Ahad, 13 September 2009
ADA LAGI ADUN umNO NAK LOMPAT KE PR?
Kekadang rasa malas nak baca cerita politik "tersepak bola emas". Sejak isu 16 september di dendangkan oleh DSAI, ianya terus berdendang dengan bermacam lagu. ketika dondang sayang didendangkan Pakatan Rakyat, tiba tibaNajib menyanyikan "dangdut gerudi Inul" yang menjerumuskan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ke lubang cacing! Hingga kini dendang dondang sayang itu dilagukan pula di Trengganu! Sedang umNO merancang di Selangor dan Kedah!
Beberapa blogger PR nampak berminat dengan isu lompat parti ini. Tak serik dengan apa yang berlaku 16 September... kita yang tanak nasi..umNO yang kenyang makan! Kita yang berkokok sekampung..umNO yang telan telurnya! Bijakkah???
Sedari awal saya sangat tidak berminat dengan politik lompat. Biarpun berbagai alasan dan hujjah menghalalkannnya diberi..saya tak menolak namun saya langsung tak mengharap! Biarpun ada hujjah dan dalil syarak yang mengharuskannya, namun realitinya kita mengharap ayam daging berpenyakit yang dikurung direban berhawa dingin untuk tersangkut di jerat yang kita pasang di dalam bilik rumah kita! Boleh ke???
Mengapa saya berkata begitu????
Paling jelas ialah apa yang menimpa negeri Perak. Kemasukan ADUN Bota disambut gegak gempita oleh PR seluruh Malaysia! Selang beberapa hari umpan yang ditaut mengena dan sekilas kilat umpat disentap....dan tertiarap lah sebuah kerajaan rakyat! Sebenarnya sebelum itu saya telah lama mendengar cerita ADUN umNo didendangkan ingin menyeberang...termasuk Fakeh Adam beberapa nama yang tak perlu disebutkan. Mereka dipanggil umNO ke KL... semuanya diam... mengapa???? Fakeh antara ADUN Perak yang kurang masalah kerana kurang cerdik mencari peluang...tapi orang macam ni pun tak berani...nak diharapkan Raja Ahmad yang turut disenaraikan ketika itu???
Hari ini didendangkan akan ada ADUN umNO Trengganu akan melompat ke Pakatan Rakyat hasil pertemuan dengan DSAI beberapa hari lalu... Bodoh sangatkah ADUN umNO yang temboloknya diisi oleh umNO pusat selama ini akan menyeberang dengan mudah ke Pakatan Rakyat semata kerana marahkan Mat Said? Kalau ini berlaku, bukan lagi marahkan nyamuk dibakar kelambu..tetapi marahkan nyamuk ..bunuh diri sendiri!
Umum mengetahui kebanyakan ADUN atau MP BN telah dibelenggu dengan pelbagai skandal. Dengan skandal itulah umNO dan BN mengikatnya. . Ini politik yang menjadi amalan umNO sejak dulu, kini dan selamanya...... Mahathir yang memang mahir dengan seni ini menjadikan menterinya terus menjadi pak angguk walau apa dibuat . Zahid yang menjadi panglima perang DSAI yang memalu gendangnya di persidangan umNO, tiba tiba berpatah balik dan mencium buntut Mahathir gara gara ancaman periuk nasinya.
Apalah diharap dengan gerombolan Derih Jusoh di Trengganu yang dipalit dengan wang ehsan Trengganu? Stadium yang runtuh mungkin cukup menggetarkan kepala lutut umNO Trengganu yang marahkan Said! Amat bijak pimpinan PAS Trengganu pimpinan TG Harun Taib menunjukkan jual mahal dengan tawaran umNO! Saya yakin TGHH yang juga berasal dari Trengganu telah lama mencium bau hanyir ini.. itulah barangkali yang menyebabkan TGHH kurang berminat dengan projek 16 September....
Kalau difikirkan kecewanya ADUN dan MP BN dengan parti mereka.. telah lama mereka bersama Pakatan Rakyat. Mungkin sebelum 16 September lagi. Mengapa DSAI amat yakin dengan projeknya jika bukan sesuatu yang pasti? Saya yakin janji yang diterima DSAI satu kebenaran , namun skandal dan segala macam masalah yang membelenggu MP atau ADUN ini menjadikan mereka kecut perut meninggalkan kandang beras mereka!
Cukuplah berharap dari umNO dan sekutunya! jangan didendangkan lagi lagu dondang sayang lompat parti ini. Berhentilah dari menanti dan mengharap! alangkah baiknya kita memberi semangat untuk bekerja kuat dari mengharapkan tersepak bola emas milik umno..
Jangan berlaku lagi ..kita yang berkokok sekampung ingin bertelur...telurnya dirampas Biawak umNO!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
100% setuju
pon setuju jugak...
mp @ adun umno/bn ni kebanyakan nye ada masalah rasuah
so kalo diorg menyeberang ke pr, memberi disadvantage kepada pr sndiri..
diharap kita tak mudah menerima mereka kerana mereka terpalit najis
PR jangan syok sendiri. Tak pernah pun YB BN melompat ke PR.... ada pun hanya satu... itu pun dah lompat balik ke luboknya.Yang ramai YB PR keluar PR jadi bebas atau lompat menyokong BN.
Woi kulup, nape bodoh dan bengap sangat?????
Kami tak kan terima wakil2 rakyat BN masuk PR sebab mereka semua itu umpama sampah yang berada di atas tahi babi sahahja......
Catat Ulasan