Selasa, 21 Julai 2009

KETUA KAMPUNG SAMAN KERAJAAN PERAK

Rabu 22 Julai jam 9 pagi akan menyaksikan satu lagi siri kekalutan di Perak. Semuanya gara gara rampasan kuasa. Seperti simpulan tali pancing yang kusut...ianya menjadi semakin sukar untuk dirungkai apabila satu demi satu simpulan itu terus tersimpul.

Ketua Kampung yang dilantik secara pilihan rakyat dengan perkenan istana telah dipecat sewenangnya oleh kerajaan rampasan kuasa pimpinan Zamri. Memang umNO anti Demokrasi...bukan setakat kerajaan negeri yang dipilih rakyat mereka rampas, ketua kampung yang melalui pilihan rakyat pun dirampas... Mereka lupa barangkali antara yang dipilih menjadi ketua kampung adalah ahli umNO yang bertanding. Mereka jua menjadi mangsa!

Mahkamah Ipoh akan mendengar permohonan ketua kampung yang dipecat pada jam 9.00pagi rabu bagi mengistiharkan pemecatan mereka tidak sah! kita nantikan lagi siri pemecatan dari umNO dan saman balas...banyak lagi yang menunggu....sampai bila kekusutan ini akan terungkai....??

siapa yang ingin meramaikan mahkamah boleh jenguk di Ipoh esok!

Tiada ulasan: