizar Bin Jamaluddin sepanjang tempoh kehilangan mereka. Tetapi mengaku cuba dihubungi beberapa kali oleh Dato Seri Anwar Ibrahim , Penasihat PKR.

ix) Ahmad Sufian juga memberi maklumat antara personaliti VIP yang pernah mengunjungi kedua-dua ADUN tersebut adalah YB Hamidah ADUN Sg. Rapat merangkap Exco kanan Kerajaan Negeri Perak.

2 ulasan:

ubatkuat berkata...

kalau benar ape yg anda kata,,kenapa tak buat laporan polis,,ini kes yg berat dan jangan dipandang ringan,,eloknya masa tu kalau u buat rakaman lagi bagus utk kukuhkan kenyataan u,,ape pun syabas diucapkan kerana berani membongkar RAHSIA INI,,TERUSKAN PERJUANGAN ANDA..SAYA 100% MENYOKONG DENGAN INFO ANDA

Unknown berkata...

Ana cukup yakin dgn apa yg dituliskan... pangkalnya... si Jamaluddin Md Rudzi tu memang pengkhianat.... Diri sendiri tak terurus, rumahtangga punah, anak2 lintang pukang, adik beradik menyampah dan bermacam2 lagilah... Tapi ingatlah Allah mengetahui niat seseorang itu.... Mahkamah Allah ada utk setiap insan....