Jumaat, 14 Ogos 2009

BUAT TEMAN BLOGER- AWASI KEGHAIRAHAN ANDA MENULIS

Isu Arak di Selangor akhirnya selesai dengan penuh kebijaksanaan. Permuafakatan kepada asas dan isu sebenar berjaya merungkai sesuatu yang keruh. Benar...tiada apa masalah yang tak dapat diselesaikan..... " kembalilah kepada kalimah yang sama" sebagai asas yang di ajar Al Quran.

Sememangnya akhir akhir ini terlalu banyak isu antara rakan dalam PR. Ia adalah proses pematangan dan saling memahami. Harus diingat PR tubuh tanpa disangka setelah DAP cabut kerana berpegang dengan semangat perjuangan yang sebenarnya telah ketinggalan dengan realiti Malaysia. Ia tertubuh setelah melihat kehendak rakyat! keputusan 8 Mac adalah tuntutan itu. seumpama kawin atas kehendak "orang tua", tentunya proses keserasian mengambil masa apatah lagi DAP yang keras dengan prinsipperjuangannya dan PAS yang sememangnya ditubuhkan atas asas yang di bina oleh Rasulullah SAW.

Apa yang menariknya segala persengketaan itu mampu diselesaikan dengan "kalimah yang sama" (kalimatin sawa") yang di anjurkan Al Quran. Bahkan antara pimpinan PAS jua ada yang tersasul dalam mencari kalimatin sawa' ketika meraikan pandangan dan pendapat rakan baru ini. Itulah proses pematangan. Jangan biar ia berapi di dalam. Biar ia berkocak lantas menjernihkan semula dengan membuang kelodak itu. Persoalannya yang menjadi masalah ada diantara anak anak hingusan yang bergelumang didalamnya suka bermain lodak itu. Sebahagiannya dikalangan Blogger yang mungkin hanya mencari rating atau sekadar menulis apa yang ia suka dan ada di kepala tanpa memikirkan matlamat dan asas tulisan itu.

Harus diingat ! tulisan bersifat kekal.kekal di dalam media atau di dalam akal dan pegangan orang lain yang dijadikan hujjah. Bagi orang Islam...ianya akan disoal dan dibalas oleh Allah. Bagi yang berjuang Islam pastinya WAJIB memikirkan kesan ke atas perjuangannya. Boleh sahaja kita meninggalkan sesuatu yang merugikan perjuangan, kenapakita memilih untuk merancakkan perbalahan. Tak cukupkah dengan umNO yang membangkitkan kelodak itu???

Kita marah kerana sebahagian pimpinan kita anggap gopoh dan menjadi alat kepada umNO dalam isu tertentu...dalam masa yang sama KITA MENJADI ALAT KEPADA umno dengan memanaskan isu tersebut. Seorang yang terlibat dalam penulisan diajar bagaimana mengalihkan isu yang tidak memberi kepentingan! mengapa kita memilih turut membicarakan sesuatu yang dipasang oleh umNO jika kita menganggapnya sebagai jerat. Kita marah pimpinan yang menjadi alat dalam masa yang sama kita adalah alat yang lebih jahat. Tanpa ulasan kita mungkin isu itu akan berlalu begitu sahaja...

Saya masih mengingati pesan seorang guru.... Cikgu Zarin Ismail (MPIB).... kalau kita membalas kejahatan orang, sedangkan kita tahu perbuatan itu jahat...kita lebih jahat kerana mungkin orang yang melakukan kejahatan itu tidak tahu kejahatan yang dilakukan tetapi kita tahu ianya jahat lantas kita tetap melakukannya.....

Sekali lagi diingatkan kepada rakan seperjuangan di medan tulisan.... kita bebas menulis dan mengkritik...namun tidak semestinya kita mengkritik secara terbuka andai kita tahu ianya menjadi senjata musuh yang akan turut membunuh kita jua akhirnya!!! Jangan hanya untuk menunjukkan kita bebas , maka segalanya boleh saja ditulis secara terbabas.... itupun jika anda rasakan anda seorang yang terlibat dengan perjuangan yang jelas...lainlah jiaka anda sendiri tiada hala tuju dalam perjuangan.... atau anda lebih suka mengkritik diluar dari mengkritik di dalam atas sebab yang hanya anda dan Allah SWT mengetahuinya....

Buat Blogger seperjuangan...mari kita murnikan halatuju dalam pertemuan sabtu ini.... jangan bebaskan diri anda tanpa ikatan perjuangan kerana " Serigala akan makan kambing yang sendirian" mungkin melalui pujian......

4 ulasan:

ummunaufal berkata...

setuju....

Ummul Kasturi berkata...

Saya amat setuju dengan pandangan Ustaz dan terasa betul ditarbiah ayat-ayat Cikgu Zarin Ismail (MPIB).... kalau kita membalas kejahatan orang, sedangkan kita tahu perbuatan itu jahat...kita lebih jahat kerana mungkin orang yang melakukan kejahatan itu tidak tahu kejahatan yang dilakukan tetapi kita tahu ianya jahat lantas kita tetap melakukannya..... Terima kasih!

Tanpa Nama berkata...

RazakRao

Proses tarbiyah dan perkaderan perlu berterusan dan tidak terleka hanya disebabkan penggabungan kuasa seperti ini . Yg terbaiknya methodology tarbiyah yg telah diamalkan PAS sejak sekian lama perlu di terapkan ke dalam rakan gabungannya yg beragama Islam agar jati diri kukuh lagi teguh terhadap perjuangan ..

Unknown berkata...

Ana setuju.... teruskan berkarya.... Salam Perjuangan