Aku masih musykil. Kenapa bomoh hantu selama ini tiba tiba menjerit ketakutan hantu di Permatang Pasir. Apakah Khairy yang dikenali sebagai tauke istilah monyet jalanan ingin nama baru plak.
Selama ini yang menjerit ketakutan hantu pilihanraya adalah pakatan Rakyat. Berpuluh dalil dilonggokkan di mahkamah dan SPR. Yang ada kuasa pindahkan pengundi, Daftarkan orang yang telah mati dan bermacam lagi kaedah menyeru hantu pilihanraya adalah kerja umNO. Tiba tiba Khairu yang menjadi ketua pemuda umNO menuduh PR guna hantu. Katanya lagi dia ada dalil dan bukti yang akan diserahkan kepada SPR ( tahun depan kut).
Apa yang peliknya isu pengundi hantu dari khairy itu tidak disambut oleh pemimpin umNO lain. Khairy seakan kesaorangan. Apakah Khairy yang dikatakan cerdik hingga mampu menawan anak PM itu melakukan kerja bodoh. Khairy seakan mendedahkan strategi menghidupkan mumia yang disimpan umNO selama ini
Persoalannya apakah budak "secerdik" khairy telah tersilap pilih isu atau sememangnya Khairy memilih kelihatan bodoh untuk agenda cerdiknya??? Apakah Khairy sedang melangsaikan hutang dendamnya dengan pemimpin umNO khususnya Muhyidin yang berperanan besar menjatuhkan tongkat utamanya Pak lah hADHARI??Ternyata kerja Khairy ini tetap misteri...sememangnya bomoh hantu akan terus dalam misteri
3 ulasan:
Kalau di Sabah,apabila musim pilihan raya maka berkeluaran dan berkeliaranlah hantu-hantu PATI yang tidak layak mengundi untuk mengundi untuk memenangkan parti memerintah kerana disahihkan.Tapi dikejar ke hulu ke hilir oleh pihak penguasa keana mereka PATI yang tidak layak tinggal di bumi Sabah yang bertuah ini.
Kalau hantu rupa macam tu masuk mengundi SPR pun lari...kompom kita menang...sebab dah lama kita berlawan memerangi pengundi hantu...
KJ baru bangun tidoq yang panjang zaman pak mertuaku PM
kesian bebenor teman pada si khairy ni sebab dia selalu dipinggir dan tidak dipedulikan dari pemimpin mereka sendiri.Bermula dengan tidak dapat jawatan utama kerajaan walaupun menang ketua pemuda segala apa sahaja isu yang cuba ditimbulkan supaya menarik perhatian najib,muhyidin dan sebagainya tidak mendapat perhatian walau sebelah mata pun. Kesian sangat. Sepatutnya dia dah sedar dari dulu lagi. Natijahnya apa kata khairy cuba masuk PKR dan lawan balik BN, baru mereka tahu siapa khairy yang sebenarnya.
Catat Ulasan