Sabtu, 18 Julai 2009

TAHNIAH BUAT PENYOKONG umNO

Satu lagi hadiah Najib selepas seratus hari pemerintahannya ialah mengkaji tarif elektrik! Hadiah najib sempena seratus hari belum dinikmati kini satu lagi pengumuman yang bakal mengundang derita rakyat tiba...pastinya jawapan standart yang akan diberi...ianya tidak membebankan rakyat!
sila lihat berita yang disiarkan media rasmi kerajaan!

PUTRAJAYA: Kabinet dijangka membincangkan cadangan kenaikan kadar tarif elektrik baru pada Rabu ini dan jika diluluskan ia akan dikuatkuasakan bulan depan

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, berkata Kertas Kabinet mengenai perkara itu akan dibentangkan pada mesyuarat berkenaan untuk perbincangan dan kelulusan.

Katanya, kenaikan itu dianggap perlu memandangkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak mampu lagimenampung kos kenaikan bahan api khususnya minyak.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kenaikan itu tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana kerana kementerian mempunyai mekanisme khusus untuk meringankan beban mereka.

"Kertas kerja mengenai kadar tarif baru elektrik itu sudah diluluskan Majlis Penasihat Ekonomi Negara baru-baru ini dan kementerian perlu mendapat kelulusan daripada Kabinet sebelum boleh mengumumkannya.

"Kenaikan ini tidak dapat dielakkan kerana kerajaan dan TNB sudah tidak mampu menampung kos subsidi berikutan ketidakstabilan harga minyak di pasaran dunia," katanya kepada media selepas menghadiri majlis pelancaran logo baru kementeriannya di sini, semalam.

Kelmarin, Chin dilaporkan berkata, kadar tarif baru elektrik akan diumumkan tidak lama lagi kerana kajian mengenainya sudah siap.

Kali terakhir kerajaan mengumumkan tarif elektrik ialah pada 1 Mac lalu dan ia membabitkan penurunan antara 2.5 peratus hingga lima peratus.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan akan meningkatkan promosi teknologi hijau dalam usaha menggalakkan penggunaannya di kalangan orang ramai dan industri.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk N Marimuthu berkata, pihaknya berharap tarif baru itu tidak membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

"Kita tahu kenaikan ini tidak dapat dielakkan tetapi jika benar ada kenaikan ia tidak sepatutnya menyusahkan golongan berpendapatan rendah. Jika ada, mereka perlu mencari jalan supaya rakyat tidak terus dibebani kenaikan ini.

"Mungkin juga kerajaan boleh memberikan permit teksi individu kepada golongan ini bagi memastikan mereka tidak terus berdepan dengan masalah kewangan," katanya ketika dihubungi.

Marimuthu berkata, rakyat boleh melakukan sesuatu sekiranya tidak mahu terus dibebani dengan kenaikan tarif baru elektrik kerana kuasa ada di tangan mereka dan sebagai pengguna mereka boleh berbuat sesuatu dengan berjimat cermat.

Saya yakin penyokong umNO akan terus menyokong kenyataan ini..dalam masa yang sama mereka juga yang akan menanggung bebannya.... tahniah buat penyokong umNo...nanatikan lagi hadiah Najib yang akan menyusul...

4 ulasan:

TEKONG DARAT berkata...

padan muka puak umno...
padan muka aku...
padan muka hang...
padan muka rakyat malaysia...

debatapasaja.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

bro orang kaya raya no problem punyer yg masalahnya yg saki baki taik...... taik sapa agak2 saberi chik la sapa lagi kan tu hari dia debat gan anwar dia cakap semua orang malaysia senang2 ko mintala dia bayarkan oraaittt bongok punyer unmok

cicitHJHASSANu berkata...

jenih hantu raya...
bila nk dekat puasa semua benda nk naik..
tak pikir susah orang yg penting deme nk nyambut raya..haram J

parpubasi berkata...

kutuk jangan tak kutuk.... tapi puak2 umNgok ni bukanyer paham yg kita sdg kutuk mrk.... dasar tuli dan pekak bluehypoooo......