Isnin, 31 Ogos 2009
MERDEKA! NAJIB SURUH SOKONG PAKATAN RAKYAT?
Memang merdeka semakin hambar dalam negaraku. Hambar bukan kerana bulan ramadhan. Hambar bukan kerana rakyat tidak lagi patriotik. Hambar bukan juga kerana tiadanya konsert. Hambar kerana rakyat semakin keliru erti merdeka. Hambar kerana rakyat tidak rasai kebebasan yang dilaungkan disebalik erti merdeka!
Merdeka ertinya bebas! bukan hanya bebas dari penjajah, tetapi erti kebebasan dari kongkongan melakukan aktiviti masyarakat yang bebas... bersuara.. menulis... mengkritik malah berhimpun menyatakan suara hati yang terpendam!
Apa ertinya merdeka jika kita boleh ditangkap tanpa didakwa? apa ertinya merdeka jika kita tak boleh berhimpun menyatakan kritikan terhadap dasar kerajaan yang merugikan bangsa dan negara? Apa ertinya merdeka jika semua yang dibuat pemerintah adalah betul dan yang menongkah pandangan pemerintah dianggap salah dan menghasut?
Jika dulu segala hasil dibawa ke luar negara melalui syarikat British, kini hasil rakyat dikongsi golongan berkuasa dan yang rapat dengan mereka untuk dibelanjakan di luar negara? Khabarnya ada yang shopping di Perancis hingga lapan biji kereta??? Apa ertinya merdeka jika dulu hasil rakyat dicukai dengan cukai yang tak munasabah...kini rakyat dirompak ditengah jalanraya melalui tol yang semakin meningkat?
Kita dikhabarkan merdeka dengan jalinan kaum yang jitu...namun 1969 menyaksikan jalinan itu rapuh dan terhurai. umNO, MCA dan MIC yang mendokong jalinan itu ternyata gagal. Masing masing dengan semangat perkauman yang sangat kental. Walau ketiga tiga parti itu mendokong BN namun tidak kelihatan jalinan antara mereka melainkan dilakonkan oleh pemimpin di masa dan waktu tertentu dan sebaliknya di waktu tertentu.
Semua yang tak mudah lupa dan tak mudah diperdaya masih ingat operasi lalang yang dilakukan adalah hasil pertembungan kaum dalam BN. umNO dengan kerisnya dan Gerakan yang telah menjadi rakan BN saling menjulang kaum masing masing. PM sekarang yang menjadi ketua Pemuda ketika itu menjajikan perarakan besar besaran kaum melayu untuk menuntut hak. kemuncaknya pemimpin pembangkang yang gagal diperalatkan dengan api perkauman menjadi mangsa. Bayangkan jika pemimpin pembangkang terikut dengan rentak perkauman pemimpin BN.
Sejarah perkauman parti kompenan BN bukan sekali. Beberapa kali Hishamudin mencabut dn mencium keris pusaka bangsatnya konon membela melayu. Berapa kali Khairy mencetuskan kemarahan kaum Cina dalam himpunan umNO sehingga MCA dan Gerakan meloncat di depan penyokong cina walau berpelukan di belakang mereka. umNO digambarkan mendokong melayu, MCA dan gerakan mendokong Cina dan MIC mendokong india. Benarkah???
Siapakah yang menggadai harta melayu sejak merdeka, mencagar dan menggadainya kepada Singapura.harta pusaka tanah rizab yang digazetkan sejak merdeka.... berapa milikan bumiputra yang ditaburkan melainkan berkisar di kalangan kroni umNO dan juak juak mereka? MCA dan Gerakan juga begitu cuma bezanya ia tidak dilihat begitu ketara kerana orang Cina dari kurang semakin bertambah...namun jika dinilai dengan harta pemimpin mereka ianya tetap jauh jurangnya. Kaum India masih lagi dibelenggu dengan skandal Maika yang tak pernah selesai. Bukan medan ini untuk saya senaraikan skandal itu semua...hanya mereka yang sensitif persekitaran dan hak tahu dan ingat ini semua...bagi yang hidup macam ayam daging mereka tak pernah peduli nasib mereka di masa depan apatah lagi anak cucu mereka. mereka rela disembelih setelah gemuk asalkan dapat makan, biarpun makanan itu ialah nasi basi lebihan tuan mereka.
