Jumaat, 28 Ogos 2009

AMARAN UNTUK ONG TEE KEAT?

Kekalutan dalm sekutu MCA bertambah tambah. Walaupun DS Najib memberi jaminan tiada campur tangan, namun ianya tetap menjejaskan BN yang sememangnya jauh dari hati masyarakat cina akhir akhir ini. Satu Malaysia yang dilaungkan oleh Najib hanya disambut oleh orang melayu walaupun jelas slogan itu dtujukan untuk bukan melayu.

Kenyataan terbaru Chua soi Lek seakan satu ancamn baru buat Tee keat.... Malaysia kini melaporkan


"Saya tidak sangka bahawa lembaga disiplin MCA, yang diketuai oleh seorang peguam tua, menganggapnya wajar untuk mengesyorkan supaya saya dipecat atas alasan yang sama ketika saya meletak jawatan pada Januari 2008," katanya.

"Jika ada satu peruntukan untuk menjatuhkan hukuman mati di segi fizikalnya, saya pasti lembaga itu tidak akan teragak-agak untuk mengesyorkan saya diseret ke tali gantung."

Walaupun ramai yang melihat keputusan ini sebagai petanda berakhirnya karier politik Dr Chua, namun beliau tidak patah semangat.

"Anggota keluarga dan rakan-rakan saya akan pergi bercuti sekejap. Saya perlu menikmati status 'tidak berparti' ini.

"Jadi rakan-rakan memberi saya satu peluang untuk berehat," katanya lagi.

Mengimbau kembali saat-saat beliau mula menganggotai MCA pada 1985 sehingga melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan pada 2008, Dr Chua berkata, keadaannya kini jauh lebih teruk daripada sebelumnya.

"Hari ini, saya tidak ada parti. Apabila saya melepaskan semua jawatan parti (ketika itu), saya masih lagi ahli MCA. Hari ini, saya langsung tidak ada parti," katanya.

"Tetapi apakah pemecatan saya akan meningkatkan imej MCA? Saya harus mengandaikan bahawa presiden (Datuk Seri Ong Tee Keat) sebersih dan seputeh kristal."

Dr Chua, yang selama ini memang tidak sehaluan dengan presiden MCA, kemudian segera menambah: "Hanya masa yang akan menentukannya."

Ong, yang juga menteri pengangkutan, kini berdepan dengan tuduhan bahawa beliau mengambil wang RM10 juta Datuk Seri Tiong King Sing, pemegang saham utama Kuala Dimensi Sdn Bhd yang kontraktor utama projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).


Kenyataan itu seakan satu isyarat perang buat tee Keat. kita nantikan bagaimana nanti pasukan ahzab ini rebah menyembah bumi.... Apakak Pakatan Rakyat telah memantapkan diri sebagai alternatif yang begitu dekat ini??

Tiada ulasan: