Memaparkan catatan dengan label ISU SEMASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU SEMASA. Papar semua catatan

Khamis, 10 Februari 2011

HARI KEKASIH... DAKWAH DAN POLITIK

Valentines Day kini sudah mula dijadikan isu politik. Ia adalah isu agama yang menjadi topik perbincangan saban tahun. namun tahun ini ianya ada sedikit kelainan apabila ia mula mendapat perhatian dalam mengharapkan sokongan politik. Dewan Pemuda PAS dilaporkan akan melancarkan kempen menentang dengan perasmian akan dilakukan oleh Ketua Pemuda Pusat di Kuala Lumpur.

Laporan menyatakan Gerakan telah menentang secara terbuka kempen tersebut. DAP juga dikatakan tidak bersetuju melalui kenyataan beberapa pemimpin utamanya. JAKIM turut dilaporkan akan menganjurkan kempen anti hari kekasih tersebut. Namun di mana suara umNO???

Sedikit baik bagi PAS dan Pakatan Rakyat kerana tentangan terhadap program PAS menentang hari kekasih itu tidak hanya dari DAP tetapi juga dari Gerakan. Jika hanya DAP sahaja menentang pastinya ia akan menjadi buah serangan dari umNO, namun tindakan Gerakan yang juga turut bersama menentang kerana bimbang kehilangan sokongan bukan Islam khususnya Cina kepada DAP sedikit meredakan ketegangan dan melonglaikan umNO.

Kita menanti bagaimana tarian umNO dalam menangani isu ini. Bagi PAS ia bukan perkara baru malah saban tahun aktiviti menentang budaya ini dilakukan secara konsisten... Ini kerana PAS adalah juga sebuah pertubuhan dakwah.... berlainan umnO ... pragmatis yang menanti dan memerhatikan arus dan sokongan... bukan kebenaran dan dakwah...

Ahad, 13 Jun 2010

KHAIRY DAN JUDI....

Isu judi terus menjadi isu perdana negara. Di Kalangan perwakilan yang membahaskan ucapan dasar atau usul, ianya terus di perbahaskan. Begitu juga di pihak kerajaan, isu ini tetap membimbangkan mereka . Khairy jamaludin, "Menteri tercicir" di laporkan turut mendesak penjelasan kerajaan. Namun beliau tutur menyindir pendirian Pakatan Rakyat yang katanya terus membenarkan lesen judi lain seperti 4D dan toto.

Judi tetap haram. Apa nama sekalipun ianya tetap haram. Namun Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam menangani isu berkenaan. seumpama isu arak, Islam mengambil masa yang agak lama sebelum turun ayat mengharamkannya secara mutlak. Ini kerana arak telah menjadi kebiasaan masyarakat. Islam meletakkan pendidikan sebagai teras perubahan.

Judi sukan adalah isu baru dalam masyarakat. Ia mesti disekat dan dicegah sebelum ianya merebak dan berkeliaran di dalam masyarakat. Ia menjadi keutamaan kerana kaedah Islam jua kaedah perubatan menyatakan- Mencegah lebih baik dari mengubati.

Berbeza dengan judi lain yang telah berakar umbi dalam masyarakat lantaran dasar umNO yang memerintah selama ini. Khairy yang cuba membela kerajaan umNO dengan mempertikaikan sikap Kerajaan Pakatan Rakyat yang membiarkan judi lain terus beroperasi. Khairy bukan tidak memahami isu tersebut, hanya beliau berada di persimpangan antara bersetuju dengan apa yang dilakukan umNO dan kebencian yang meluap di kalangan rakyat.

Umum mengetahui bahawa kuasa mutlak ialah di tangan kerajaan Pusat. Kerajaan negeri hanya berkuasa terhadap premis. kekuatan kerajaan Negeri sangat terbatas dalam isu tersebut. Apa yang perlu dilakukan ialah menyedarkan masyarakat terhadap bahaya judi. Menghalang masyarakat mendekati dan dijangkiti judi baru. Itulah keutamaan dalam perjuangan

sewajarnya buat masa ini PAS khususnya dan kerajaan Pakatan memberi tumpuan terhadap judi sukan dan bukan judi lain. Ia bukan beerti menghalalkan atau merelakan... Ia adalah tumpuan dan keutamaan... kata orang sekarang.... Fokus...fokus.....

Khamis, 8 April 2010

CHEW SINDIR SHAHRIZAT????

Disaat pemimpin melayu umNO rela bersama pelakon seks yang menjadi pemimpin MCA, pemimpin wanita cina pula meletakkan jawatan. di sini. Timbalan menteri wanita itu mungkin merasakan Chua tidak layak memimpin dan bekerjasama dengan Chua beerti menghina kaum wanita yang di jadikan mangsa kepuasan seks beliau.

Jika timbalan menteri wanita berbangsa Cina menolak pemimpin yang sebangsa dengannya... mungkin ada pemimpin melayu atau wanita melayu yang tak rasa apa apa bekerjasama dengan bekas pelaku seks dvd itu. Ketika Exco Selangor ditekan dengan pelbagai tuduhan dan muslimat PAS dipalitkan kerana bersama exco itu yang tersebar gambarnya dengan pakaian yang menjolok mata ketika tidur, pemimpin dan blogger umNO macam manusia paling berakhlak lagaknya.

Tindakan ketua wanita MCA itu satu cabaran buat pemimpin umNO. Tidak terlepas pak Mufti yang marahkan PAS bersama DAP tetapi mendiamkan diri umNO bersama MCA yang dipimpin bekas pelaku seks yang mengaku.

Nampaknya pemimpin wanita MCA lebih bermaruah dari Menterinya yang mendiamkan diri mungkin dengan alasan tak mahu campurtangan pasal MCA. Walaupun MCA tak de kaitan dengan umNO tetapi sikap mendiamkan diri pemimpin umNO terhadap Chua sesuatu yang memalukan. Mungkin tindakan Chew satu sikap yang disifatkan orang melayu... pukul anak sindir menantu.... hanya yang punya hati dan akal yang mampu merasai...

Selasa, 29 September 2009

SIAPA KETUA MENTERI DAN MENTERI ITU?...


Akhir nya Muhyuddin akur dengan ISA samad.Ketika mengulas pemilihannya, Mahyuddin masih berdalih dengan meminta penyokong umNO yang hadir membuat keputusan. Katanya, saya tanya tiga kali tadi .mereka yang mahu.... komen mahyudin yang yang penuh tandatanya...

Isa yang belum suci dengan bebanan palitan rasuah ketika bertanding Naib Presiden umNo dulu. Walaupun Isa memaklumkan bahawa beliau telah dihukum, namun rakyat belum menghukumnya. sAmbil menyifatkan kesalahannya bukan jenayah, Isa turut menembak rakan umNo nya;

kata Isa, mereka yang disabitkan dalam kesalahan jenayah masih diterima rakyat dan ada yang menjadi ketua menteri dan menteri.(malaysiakini)

Terima kasih Isa kerana PAS dan PR sekali lagi sudah dibekalkan peluru. Isa turut mengheret rakannya yang pasti takkan turun berkempen untuknya... Ia pasti akan menimbulkan kemarahan "ketua menteri dan menteri " yang dimaksdunya...

Kepada semua blogger Pakatan Rakyat...dari mencari kesalahan rakan sendiri ...mari kita cari dan dedahkan SIAPA MENTERI DAN KETUA MENTERI yang dimaksudkan ISA....

Ahad, 27 September 2009

MAHATHIR ATAU MAHYUDDIN NAK JADI PRESIDEN?

Komen Isa Samad agak menarik perhatian. Beliau mengulas desas desus gangguan terhadap cadangan umNO Teluk Kemang mencadangkannya sebagai calon di Bagan Pasir.

Wartawan bertanya adakah yang dimaksudkan Mahathir, beliau hanya tersenyum...kalau saya wartawan, saya akan tanya adakah Mahyuddin yang dimaksudkan kerana mahathir dah tak de kuasa...tapi kenyataan mahyudin jelas cuba menolak Isa Samad... Mahyudin adalah timbalan Presiden yang boleh jadi presiden-ternyata Mahyudin adalah pilihan Mahathir sejak kejayaan Mahyuddin memberi tekanan kepada Pak Lah.

Jangan ganggu Presiden UMNO buat keputusan - Isa

PORT DICKSON 25 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Samad meminta semua pihak menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan berhubung soal calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Menurutnya, ketika ini terlalu banyak andaian dan senario sehingga tugas-tugas Presiden diambil alih oleh orang lain untuk membuat keputusan dan menentukan calon yang akan bertanding kelak.

"Biasanya di peringkat UMNO bahagian kita akan menyenaraikan calon sama ada untuk pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil.

"Kemudian terserah kepada Presiden untuk memutuskan calon yang sesuai bagi bertanding dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Masjid Kariah Bagan Pinang dekat sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek.

Kata Mohd. Isa yang disebut-sebut sebagai calon BN di kawasan itu, buat masa ini senarai nama calon belum diserahkan lagi dan apabila sampai waktunya nanti, beliau akan menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.

"Tunggulah, bila saya disuruh berbuat demikian, saya akan laksanakan tugas itu. Memanglah, saya akan hantar tiga nama seperti amalan biasa.

"Tak eloklah, saya nak beritahu siapa yang disenaraikan. Tak kiralah Wanita atau Pemuda dan sesiapa pun. Tunggulah pengumumannya yang akan dibuat kelak," ujar beliau.

Beliau berkata, yang menjadi masalah ketika ini terlalu ramai hendak menjadi 'Presiden' parti.

"Masalahnya ialah kerja Presiden orang lain hendak buat. Kerja Presiden, biarlah Presiden yang buat. Kita di bahagian, buatlah kerja bahagian. Sebab itulah masyarakat jadi masalah, tak tentu arah," kata beliau.

Ditanya apakah kenyataan beliau merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan beliau tidak layak menjadi calon di Bagan Pinang, Mohd. Isa hanya tersenyum.

"Orang tanya saya mengenai Tun Dr. Mahathir, saya hanya tersenyum. Itu yang boleh saya katakan," kata beliau.

Jumaat, 25 September 2009

LAGI LAGI HASSAN ALI...

Lagi lagi Hassan Ali. Kenapa la mamat sorang ni suka buat kecoh? Tak habis habis habis dengan masalah. Kalau nak sangat jawatan MB masuk la umNO. Jangan nak tunjuk pandai. memang la engko pakar Motivasi tapi dalam kerajaan kena la ikut parti... Presiden punya pasal la ni..pilih orang tak tentu pasal... bla bla.. bla...

Itu antara komen sebahagian besar blogger Pakatan Rakyat yang kecewa dengan kenyataan Hassan Ali... Saya tanya ...dah baca ke kenyataan beliau? " tak de le... tapi dalam...." itu jawapan akhir yang saya terima... Bermasalah sangat ke Hasssan Ali ni? Saya juga merasa begitu...

Berita TV 3 cuba mencuit Tun Dr Mahathir mengharapkan kemelut Pakatan Selangor semakin bertambah... sayangnya Tun Mahathir dengan penuh kebencian..."saya kenal orang ni... Kerajaan belanja sejuta untuk phd dia..tapi lawan kerajaan balik..."

Masing masing mempunyai pandangan sendiri. Tidak mesti pandangan itu betul atau salah. Namun demi memberi keadilan, rujuklah kepada sumbernya...jangan hanya ambil ulasan pihak ketiga yang membuat persepsi dari punca tersebut. Apatah lagi pandangan dan ulasan ketiga itu dari kacamata yang sememangnya dah lama retak..... tentu pandangannya kabur... dalam tuduhan zina ...saksi sebegini di tolak..!

Tapi "tujuan" dia...... Tujuan ertinya niat...sejak bila kita tahu niat orang?? Tuduhan akhir kepada Hassan Ali menjuruskan kepada dua titik akhir;

01. Hassan Ali nak bawa PAS masuk umNO dan nak jadi MB!.
02. TG Presiden menjadi punca kerana mengekalkan Hasan Ali..kenapa tak bagi Khalid Samad?

Saya melihat dua isu ini berada di hujung segala masalah Hassan Ali!

Sepanjang isu yang membabitkan PAS Selangor dan PAS keseluruhannya, belum terjadi pengkhianatan atau ancaman dari PAS untuk keluar Pakatan Rakyat. Yang ada hanya desakan dari rakan atau ahli PAS yang sememangnya ada masalah. Sebanyak mana masalah yang dihadapi di kalangan wakil rakyat atau pimpinan PAS akhirnya selesai di meja rundingan.
Salahkah mengetuk paku hingga bising kerana ingin mengukuhkan papan yang longgar??



Bandingkan dengan wakil rakyat PKR dan DAP yang meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Lihat juga sikap DAP Kedah yang mengistiharkan keluar Pakatan. Inilah bezanya PAS yang mempunyai sistem tarbiah yang telah bertahan sekian lama. Kita akur PKR terpaksa melalui proses saringan yang panjang. ia perkara biasa dalam proses pematangan. Kita juga akur dengan sikap DAP kerana mereka sedang dalam proses perubahan dalam menerima konsep dan realiti masyarakat malaysia.

Teguran Hasan Ali berkisar tentang perjalanan SELCAT. Cadangan penambahbaikan terutama membabitkan kakitangan awam. Kakitangan awam bukan musuh kita...
Masih kah ingat isu Penyapu buruk Khir Toyo? Khir memilih untuk menyerang kakitangan awam... Apa yang saya faham, Hasan Ali menasihatkan agar kakitangan awam tidak menjadi mangsa.. maka panambahbaikan perlu dilakukan... Salahkan panambahbaikan??? sejak bila kuasa kita tak boleh diperbetulkan....?

Antara kritikan kepada Hassan Ali ialah kerana menyerang SELCAT di media. Antara pimpinan PAS yang mengkritik Hassan Ali ialah Mahfuz Omar. Malangnya Mahfuz juga menyerang Hassan di media terbuka dengan menjawab soalan media,sedangkan Mahfuz adalah pemimpin yang ada kuasa memanggil Hassan Ali bila bila masa. Khalid Samad? beliau bukan lagi pimpinan PAS Pusat! biarkan...

Hassan Ali bukan "otai" dalam PAS namun beliau juga bukan baru dalam PAS. Pakatan Rakyat bukan juga pakatan baru di Selangor malah telah menjangkau dua tahun. Namun banyak perkara baru yang diterokai termasuk SELCAT. Apa peliknya banyak perkara baru yang perlu diperbetulkan. Apa peliknya banyak perbezaan dalam hubungan yang baru.. masalahnya ialah interaksi dan saling memahami... ia bukan masalah yang perlu dipanjangkan... Jika Hassan Ali di anggap salah kerana media menyiarkannya...mengapa pimpinan lain juga memilih media untuk menyerangnya?? tidakkah ini dikatakan paku dulang paku serpih?

Dalam perkahwinan banyak perbezaan dan seringkali berlaku pertelingkahan. Jangan sampai terjadi perceraian walaupun terlalu banyak permintaan. Selagi talak tak dijatuhkan ada ruang memperbaiki kesilapan biarpun ia berulang.... itulah proses kematangan runahtangga...tentunya dalam sebuah kerajaan dan Pakatan yang lebih besar yang menghadapi musuh dalam dan luar yang terlalu licik. Jangan nyalakan sebaliknya carilah penyelesaian. Jangan menjadi alat musuh!

Sebenarnya persepsi yang sudah ditanam di dalam pemikiran kita menjadikan kita sering bertindak di luar hak dan menghukum dengan sentimen. Perhatikan firman Allah
8. Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan. (maidah 8)


Semoga kita tahu memilih antara perkara yang menyelesaikan masalah dan menambahkan masalah.Antara keadilan dan hak dengan keinginan...antara perangkap musuh yang kita bimbangkan dan kita yang terperangkap dengan kerja musuh ketika kita merasa kita menyerang orang yang kita sangka musuh...sesutau yang sukar melainkan dengan pertunjuk Allah.. moga kita sentiasa di pelihara...


Apapun terimalah dengan pandangan yang terbuka.....

Khamis, 24 September 2009

BOM JANGKA SEDIA DILEDAKKAN- SIAPA MAMPU MEMATIKANNYA?


Nampak gayanya kes PKFZ bukan sahaja mengegarkan MCA malah ianya mungkin menjadi bom jangka yang sedang menanti mangsa melatupkan BN hingga berkecai. Selama ini kes PKFZ hanya menjadi mainan mulut pembangkang yang tak pernah dipeduli polis, SPRM jauh sekali kabinet. Namun pendedahan dalaman berpunca dari MP Sarawak yang meretakkan MCA tak dapat disembunyikan lagi.

Chua Soi Lek yang dipecat kemudiannya digantung berpunca video seks tahu punca sebenar tindakan ke atasnya. Come back Soi Lek terhalang dengan isu yang dihangatkan kembali gara gara usaha menghalang kemaraannya oleh Ong Tee Keat. Tentunya Chua tidak duduk diam dan masalah Tee Keat yang boleh menjahanamkannya adalah senjata ampuh. Namun kes PKFZ sebenarnya bukan hanya boleh membunuh Tee Keat malah jua pemimpin umNO. Telah menjadi rutin dan kelaziman BN membahagikan harta negara macam harta mak bapak mereka.

Saling menjaga rahsia...itulah kunci "perpaduan" dan "hubungan mesra" antara kompenan BN. Namun bila ada yang berpaling tadah..mereka akan menjadi mangsa...perang besar akan bermula... Kini Chua dan Tee Keat berada di medan tempur..nampaknya semua yang berada di antara mereka akan turut menjadi sasaran... Tee Keat yang berada di puncak bangunan hanya akan dicapai bila tingkat pertama dan seterusnya dirobohkan... kita tunggu berapa banyak tingkat mampu dirobohkan sebelum Tee Keat direbahkan... Senarai kabinet telah mula didendangkan.... Siapa yang mampu menguasai polis , Mahkamah dan SPRM tentunya akan selamat.....

Apapun setiap pendedahan akan menampat di hati dan fikiran rakyat yang akan menjadi senjata PRU 13....

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata menteri kabinet adalah antara individu yang akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Malaysia Today baru-baru ini. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa atau berapa menteri yang akan disoal untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mendedahkan dokumen sulit itu yang membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA). "Polis akan memanggil mereka yang dipercayai terlibat termasuklah menteri," katanya kepada pemberita selepas selesai melawat ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini. Kertas kabinet mengenai PKFZ itu disiarkan di sebuah laman web didakwa sebagai memorandum daripada menteri kewangan berhubung PKFZ yang tertakluk kepada OSA. Musa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu itu kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan

Isnin, 21 September 2009

LANGKAH MAHATHIR MEMERINTAH DARI LUAR......

Kenyataan Mahathir tentang Pilihanraya Kecil Bagan Pinang memberi peluang kepada Sammy membalas dendam kritikan Mahathir kepadanya. Pertembungan bekas rakan sehati sejiwa BN suatu ketika dulu dilihat akan mencemari gerak kerja BN. kenyataan Mahathir berkaitan calon di Bagan Pinang juga memberi isyarat campurtangan Mahathir di dalam pemerintahan Najib.

Mahathir berjaya menyingkirkan musuh ciptaannya, Khairy Jamaluddin dalam pembentukan Kabinet. belum terjadi dalam sejarah seorang Ketua Pumuda yang dipilih dalam persidangan yang sah tidak dipilih di kabinet sebaliknya calon kalah yang diletakkan bersama timbalannya di Kabinet.

Kini Mahathir sekali lagi cuba memberi "nasihat" (keputusan) dalam penentuan calon Bagan Pinang. Hampir pasti nasib Isa Samad dirudung malang apabila diteliti ulasan awal Mahyudin Yasin. Jika Najib bertegas menerima keputusan umNO Bagan Pinang mencadangkan wakil tunggal yang mengetuai kawasan itu, beerti Najib bersedia menjadi sasaran kritikan Mahathir. Harus diingat, Mahyudin memang telah bersedia menjadi regu Mahathir.... Kita tunggu kemelut kehancuran keluarga BN selepas MCA yang kini retak menanti berderai...


KUALA LUMPUR, 21 Sept: Pendapat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjejaskan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) dalam setiap pilihan raya kecil, kata Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu. Beliau berkata, Dr Mahathir tidak patut campur tangan dalam setiap pilihan raya kecil kerana pendapat beliau telah menjejaskan jentera pilihan raya BN semasa pilihan raya kecil berkenaan.

"Dr Mahathir tidak sepatutnya campur tangan dalam terlalu banyak perkara yang mungkin meletakkan BN dalam keadaan sukar," katanya.

Bekas Perdana Menteri sebelum ini berkata, Tan Sri Mohd Isa Samad tidak patut diletakkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kerana beliau pernah digantung daripada Umno selama tiga tahun dari Jun 2005 atas dakwaan terbabit dengan politik wang.

"Hanya Perdana Menteri mempunyai kata putus mengenai siapa yang patut jadi calon (di Bagan Pinang)," kata Samy Vellu kepada Bernama semasa diminta mengulas kenyataan bekas Presiden Umno itu.

Pandangan Dr Mahathir, sekurang-kurangnya dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Permatang Pasir, dianggap amat menjejaskan kempen pilihan raya BN.

Dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Dr Mahathir menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon BN "benar-benar pilihan yang sangat buruk".

Dalam pilihan raya Permatang Pasir pula, bekas Pengerusi BN itu berkata, "saya tidak tahu adakah orang seperti itu (calon BN dalam pilihan raya itu, Rohaizat Othman) layak untuk dipilih sebagai wakil rakyat atau tidak. Saya tak tahulah".

Dr Mahathir dan Samy Vellu masih lagi dilihat berperang kata setelah Dr Mahathir meminta masyarakat India menyingkirkan Samy Vellu jika mereka mahukan kemajuan dan melangkah ke hadapan.

Dalam tulisan di dalam blognya yang mengulas cadangan seorang perwakilan perhimpunan MIC supaya dikalungkan selipar pada gambarnya, Dr Mahathir mengingatkan MIC supaya tidak lupa bahawa tidak ada satu kerusi pilihan raya pun yang mempunyai majoriti pengundi berbangsa India.

"Tetapi untuk memastikan orang-orang India mempunyai suara di dalam kerajaan, BN memperuntukkan kerusi-kerusi yang majoriti pengundinya adalah orang-orang Melayu kepada MIC dan memujuk mereka mengundi calon MIC.

"Pengundi Melayu tidak suka perkara itu tetapi para pemimpin Umno terpaksa memujuk mereka.

"Apabila MIC melakukan perkara-perkara yang menyukarkan para pengundi Melayu menyokong calon-calonnya, saya fikir adalah wajar bagi orang Melayu untuk mengkritik," katanya.

Dalam tulisan itu, Dr Mahathir sekali lagi membangkitkan bagaimana para pemimpin Umno mencerca beliau apabila beliau mengkritik Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketika itu, katanya, tidak ada mana-mana pihak yang mengecam para pemimpin Umno yang mencercanya.

"Mereka takut ia akan menyebabkan Perdana Menteri rasa tidak senang. Dalam kata-kata lain, mengutuk saya adalah sesuatu yang boleh diterima; ia bukan tanda tidak menghormati negara yang lebih tua.

"Kenapa pula berbeza sekarang (apabila para pemimpin Umno mengecam tindakan hendak mengalungkan selipar pada gambarnya)," kata Dr Mahathir

KEHANCURAN MCA.

oleh Mohd Zaki Yaman - bypass.blogspot308.com

Jawatankuasa Pusat (CC) MCA malam ini mengubah keputusan Majlis Presiden pada 26 Ogos lepas untuk memecat Timbalan Presiden, Datuk Dr. Chua Soi Lek dari parti itu. Sebaliknya, CC menggantung keahlian Dr. Soi Lek selama empat tahun berkuat kuasa serta-merta.

Tu dia, dah berterabur perpaduan antara ahli, bergolak bagai nak rak, tiba-tiba je buat keputusan "selamatkan" Chua dari kena "sembelih", sebaliknya hanya "penjarakan" dia untuk 4 tahun. Ceh...memang gila CC nih, seolah menggambarkan betapa haloba kuasa si presidennya yang boleh buat apa saja ikut selera dia.

gua serabut mata tengok Ong cakap ikut sedap dia je, dulu kata tak akan buat EGM kerana ia akan pecah belahkan MCA, tapi lepas Chua berlegar seluruh negara kumpul tandatangan perwakilan negeri untuk adakan EGM menumbangkannya, gelabah lah pulak si Ong ni, tergesa-gesa untuk hebah akan buat EGM demi menyelamatkan MCA.

porraaah... Ong ni patut belajar dari sejarah perjuangannya, dulu dia ni boleh eksyen sebagai pejuang solo dalam MCA. Tapi sekarang dah jadi presiden, patutnya buang sikap angkuh tersebut, kena jaga banyak pihak demi perpaduan parti, termasuk kena hormat pilihan yang dibuat perwakilan yang "terpilih" calon kebenciannya..Chua Soi Lek.

Chua kena pecat selepas 21 bulan isu video lucah...gua sebut sekali lagi...21 bulan bukan 2 hari satu malam. lebih teruk, pemecatan dibuat selepas dia diangkat perwakilan MCA sendiri untuk jawatan kerusi nombor 2 parti tersebut.

selepas resolusi puak Chua nak adakan EGM untuk ketepikan hukuman tersebut, maka tak semena-mena CC buat keputusan dari pecat kepada gantung. apa bezanya ini? takde apa-apa bezanya kerana apa jua keputusan tersebut tetap dianggap sebagai gambaran hipokrit Ong nak bunuh politik Chua, secara tidak langsung menghina ketetapan yang buat perwakilan seluruh negara yang memilih Chua pada pilihan parti lalu.

langkah CC jelas menunjukkan mahu ubah situasi keinginan puak Chua yang sudah tercatat dalam resolusi EGM yang diserahkan minggu lalu. saja nak menyusahkan, maklumlah CC tu pun semua badut Ong semata-mata, termasuk budak tua suruhannya dari terengganu, Wong Fock Meng, seorang ahli politik yang ditolak masyarakat Cina ganu.

memang tepat sekali sikap tunggu dan lihat yang diambil PM, Najib. beliau barangkali menyampah dengan sikap ego Ong yang memandang pemerintahan Najib hanya dengan sebelah mata, tak nampak pun sebarang kesungguhan yang dilakukan Ong demi menyumbang kepada polisi 1malaysia, sebaliknya Ong terus dengan kepala batunya anggap diri sebagai taiko Cina yang tidak perlu bersepadu dengan pemimpin Umno.

Ong kini kian gelabah tak tentu arah, habis dikerah kuncu-kuncunya buat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah Chua, buatlah apa-apa yang boleh sekat kemaraan Chua untuk lakukan undi tidak percaya terhadap beliau.

Ong...Ong...tak lama lagi lu bakal jadi katak ong-ang yang kerjanya hanya untuk panggil hujan...nantikan nasib poilitik lu yang akan diganyang lumat oleh kuasa politik keadilan dalam MCA sendiri.....tunggu 10 Oktober ni, lu buatlah apa-apa yang patut sekarang...sebelum terlambat......

Jumaat, 18 September 2009

SASARAN BARU MAHATHIR...

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada BN dalam pilihanraya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan perdana menteri itu berkata beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.

