Jumaat, 25 September 2009

LAGI LAGI HASSAN ALI...

Lagi lagi Hassan Ali. Kenapa la mamat sorang ni suka buat kecoh? Tak habis habis habis dengan masalah. Kalau nak sangat jawatan MB masuk la umNO. Jangan nak tunjuk pandai. memang la engko pakar Motivasi tapi dalam kerajaan kena la ikut parti... Presiden punya pasal la ni..pilih orang tak tentu pasal... bla bla.. bla...

Itu antara komen sebahagian besar blogger Pakatan Rakyat yang kecewa dengan kenyataan Hassan Ali... Saya tanya ...dah baca ke kenyataan beliau? " tak de le... tapi dalam...." itu jawapan akhir yang saya terima... Bermasalah sangat ke Hasssan Ali ni? Saya juga merasa begitu...

Berita TV 3 cuba mencuit Tun Dr Mahathir mengharapkan kemelut Pakatan Selangor semakin bertambah... sayangnya Tun Mahathir dengan penuh kebencian..."saya kenal orang ni... Kerajaan belanja sejuta untuk phd dia..tapi lawan kerajaan balik..."

Masing masing mempunyai pandangan sendiri. Tidak mesti pandangan itu betul atau salah. Namun demi memberi keadilan, rujuklah kepada sumbernya...jangan hanya ambil ulasan pihak ketiga yang membuat persepsi dari punca tersebut. Apatah lagi pandangan dan ulasan ketiga itu dari kacamata yang sememangnya dah lama retak..... tentu pandangannya kabur... dalam tuduhan zina ...saksi sebegini di tolak..!

Tapi "tujuan" dia...... Tujuan ertinya niat...sejak bila kita tahu niat orang?? Tuduhan akhir kepada Hassan Ali menjuruskan kepada dua titik akhir;

01. Hassan Ali nak bawa PAS masuk umNO dan nak jadi MB!.
02. TG Presiden menjadi punca kerana mengekalkan Hasan Ali..kenapa tak bagi Khalid Samad?

Saya melihat dua isu ini berada di hujung segala masalah Hassan Ali!

Sepanjang isu yang membabitkan PAS Selangor dan PAS keseluruhannya, belum terjadi pengkhianatan atau ancaman dari PAS untuk keluar Pakatan Rakyat. Yang ada hanya desakan dari rakan atau ahli PAS yang sememangnya ada masalah. Sebanyak mana masalah yang dihadapi di kalangan wakil rakyat atau pimpinan PAS akhirnya selesai di meja rundingan.
Salahkah mengetuk paku hingga bising kerana ingin mengukuhkan papan yang longgar??



Bandingkan dengan wakil rakyat PKR dan DAP yang meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Lihat juga sikap DAP Kedah yang mengistiharkan keluar Pakatan. Inilah bezanya PAS yang mempunyai sistem tarbiah yang telah bertahan sekian lama. Kita akur PKR terpaksa melalui proses saringan yang panjang. ia perkara biasa dalam proses pematangan. Kita juga akur dengan sikap DAP kerana mereka sedang dalam proses perubahan dalam menerima konsep dan realiti masyarakat malaysia.

Teguran Hasan Ali berkisar tentang perjalanan SELCAT. Cadangan penambahbaikan terutama membabitkan kakitangan awam. Kakitangan awam bukan musuh kita...
Masih kah ingat isu Penyapu buruk Khir Toyo? Khir memilih untuk menyerang kakitangan awam... Apa yang saya faham, Hasan Ali menasihatkan agar kakitangan awam tidak menjadi mangsa.. maka panambahbaikan perlu dilakukan... Salahkan panambahbaikan??? sejak bila kuasa kita tak boleh diperbetulkan....?

Antara kritikan kepada Hassan Ali ialah kerana menyerang SELCAT di media. Antara pimpinan PAS yang mengkritik Hassan Ali ialah Mahfuz Omar. Malangnya Mahfuz juga menyerang Hassan di media terbuka dengan menjawab soalan media,sedangkan Mahfuz adalah pemimpin yang ada kuasa memanggil Hassan Ali bila bila masa. Khalid Samad? beliau bukan lagi pimpinan PAS Pusat! biarkan...