Api perkauman terus dimainkan saban masa. Bagi mereka yang pernah mengikuti kursus BTN cukup tahu realiti ini. Lagu anak kecil bermain api dan seumpamanya adalah benih kebencian perkauman yang sangat bahaya. umNO menjadikan api perkauman sebagai senjata mereka menakutkan melayu andai kehilangan kuasa. Cina dan India pula ditakutkan dengan negara Islam yang akan merampas kebebasan dan hak mereka. tangan kaki akan dipotong hingga Cina dan India menjadikan PAS sebagai musuh yang digeruni. melayu takut PAS kerana bimbang kuasa melayu terhakis akibat perpecahan...itulah racun umNO sekian tahun.
Pemecatan DSAI menjadi tapak lonjakan memecahkan benteng perkauman umNO dan BN hasil keberanian Allahyarhan Datuk Fadhil Nor mencetuskan GERAK. Walaupun ianya tak kekal lama lantaran kefahaman cetek khususnya dikalangan pemimpin DAP , ia tetap satu usaha besar memcahkan tembok pemisah antara kaum. Mula kelihatan himpunan disertai pelbagai kaum dalam pelbagai pimpinan dari kaum yang berbeza. ia tidak kekal lama namun benihnya tidak mati...
DetikMac 2008 menyaksikan benih itu seakan tumbuh tiba tiba..meranting dan mula kelihatan pucuk yang bakal menghasilkan buah. Perak menjadi peneraju perubahan itu. umNo bimbang..MCA dan Gerakan turut kekalutan, MIC mula sawan dengan perubahan ini.Presidennya kecundang di tapak keramat Sg Siput di Perak. Ong Ka Ting dan Keturunan Keng Yik mula ghuyub dari Parlimen Malaysia.
Perkembangan ini bahaya bagi umNO dan sekutu BN nya. Mereka saling menyalahkan antara satu sama lain. MIC bergelora. MCA berkecai, Gerakan mula memikirkan berkali nasib mereka sebelum memilih kekal bersama BN. Ahli Perlimen mereka mula diragui. pemimpin besar umNO, MCA dan MIC satu demi satu membawa diri...PKR antara destinasi hentian mereka. Di Perak, umNO menjalankan saraf DS Nizar sebagai boneka Cina dan penderhaka...sesuatu yang jelas bersifat perkauman... ianya tidak dianggap perkauman kerana datang dari umNO!
PAS bukan perkauman kerana kelab penyokong PAS dari pelbagai bangsa. PKR jua mempunyai keahlian dan pimpinan yang jelas berbagai bangsa. DAp yang kelihatan Cina juga bukan perkauman kerana keahliannya terbuka pelbagai bangsa. Ianya ber gabung dalam Pakatan Rakyat yang membela semua kaum yang tertindas. Itulah semangat Malaysia yang diperjuangkan sekian lama dan Ruh Islam yang diperjuangkan PAS sejak ditubuhkan.
Inilah juga intipati ucapan Najib menyambut merdeka tahun Ini....
Golongan ini, tegas beliau, telah mengeksploitasikan garis-garis gelinciran yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum, sama ada ia bersifat politik, agama mahupun sosial demi memuaskan agenda sempit mereka.
Menurut perdana menteri, formula rahsia yang telah mendasari kejayaan ini adalah tidak lain dan tidak bukan, faktor perpaduan di antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan yang berteraskan kepada falsafah meraikan kemajmukan yang wujud sebagai sumber kekuatan, "bukannya perkara titik bengik yang menyebabkan perpecahan".
Apakah ini tandanya Najib menyeru rakyat Malaysia menyokong Pakatan Rakyat??? Jelas BN tidak miliki ciri itu kerana kompenannya tetap bersifat dan memperjuangkan perkauman...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan