Jumaat, 17 Julai 2009

RAKYAT DIDAHULUKAN-TIDAK MEMBEBANKAN

Rakyat didahulukan....memang benar slogan Najib yang mendahulukan rakyat....Rakyat digula dengan beberapa "hadiah" sempena 100 hari pemerintahan Najib Razak.... Hadiah yang terpaksa di sangkut di hujung dahan yang memerlukan galah emas untuk dikait!

Selang beberapa hari hadiah di awangan itu masih tergantung...ada yang akan dilaksanakan awal september...tiba tiba hadiah kedua menyususl tiba.... Tambang pengangkutan awam dinaikkan sehingga 3-0 %.... bermula 1 ogos... Apa maknanya??? hadiah yang akan dilaksanakan di bulan september diumumkan lebih dahulu dari kenaikan tambang yang diumumkan kemudian tetapi dilaksanakan seawal ogos! apa ni??? satu lagi budaya menipu dan nmemperbodohkan rakyat!

Saya tak pasti sampai bila rakyat Malaysia khususnya orang melayu seronok diperbodohkan oleh pemimpin umNO? Pemimpin umNO seolah menganggap rakyat terlalu bodoh! Ya !~ Mungkin mereka yang menyokong umNO terlalu bodoh! tetapi tidak pengundi muda yang masih menilai kelompok yang ingin mereka sokong...

Alasan biasa yang seakan sihir dari pemimpin umNO ialah...kenaikan itu tidak akan membebankan.... Takkan naik pun tak membebankan??? tetapi itulah hujjah yang dijaja kesana sini oleh umNO kampung...seakan mereka lebih teruk dari belatuk yang tak berakal sekali sekala... Hujah itu diterima dengan sentimen...demi melayu.... takkan itupun relevan juga demi melayu....??? sah bangang!!!!!

Cukuplah Najib membodohkan dengan slogan one Malaysia! Kerajaan mengamalkan kesaksamaan untuk semua kaum...dalam masa yang sama umNO menyalak membela dan mempertahankan hak melayu.... Di majlis umum Najib menyalak one Malaysia...di majlis umNO...najib melolong membela melayu!!! bagaimana dua keadaan berbeza seperti timur dan barat boleh dibuat Najib dalam satu masa???? Berfikirlah wahai bangsaku!!!!

Datuk Tuan Ibrahim menyifatkan one Malaysia sebagai pengiktirafan terhadap amalan Pakatan Rakyat... Tiada parti perkauman...Jelas...Cina Melayu dan India boleh bersama dalam Pakatan Rakyat.... sesuatu yang tiada dalam majlis BN! umNO melalak menyanjung Melayu, MCA dan Gerakan pulak melalak membela hak Cina, MIC pulak dengan India nya.... Mereka bersatu dalam BN tetapi berbalah dan bercanggah.... Sebab itu rakyat yang mula menggunakan akal mula meninggalkan BN. Yang tinggal hanya yang kurang akal atau yak menggunakan akal.

Hujah Melayu hanya gula gula getah yang boleh dikunyah bukan untuk ditelan supaya kenyang...nampaknya seperti tak henti makan, tetapi tak pernah kenyang.... Bila dibuang keluar atau terlepas dari mulut akan menyusahkan orang keranam boleh melekat dan mengotorkan!

Memang Najib kini sedang mendahulukan rakyat....untuk mengumpul khazanah dan harta negara bagi projek yang di agih sesama mereka....

Tiada ulasan: