Pilihanraya Permatang Pasir telah bermula. Apakah umNO akan dapat permatang atau pasir je hanya Allah yang tahu. Apapun umNO sedang berusaha keras untuk memastikan kalau tak dapat permatang pun..dapat pasir jadi le... jangan tak dapat ape...
Permatang Pasir adalah kawasan majoriti melayu yang menjadi sasaran umNO. Tentunya PAS yang akan mempertahankan DUN tersebut telah lama bersedia. umNO tiada isu menyerang PAS selain menjadi alat mengkhianati melayu. umNO cuba menonjol sebagai jaguh melayu ketika ini walaupun sejarah terpahat kukuh merekalah yang mengkhianati melayu. Singapura yang tergadai, ditambah pulau batu putih, Biasiswa, tanah rezab malah tanah wakaf, kampung melayu dan bermacam lagi pengkhianatan umNO terhadap melayu dan terakhir bahasa melayu!
Walaupun isu bahasa paling hampir dengan kita namun umNO beriman dengan yakin dbahawa melayu mudah lupa. Melayu juga mudah mengamuk tanpa usul periksa andai ada sesuatu sentimen tentang bangsa, agama dan kedudukan raja mereka diancam! isu itulah yang akan dimanipulasi oleh umNO dengan sesungguhnya! Harus diingat... DSAI yang dituduh sebagai pengkhianat adalah mukaddimah peperangan tersebut!
Gelanggan Permatang Pasir adalah gelanggang Muhyidin yang nampak macam vokal memperjuangkan melayu walaupun beliaulah dilaporkan menggadai tanah di Johor kepada Singapura semasa menjadi MB dulu. tak pe...melayu mudah lupa.. Muhyidin berjanji akan mendedahkan fakta kepada rakyat sebagaimana berjanji meminta Petronas memberikan fakta tentang minyak Kelantan semasa Manek Urai... fakta itu terus terkubur bersama umNO hingga hari ini...
Permatang Pasir mungkin tak laku dengan janji pembangunan kerana janji semasa Permatang Pauh masih jauh dari janji. Apapun itu tetap modal umNO. umNO pastinya akan menggunakan sebanyak mungkin isu melayu . Akan muncullah pahlawan tuah dari profesor kangkung di universiti dan NGO melayu yang mungkin berkeahlian 25 orang yang mendakwa memiliki sokongan majoriti melayu. mereka adalah alat yang akan digunakan. Tak ketinggalan barangkali agamawan yang berjiwa melayu... Mufti yang beriman akan disoal oleh malaikat tentang apa bangsanya apabila kembali ke kubur nanti... Mufti ini pastinya tak cukup dengan Tan Sri yang setaraf dengan Zainah Anuar yang baru didapati. Ini mungkin peluang mendapat Tiang Sri pulak!
Apapun adalah diharapkan pemimpin PR akan waspada! Ingat pilihanraya ini di kawasan majoriti melayu. Jangan kerana ingin undi sedikit bangsa lain walaupun penting hingga melupakan sasaran sebenar. Dalam dakwah... wajib mengenali madu'. Mad'u adalah rukun dakwah. Jangan yang dikendong berciciran ..yang dikejar bertaburan.... Isu melayu adalah isu di Permatang Pasir. Mat Sabu yang telah lama mendedangkan boria nasib melayu Pulau Pinang tentu lebih tahu.... Semoga Ramadhan memberi kekuatan dalam melaksanakan ujian!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan