Esok pasti raya...demikianlah ramalan kalendar kuda. Kalendar kuda jarang tersilap dalam ramalannya. Selalunya kaki ekor kuda yang selalu tertipu. Seluruh negara malah seluruh ASEAN telah bersedia untuk raya esok. Demikian antara keputusan mesyuarat menteri agama suatu ketika dulu yang berhasrat menyelaraskan raya serentak. Dari segi syara' ada keizinannya kerana menggunakan hisab.
Berdasarkan perkembangan teknologi sains dan falak hari ini... Hisab menjadi mudah dan hampir tak salah...maknanya esok raya! Bergembira kerana kemenangan yang dikurnia Allah kepada kita, jua bersedih kerana tak pasti apakah Ramadhan kembali lagi. Seumpama sahabat yang kembali dari medan Badar...bergembira dengan kemenangan yang hampir- fathu alQarib- dan berduka kerana tidak dikurnia syahid yang merupakan kemenangan abadi.
Telah menjadi adat songsang yang berkembang dalam masyarakat hari ini...Ziarah ke kubur di pagi syawal dengan pakaian serba hitam..tak cukup dengan pakaian sampai ke tudung..ditambah pula cermin mata. Ia bukan dari agama malah Rasulullah pernah menegah kaum wanita menziarahi kubur lantaran keadaan dan sikap mereka di zaman jahiliah. Kebenaran diberi dengan syarat yang cukup ketat agar kehormatan agama terus dipelihara.
Apa yang jelas pakaian seumpama berkabung orang kristian bewarna hitam semakin mendapat sambutan masyarakat melayu...cuma saya tak pasti...apakah himpunan berbaju hitam di Perak akan berlangsung dengan aman dan tanpa kehadiran Polis...saya mencadangkan agar Musa Hasan mengerahkan semua anggota polis ke negeri Perak bagi menyuraikan himpunan wanita berbaju hitam di seluruh perkuburan muslim di Perak...apa tunggu lagi Musa???
SALAM IDULFITRI BUAT SEMUA SAHABAT YANG MEMBERI KEKUATAN UNTUK SAYA TERUS BERADA DI MEDAN BLOG INI DENGAN MENGUNJUNGI,MEMBERI KOMEN, MEMBERI BANTUAN TEKNIKAL, SOKONGAN DAN SEGALAMACAM DORONGAN..MAAF ZAHIR BATIN ..MOGA ALLAH MENERIMA SEMUA AMAL SOLEH KITA DAN MENGAMPUN SEGALA KETERLANJURAN DAN DOSA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan