Jumaat, 18 September 2009
JANGAN BENARKAN TENTERA MENGUNDI
Timbalan Menteri Pertahanan memberi respon mengarut ketikamengulas permintaan Dewan Pemuda Pas yang meminta dibenarkan berkempen di Kem Tentera khususnya dalam PRK Bagan Pinang yang memiliki hampir 40% pengundi Pos. Menurut timb menteri, ianya akan merosakkan jika tentera berpolitik....
Umum mengetahui.. kem tentera bukan hanya memiliki pengundi tentera , tetapi juga anggota keluarga yang bukan dari kalangan tentera. Halangan itu turut memberi erti bahawa hak mereka dihalang. Persoalan juga timbul apabila Zamri Kadir yang menjadi ADUN Pos melalui kem Lumut turut menghadiahkan kuih dan barang keperluan di kawasan kediaman tentera Laut Lumut.
Kempen di kem tentera bukan beerti mendesak mereka berpolitik, tetapi sekadar mencadangkan kepada mereka calon mana yang perlu dipilih...jika berkempen itu memberi erti menyebabkan mereka berpolitik, sewajarnya tentera DILARANG MENGUNDI hingga mereka pencen!!! amacam...setuju???
SEREMBAN, 18 Sept (Bernama) -- Parti politik tidak dibenarkan berkempen dalam kem tentera kerana bentuk tugas anggota tentera bersifat keselamatan di tahap yang tinggi, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. "Rosak negara ini kalau askar ini diberi kebenaran untuk berparti politik. Kalau dia nak berpolitik lepas bersara, itu lainlah," katanya kepada pemberita di sini selepas menyampaikan sumbangan hari raya Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) peringkat Negeri Sembilan kepada 234 penerima melalui skim bantuan kebajikan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV). Pada Khamis, Pemuda Pas mendesak agar parti itu dibenarkan berkempen di kem-kem tentera pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan kawasan Bagan Pinang pada 11 Okt ini. Terdapat beberapa kem tentera dalam kawasan itu yang didiami ramai pengundi pos terdiri anggota tentera. Abdul Latiff berkata anggota tentera dibenarkan mengundi pada pilihan raya kerana itu hak mereka di sisi perlembagaan negara. "Negara kita sebuah negara demokrasi, bermakna anggota tentera bebas untuk mengundi. Sebab itu ada juga di kalangan mereka ini mengundi parti pembangkang. Jadi, apa pasal dia (pembangkang) nak takut. "Adakah bila dia (tentera) mengundi parti pemerintah tak bagus, tapi kalau mengundi dia (pembangkang) bagus dan ini (baru) dikatakan satu pilihan raya yang adil?" katanya. Abdul Latiff juga berkata Akta Veteran ATM kini di peringkat draf terakhir sebelum dibawa ke kabinet dan Parlimen untuk diluluskan. Katanya undang-undang itu dirangka untuk membela nasib anggota tentera keseluruhannya. -- BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
Tentera tidak dibenarkan berpolitik tetapi dibenarkan untuk mengambil tentera untuk jadi ahli politik demi kepentingan Umno. Macam dululah, pelajar tidak dibenarkan berpolitik tetapi Umno dibenarkan menubuhkan parti politik dikalangan pelajar luar negara. Umno ni ibarat meludah kelangit le..... demi kepentingan Umno semua boleh.... masaalahnya kenapalah karat-karat Umno masih lagi buta dan pekak.... hari-hari kena tipu dek pemimpin Umno.
Eeeee dasyatnya jika PAS memerintah sampai tak benarkan tentera mengundi.Ini adalah tanda-tanda berapa teroknya jika mereka ni berkuasa.
Eeeee dasyatnya jika PAS memerintah sampai tak benarkan tentera mengundi.Ini adalah tanda-tanda berapa teroknya jika mereka ni berkuasa.
oiii bang kulup,,,bukannya pas tak bagi tentera mengundiiii....mangkok!!,,,itu respon dari kenyataan timbalan menteri,,sebab tak bagi pas masuk berkempennn,,,tak reti baca ke,,aiseyyy,,,kulupppp
bukan tak tahu..tapi kulup memang tertutup...kalau kata budak budak dulu..kulup tu buta...
Tentera patut berkecuali dalam pengundian kerana mereka adalah tunggak keselamatan negara. Yang lain layak undi pos. Tiada kempen untuk tentera tiada undi dari tentera. Berfikirlah secara waras. Jangan pilih kasih.
Tentera patut berkecuali dalam pengundian kerana mereka adalah tunggak keselamatan negara. Yang lain layak undi pos. Tiada kempen untuk tentera tiada undi dari tentera. Berfikirlah secara waras. Jangan pilih kasih.
Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti dari kami di IMCurtain.com. Maaf Zahir dan Batin!
p/s: Kami ingin mengajak para blogger semua untuk menyertai komuniti blogger kami di IMCurtain.com
Catat Ulasan