Satu undi pun tetap menang- antara ungkapan mantan PM Dr M semasa mengulas kemenangan beliau menentang Ku Li satu ketika dulu. Mungkin betul..namun itu menunjukkan kepimpinannnya yang tak kukuh...apapun dengan kuasa semua boleh berubah..
Kemenangan PAS di Manik Urai dengan manjoriti tipis agak mengecewakan. Perjalanan awal pilihanraya tersebut dilihat sesuatu yang dirancang dengan rapi hasil konspirasi antara umNO dan SPR. Namun begitu... apakah PAS membiarkan situasi itu tanpa melakukan sesuatu yang dapat mengimbangi kelebihan kuas yang dimiliki umNO?
Perjalanan pilihanraya kali agak janggal jika dilihat dari dua pilihanraya yang disertai PAS. Kuala Trengganu dan Bukit Gantang. Dari awal lagi pilihanraya Manik Urai melibatkan suasana masalah dalaman PAS terutama melibatkan Kelantan. PAS Pusat berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan pantas dan baik menjellang suasana PRK, namun suara dari Kelantan sendiri memeprlihatkan seolah mengheret maslah yang telah selesai tersebut di PRK manik Urai. Kenyataan pimpinan Kelantan khususnya Pengarah pilihanraya amat menyesakkan. Banyak komen dari blog telah mengkritik perkara ini.
Keghairahan penyokong PAS seluruh negara terhadap pilihanraya kecil amat tinggi. Mereka ingin menyumbangkan tenaga dan kelebihan kurnia Allah kepada mereka... Ia antara kunci kekuatan perjuangan Islam..IKHLAS... Islam tidak tegak dengan kekuatan dan strategi semata.... ia tegak dari gabungan keikhlasan dan kekuatan kerja serta doa seluruh pendokongnya.... ia tidak berlaku di dalam PRK Manik Urai...
Dari awal...diumumkan dalam muktamar bahawa penyokong yang ingin ke Manik Urai tak perlu bawa apa apa selain tubuh badan...kenyataan yang melegakan , namun sedikit wujud keangkuhan.... Setelah ianya berlangsung... ternyata sokongan luar amat tidak dialukan alukan.... Mungkin di atas keyakinan kekuatan dimiliki Kelantan setelah menjangkau usia 20 tahun pemerintahan Tok Guru... Malah agak keterlaluan..sehingga pemimpin pusat pun dilihat seakan ada sorong tarik untuk mereka di Kelantan... atas alasan strategi melokalitikan pilihanraya tersebut... atau lebih jujur mengKelantankan pilihanraya.
Saya yakin ramai yang tidak merasai PRK kali ini berbanding dua PRK sebelum ini. Hanya di saat akhir ada permintaan agar penyokong PAS berpuasa memohon kemenangan PAS di Kelantan...
Sebelum ini telah banyak kelihatan sessi "balas pantun" khususnya antara PAS Trengganu dan Kelantan. Seakan ingin menunjukkan PAS negeri mana lebih kluat,...seakan wujud perbezaan antara PAS Kelantan dan Trengganu...seseuatu yang WAJIB dihapus kira dengan segera...kerana islam tidak pernah mengalu alukan sikap yang sebegitu...
Moga dengan hasil PRK ini akan menjadikan kita satu saf yang tidak lagi merasakan kekuatan kita mampu atau mengatasi kekuatan orang lain...ingatlah.... Kesombongan selalunya tidak bersama dengan Islam!
Alangkah seronoknya melihat kerjasama PAS dari seluruh negara dalam PRK KT dan Bukit Gantang.... Tungkus lumus pejuang PAS dari Kelantan dan Trengganu khususnya amat baik...cuma sayang ada kebanggan kemudiannya (mungkin bukan dari mereka yang berjuang ) bahawa kalau tidak kerana kerja dari PAS "luar" Perak akan sukar menang di B Gantang..anda boleh membacanya dalam banyak komen di pelbagai blog....
Apapun...PRK Manik Urai adalah anugerah Allah untuk kita sebagai medan muhasabah...terlalu banyak yang perlu di HURAI di Manik Urai....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan