Selasa, 21 Julai 2009

PERSOALAN YANG SUKAR DIJAWAB

Kes Teoh antara isu yang menghangatkan punggung Pengarah SPRM yang lebih banyak mendiamkan diri dari berzikir merepek sebelum ini. Walaupun itu urusan SPRM Selangor, namun sebagai bos, beliau tidakk boleh berlepas diri.

Kes Teoh diberitakan telah selesai 60% sebagaimana kenyataan ketua polis Negara. Persoalannya sejauh mana pula kepercayaan masyarakat terhadap kenyataan ketua polis tersebut. Ternyata sebelum ini terlalu banyak kematian dilokap yang isunya dilokapkan begitu sahaja. Selagi Suruhanjaya Polis tidak diwujudkan sebagaimana cadangan suhakam, saya yakin tiada ruang dan pengharapan serta kepercayaan mampu diberikan kepada Polis Malaysia.

Walaupun rakyat diminta tidak membuat sebarang tuduhan, namun mampukah pihak penyiasat merungkaikan persoalan yang diinginkan jawapannya oleh masyarakat...saya yakin , selagi suruhanjaya diraja tidak dibentuk, selagi itu lah tiada keyakinan dari rakyat terhadap pihak kerajaan...namun harus diingat, apakah mungkin ianya satu cara mengalih isu sebenar yang wujud?????? semuanya penuh persoalan yang menuntut jawapan segera!!!

Tiada ulasan: