Sabtu, 18 Julai 2009

SPRM- SENJATA KHAS MENGGULINGKAN KERJAN PR

Setuju atau tidak...itulah kenyatan yang sedang berlaku di hadapan mata. umNO ternyata tak mampu berdepan dengan kebangkitan PR hari ini . Mereka menyedari, membiarkan PR terus berkuasa beerti membiarkan Kelantan kedua , ketiga dan seterusnya.

Polis ternyata tak berbisa lagi kerana Polis berdepan dengan pelbagai tuduhan jenayah membabitkan anggotanya di peringkat rendah hingga tertinggi. Ternyata, kaedah menyambung secara kontrak jawatan utama dalam agensi tertentu melahirkan robot yang setia sesetianya kepada yang menyambung kontrak mereka. Ketua Polis negara adalah contoh paling ketara...

Kini umNo menggunakan pula SPRM yang anaknya di tangkap ketika menyeludup masuk VCD lucah kanan anak ke Australia. Peliknya difahamkan tiada tindakan diambil oleh majikan anaknya- MAS- walupun beliau di tahan oleh Polis Australia

Jika kita melihat kejatuhan PR di Perak bermula dengan Projek SPRM yang berketuakan seorang perempuan ketika itu . Beliau kemudiannya ditukar serta merta dengan alasan kenaikan pangkat ( hadiah dan mengelak beliau menjawab isu yang dicipta). Ternyata ianya berjaya apabila kedua orang ADUN yang dituduh itu berpaling tada..... saya yakin kes ini aan tertunda hingga selesai pilihanraya dan kemungkinan keduanya akan disabitkan kesalahan. Di fahamkan kini, mereka sedang bermain tarik tali...sebab itulah kedengaran isu kehilangan mereka...akhirnya ditutup dengan angin kononnya ADUN PR lagi yang akan melomat!

Hakikatnya SPRM yang baru dinaikkan taraf menjadi Suruhajnya dari sebuah Badan telah menunjukkan taring keduana. Kematian SU Exco Selangor sedikit merencatkan erancangan jahat mereka...percayalah......Pelbagai senjata selain SPRM akan terus digunakan oleh Naib termasuk ehakiman kerana semua tahu.... siapa Naib yang sebenarnya!

Tiada ulasan: