Ahad, 12 Julai 2009

umNO DAN POLITIK PUTERI GUNUNG LEDANG


Gula gula Najib sempena 100 hari dilihat sepintas lalu amat menggiurkan. Pelbagai tawaran untuk menarik minta pengundi ditambah dengan sokongan burung belatu pelbagai pihak menjadikan mereka yang buta dan pekak terus teraba raba dan menyanjung memHINIbuta (baca babibuta).


Sememangnya jika sifat gula gula ialah manis tetapi merosakkan diri untuk jangka masa lama. Ianya juga hanya untuk budak budak. Antara tawaran menarik tanda prihatin Najib ialah potongan 20 % untuk pengguna lebih 80kali sebulan di lebuhraya bertol. Lojiknya orang akan menggunakan 60 kali sahaja dalam sebulan untuk berulang alik kerja. Itu pun tak ditolak cuti...Apakah tawaran Najib itu untuk memberi pelepasan dan kemudahan atau menggalakkan orang berulang alik di tol bagi mengayakan tauke tol??


Tidak keterlaluan tawaran seumpama ini bagai tawaran Puteri Gunung Ledang yang inginkan hati nyamuk dan darah anak raja. Amat sukar dan susah untuk dilaksana.... bagi yang terlalu inginkan 20 % itu mungkin terpaksa menggunakan lebuhraya lebih kerap agar mendapat potongan???bijakkah...??


Di Manik Urai pulak Muhyidin Yasin sedia membina jambatan bernilai 7 juta kononnya. Tetapi dengan syarat jika umNo menang. Tidakkah ini rasuah pilihanraya secara terangan oleh umNO??? di mana SPR??? Buta??pekak atau busung dengan habuan dari pemimpin umNO??? Jambatan itu mungkin tidak senilai Jambatan emas yang diinginkan Puteri Gunung Ledang dari Sultan... Namun cukup untuk pengundi merasakan diri mereka sebagai Puteri Gunung Ledang yang akan dipinang...cuma bezanya...Puteri memberikan syarat agar dibina jambatan emas jika sultan ingin berjahwin dengannya...umNo pulak menawarkan jambatan emas untuk di bina jika Puteri pengundi manik Urai menyokong mereka???? sejak bila umNO mula bernostalgia dengan politik Puteri Gunung Ledang entahlahh...harus diingat...Puteri akhirnya menjadi lagenda..Mungkinkah umNo juga sedang menyiapkan diri mereka sebagai lagenda selamanya...mungkinnnnnnn juga.

2 ulasan:

Budak Ipoh Timor berkata...

dok molek le template demo yang nih. kasi tuka la dato'

p/s-mcmla blog aku cantik sgt . huhu

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

takkan sekejap je dah ubah telo mike BIT. Ada sangkut orang sana ke??
sebenarnya bukan teman reti sangat buat template ni..minta tolong adik beradik tolong kan....