Jumaat, 10 Julai 2009

PPSMI- umNO MENGUJI KESETIAAN MELAYU

PPSMI menjadi isu kembali ketika PRK Manik Urai berlangsung. Ada yang bersyukur dengan cadangan memansuhkannya pada 2012. Ada yang terkejut beruk dan ada yang marah. Apapun ianya adalah keputusan yang berbentuk "kemungkinan" kerana ianya belum dilaksanakan.

Tokoh bahasa tetap tidak meyakini janji Muhyidin Yasin. Ianya berlaku ketika gelombang PRK Manik Urai yang diketahui kawasan Majoriti Melayu dan antara yang paling teruk menanggung akibat PPSMI kerana Manik Urai adalah kawasan luar bandar. Saya selalu ke sana...terutamanya Lata Rek yang indah.

Harus diingat! umNo selamanya tak boleh dipercayai terutama janji pilihanraya. PPSMI yang akan dihapuskan menjelang 2012 termasuk janji pilihanraya.... Antara yang dipertikaikan oleh tokoh bahasa ialah mengapa perlu ditangguhkan. Setelah kita mengetahui kita sedang minum racun , maka apa perlu dibiar dihabiskan segelas. Mengapa tidak dirampas dan dibuang racun itu segera... inilah "kebijaksanaan" umNO.

PPSMI adalah dasar yang dijalankan tanpa kajian.... namun untuk menghapuskannya terpaksa dikaji berulangkali... lojik ke??? setelah diketahui akibatnya tetap merugikan terutama melayu luar bandar..masih ingin ditangguhkan. Ternyata ianya terpaksa dihapuskan setelah tokoh bahasa melayu bangkit bersuara. umNO tidak peduli jika tokoh ini tidak bersuara walau mereka tahu akibatnya...

Kini mereka menangguhkannya untuk menghapuskan PPSMI ..barangkali untuk melihat kesetiaan melayu kepada mereka.... umNO menyangka melaytu dulu sama dengan melayu kini..setelah dipujuk.... mereka akan berlembut..dan lupa...TIDAKKAH MAHATHIR PERNAH BERKATA MELAYU MUDAH LUPA???? namun kini sebenarnya umNO yang lupa..melayu baru telah muncul

1 ulasan:

Gedung Akal berkata...

Tuan,
Perlu tunggu dulu-masih ada kontrak belum selesai, masih ada kroni belum dapat habuan. Itu saja. Kalau sungguh mahu martabatkan abahsa Melayu sekarang juga boleh hapus!