Ahad, 12 Julai 2009

SINAR HARIAN- WADAH SARAF umNO

Kemunculan Sinar Harian di saat seluruh akhbar arus perdana ditolak rakyat disambut dengan baik. Umum mengetahui Sinar Harian adalah anak kelahiran Karangkraf yang sebangsa dan sedarah dengan Utusan. Namun ada juga yang tak pasti lantara tak pernah ambil peduli. Di Perak...kemunculannya ketika memuncak krisis di Kerajaan. Lebih menarik seingat saya, ianya dilancarkan secara tak rasmi di Rumah rasmi MB Perak yang ketika itu masih diduki DS Nizar. Ianya diberi percuma...

Jika diteliti...Sinar harian telah berjaya menjadi saraf umNO dalam banyak isu... Di satu sudut ianya dilihat lebih terbuka lantaran menyiarkan berita Pakatan Rakyat yang agak seimbang. Ia juga banyak menyiarkan isu setempat walaupun kekadang ianya sudah basi. Sesetengah pemimpin kekadang terlalu berminat untuk membuat temubual melalui Sinar.... maklumlah...hanya Sinar yang memberi ruang..... memang ianya turut memberi kredit kepada Pakatan Rakyat.

Namun harus diingat dalam beberapa isu, Sinar dilihat telah berjaya memainkan sentimen melagakan dan mengelirukan. Secara jelas isu Kerajaan Perpaduan mereka berjaya mengambil pandangan pihak berbeza dalam PAS untuk menunjukkan perbalahan yang di dakwa berlaku dalam PAS..... Terkini, kenyataan ketua Dewan Pemuda PAS Perak berkaitan PPSMI....

Menurut sumber, kenyataan tersebut hanya menjelaskan pendirian Pemuda PAS berkaitan isu PPSMI. sinar difahamkan menggunakan tajuk Pemuda PAS sokong Muhyidin. Bila pulak pemuda menyokong Muhyidin???? Ketua Pemuda Pas Perak telah memperbetulkan kenyataan tersebut. Beliau langsung tidak menyebut tentang sokongan kepada mahyudin.... ianya hanya kefahaman yang tak faham dari wartawan. Itu hanya sebahagian dari berbagai isu yang telah berlaku sebelum ini.

Apa yang dimaksudkan dari tulisan ini bukanlah menghalang kenyataan akhbar melalui Sinar harian, namun mengharapkan penyokong Pakatan Rakyat lebih berhati hati dalam menerima berita yang disiarkan. Jangan hanya kerana sedikit berita PR yang disiarkan , lalu dianggap apa sahaja yang disiarkan setaraf dengan siasah malah Harakah. Sumber berita itu dijadikan hujjah...ianya sesuatu yang sangat tidak wajar....

Sinar harian tetap Wadah umNo! ia menjelma dengan rupa baru setelah Utusan diboikot! jangan kita lupa ekor musang hanya kerana ianya berbulu ayam!!!!!

Tiada ulasan: