Selasa, 4 Ogos 2009

DETIK EMAS- KL, N9 DAN MELAKA.

Hidup manusia dipenuhi dengan warna kehidupan. Hitam putih yang dilalui menentukan nilai dan kualiti hidup insan. Paling utama ialah bagaimana ia menggunakan detik emas dalam hidup. Ada orang yang berbangga dengan usianya yang panjang. Namun sejauh mana ia mendapat manafaat dari usianya itu…jua apa yang disumbangkan dalam usianya yang panjang?? Ada orang berbangga dengan angka lamanya ia dalam perjuangan…pernahkah ia bertanya???? Apa sumbangan yang ia berikan sepanjang detik dilalui itu??? Pernahkah ia mencipta sejarah sekurang kurangnya untuk dinilai oleh keturunannya suatu hari sebagai contoh yang boleh diikuti???

Apa nilai hidup jika diwarnai dengan kehampaan dan kekecewaan atau menumpang kegembiraan dari perjuangan dan susah payah orang lain??? Pernahkah ia terfikir detik emas dalam hidupnya???? Detik emas perlu diterokai, dicari…biasanya ia memerlukan masa dan persekitaran baru , berani mencuba dalam menikmati persekitaran semasa yang berlaku.

Hujung minggu yang lalu, saya cuba menjejaki detik emas itu. Bermula dengan perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bersama GMI.. Saya hampir pasti terlepas detik emas setelah terpaksa menunda perjalanan lantaran kegopohan bersedia mengisi program pagi sabtu. Saya cuba membatalkan atau sekurangnya menangguhkan ke tarikh lain. Apakan daya…segalanya telah diatur… Menghampakan orang bukan sikap saya jauh sekali mengingkari janji yang saya sendiri beri… Tak mungkin saya miliki dua detik emas ditempat berbeza dalam satu masa.. Perjalanan dengan keretapi ke KL terpaksa saya tinggalkan lantaran janji yang sedaya upaya pasti cuba saya tunaikan…

Seusai program jam 10 pagi, saya bergegas mengejar bas pukul 11. Detik emas kian jelas terlepas apabila dimaklumkan bas rosak.. tiada pilihan melainkan bas pukul 11.30. Perjalanan terlalu lambat….bermula jam 12 saya menerima berbagai maklumat dari teman teman… detik emas telah bermula…pesta gas, air kimia dan tangkapan borong sedang berlangsung…. Permaianan kejar mengejar kian rancak…….Itu detik emas dalam perjuangan!!!!!

Saya tiba kira jam 2petang di masjid Negara, Cuba bergabung dengan gerombolan yang terkepong, Tiada lagi detik emas, hanya baki asap yang sesekali datang dan operasi kejar mengejar yang masih berlaku… Rupanya detik emas masih berlangsung, tetapi di Sogo dan persekitaran jalan raja Laut. Saya terlepas detik emas kerana salah tempat….

5.30 petang saya tinggalkan KL menuju Seremban dengan Komuter. Sayangnya program dirancang dipinda di saat akhir gara gara tempat ditutup kerana H1n1. Beberapa ketika menanti di stesyen Seremban, teman yang ditunggu membawa ke penginapan di Bandar seremban yang asing bagi saya. Terima kasih.. Lewat malam hanya melihat Bandar yang kian sunyi dari kesibukan aktiviti sambil minum mengisi kekosongan…. Mungkin esok boleh temui detik emas barangkali….

Esoknya penuh dengan kebosanan sendirian… Tanpa tujuan, mengatur kaki mencari sesuatu yang tak pasti.. hanya gambar masjid yang sedikit mencuri tumpuan diri. Selepas bermandi peluh, saya tinggalkan Bandar seremban menuju Tampin . Banyak yang menarik sepanjang perjalanan yang dilihat…malangnya tak dapat berhenti….Bas tu bukan bapak saya yang punya…ha…ha..ha…. Alhamdulillah, setibanya di Tampin, ada teman yang sedia menanti… lega rasenye tak perlu menunggu lagi… Mungkin dia dah lama menanti…maafkan saya.

Di Melaka saya dibawa mengelilingi Bandar Melaka .Walau singkat waktunya namun banyak mengimbau kenangan 14 tahun lalu. Detik emas yang pernah saya jejaki di sini tentunya tak mampu saya lupakan. Mengejar malam terlalu pantas . Banyak tempat yang saya sempat ziarahi memberi pengalaman baru dalam hidup ini serta mengundang ilham menempuhi masa depan. Mungkin ianya bukan detik emas namun amat saya hargai.

10 malam, saya meninggalkan Bandar Melaka. Sangkaan untuk sampai sebelum jam 3 pagi ternyata meleset. Bas terpaksa berpatah balik ke Seremban kerana mengambil penumpang yang rosak bas mereka walau kami telah tiba di KL. Akhirnya saya tiba di Ipoh kira kira jam 5.30pagi…tiada rehat lagi…. Tugas esok menanti… memburu detik emas dalam kepenatan diri.

Berbagai pengalaman ditempuhi dalam perjalanan sesingkat ini…Benarlah perintah Ilahi agar mengembara melihat bumi untuk mengerti…. Namun banyak detik emas yang terpaksa saya gugurkan dari diari termasuk Himpunan Bubar DUN di Perak… Ianya tetap Detik Emas walaupun di Perak!

Banyak lagi detik emas yang menanti. Saya akan pastikan Permatang Pasir akan berkilau menjadi detik emas dalam hidup saya. Apakah anda tidak rasa rugi melepaskan detik emas yang saya sebutkan tadi? Apakah detik emas dalam hidup anda?? Jika anda pejuang PASTINYa anda meratapi setiap detik emas yang pergi! Jika anda mencari damai abadi…pastinya anda kecewa melepaskan detik itu berlalu… Carilah detik emas dalam hidup anda. Jangan biar ia pergi, dan jangan sesekali mengorbankannya dengan sesuatu yang anda sendiri tak pasti!

DS Abdullah Ahmad Badawi mungkin menyesali dan meratapi detik emas yang telah pergi.. Ia kecewa dan berharap agar ISA tidak diperlukan lagi.. Sayangnya detik emas sebagai PM telah berlalu pergi. Beliau tidak memanafaatkan peluang yang hadir dalam hidupnya sebagai PM untuk menghambat ISA. Kini peluang itu tidak hadir lagi walau beliau meratapi…anda bagaimana????

( maaf, tulisan ini banyak membicarakan pengalaman diri, sekadar berkongsi untuk muhasabahi.. Berkongsi itu sesuatu yang berhargajika anda menyedari dan tahu menghargai)




1 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

bagus... belajar dengan masa... :)