Hassan Ali bukan "otai" dalam PAS namun beliau juga bukan baru dalam PAS. Pakatan Rakyat bukan juga pakatan baru di Selangor malah telah menjangkau dua tahun. Namun banyak perkara baru yang diterokai termasuk SELCAT. Apa peliknya banyak perkara baru yang perlu diperbetulkan. Apa peliknya banyak perbezaan dalam hubungan yang baru.. masalahnya ialah interaksi dan saling memahami... ia bukan masalah yang perlu dipanjangkan... Jika Hassan Ali di anggap salah kerana media menyiarkannya...mengapa pimpinan lain juga memilih media untuk menyerangnya?? tidakkah ini dikatakan paku dulang paku serpih?

Dalam perkahwinan banyak perbezaan dan seringkali berlaku pertelingkahan. Jangan sampai terjadi perceraian walaupun terlalu banyak permintaan. Selagi talak tak dijatuhkan ada ruang memperbaiki kesilapan biarpun ia berulang.... itulah proses kematangan runahtangga...tentunya dalam sebuah kerajaan dan Pakatan yang lebih besar yang menghadapi musuh dalam dan luar yang terlalu licik. Jangan nyalakan sebaliknya carilah penyelesaian. Jangan menjadi alat musuh!

Sebenarnya persepsi yang sudah ditanam di dalam pemikiran kita menjadikan kita sering bertindak di luar hak dan menghukum dengan sentimen. Perhatikan firman Allah
8. Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan. (maidah 8)


Semoga kita tahu memilih antara perkara yang menyelesaikan masalah dan menambahkan masalah.Antara keadilan dan hak dengan keinginan...antara perangkap musuh yang kita bimbangkan dan kita yang terperangkap dengan kerja musuh ketika kita merasa kita menyerang orang yang kita sangka musuh...sesutau yang sukar melainkan dengan pertunjuk Allah.. moga kita sentiasa di pelihara...


Apapun terimalah dengan pandangan yang terbuka.....

5 ulasan:

keraspedal berkata...

lu marah blogger pakatan yg kondem hasan ali sebab tegur pakatan..dan kata kita org bermasalah(rujuk komen lu kat blog gua).

gamaknya lu yg bermasalah coz,kalau lu marah kita org tegur hasan ali yg 'tegur'selcat,maknanya lu berat sebelah..

hasan ali tegur selcat,lu tak marah,kita org tegur hasan ali,lu marah??pilih kasih ni..mana adil..

alhusseyn berkata...

Askum! Sila baca komen saya di sini

rmard berkata...

erm, saya setuju dengan pandangan penulis ni..jika pemimpin pr marahkan hasan ali kritik selcat di media, apa kes pulak yang serang balik hasan ali dekat media secara terbuka..nampak la sangat pemimpin pr ni semuanya bodoh..masing2 ego dengan kuasa masing2..yang tak ada jawatan dalam parti dan kerajaan pun sibuk jugak nak serang orang kat media..dengan kebodohan pemimpin2 ini maka umno/bn lah yang paling gembira kerana perangkap yang mereka pasang sudah mengena..tunggu masa untuk meratah daging jer..masing2 nk tunjuk hero dengan pandangan masing2 kat media..apa salahnya bincang elok2 dalam pakatan..ataupun pihak pakatan tak nak dengar cakap hasan ali, tu yang hasan ali guna media..ini satu kemungkinan..hak bersuara dalam kerajaan dinafikan maka media lah mediumnya.

looes74 berkata...

Anak Sengat,
Pertama, kalau nak kritik orang, kenna ada fakta dan bersedia bidasan dari orang ramai. Kedua, kalaulah Hassan Ali jujur & ikhlas, maka dia sudah gagal dalam satu perkara. Menyiarkan pandangan yang bernas & objectif. Kalaulah kritikan Hassan Ali bahawa Selcat memperkecilkan & membuli district officers terutamanya Bakthiar. Adakah komen Hassan memperkecilkan dan mempertikaikan Selcat. Secara indirectly, Hassan Ali kata Selcat didin't do the job properly
Teruk sekali Hassan Ali merupakan sebahagian daripada executive. Mencampuri urusan & pentadbiran legislatif satu kesalahan besar. Ini Ultra Vires namanya
Kalau nak berkomen, jadi adun biasa lah macam Azmin Ali. Baru boleh tegur atau kritik. Kalau di Singapura, Hassan Ali would be deaded many times
A person who does not relay his message well in the public not fit to be an Exco or MB

dato' berkata...

SEMOGA KITA BUKTIKAN APA YANG KITA PERJUANGKAN! JANGAN AMBIL KUASA DARI UMNO DAN BUAT PERANGAI UMNO!