Dalam satu temubual dengan Bernama, Dr Mahathir berkata Samy perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri pun kalah.

"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.

"You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah," katanya.

Mengambil contoh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran prestasinya tidak begitu baik, Dr Mahathir berkata: "Samy dia punya prestasi jauh lebih buruk daripda Pak Lah tapi dia tak mahu nak lepas pun jawatan dia.

"Sepatutnya sebelum sampai ke tahap itu, dia (Samy) patut letak jawatan," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau berhak menegur sesiapa pun demi kebaikan BN, dan menambah kata: "Pak Lah pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur?"

Tindakan Dr Mahathir menegur Samy menjelang pemilihan MIC minggu lepas telah dilihat cubaan mencampuri urusan MIC dan ia telah menimbulkan kemarahan seorang anggota perwakilan yang mencadangkan agar gambar bekas Perdana Menteri itu dikalungkan dengan selipar.

Dr Mahathir berkata pemimpin perlu sedar bahawa mereka bukan dapat memegang jawatan secara seumur hidup.

"Ini ditujukan bukan kepada Samy Vellu seorang sahaja kerana ada yang lain pun macam begitu juga," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sendiri hendak meletak jawatan pada 1998 tetapi disebabkan krisis ekonomi dan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, terpaksa terus memimpin negara sehingga 2003.

"Saya letak jawatan bukan bila orang kecam saya. Saya letak jawatan sebab saya duduk lama sangat.

"Pemimpin Malaysia ini belum faham apabila dia gagal, dia patut dengan sendiri letak jawatan, tak payah orang suruh. Bila you gagal, you punya parti gagal. Dia bertanggungjawab," katanya.

Ditanya apakah yang BN boleh buat memandangkan BN mempunyai prinsip tidak campur tangan dalam urusan parti-parti komponennya, Dr Mahathir berkata apabila ia sudah menjadi masalah kepada BN dan jika BN masih tak campur tangan, BN sendiri yang akan menjadi mangsa.

Dr Mahathir berkata pemimpin BN perlu menegur Samy Vellu kerana sebagai pemimpin BN, mereka bukan bertanggungjawab terhadap prestasi parti sendiri sahaja tetapi prestasi BN keseluruhannya.

"Kalau saya tahu seseorang itu akan menyebabkan kekalahan BN, itu sudahmenjadi masalah BN. Bukan masalah MIC lagi. Kita tak boleh kata dok tak interfere (campur tangan) saja. Ini urusan BN. Kerana dia, BN kalah.

"Dulu mana ada Hindraf. La ni (sekarang) dah ada berpuluh (kumpulan
pendesak masyarakt India). Kerana dialah pasal orang tak mahu dia tapi dia nak jadi presiden lagi.

Dr Mahathir pemimpin yang menggunakan duit, tekanan, salah guna kuasa dan mengugut orang boleh kekal menjadi presiden parti tetapi tidak akan menang dalam pilihan raya.

Mengenai pemimpin pilihan Samy Vellu yang memenangi pemilihan MIC minggu lepas, beliau berkata mereka boleh memenangi pemilihan parti tetapi akan kalah dalam pilihan raya kerana orang ramai tidak akan sokong.

Dr Mahathir juga berkata Samy Vellu kerana tidak memainkan peranan untuk melarang pembinaan kuil tanpa kebenaran walaupun pernah berjanji untuk berbuat demikian.

Samy, kata Dr Mahathir, menjadi popular dahulu kerana beliau (Dr Mahathir) menolongnya.

"Dia nak buat universiti, saya pujuk kerajaan bagi peruntukan RM50 juta dan banyak lagi dia punya projek, saya tolong," kata Dr Mahathir.

Mengimbas tugasnya sebagai Perdana Menteri dahulu, Dr Mahathir berkata beliau terpaksa memujuk orang Melayu supaya membenarkan BN meletakkan calon MIC di kawasan majoriti orang Melayu kerana tidak ada satu kawasan pun di negara ini yang mempunyai majoriti orang India.

"Lebih dari itu, saya juga berusaha supaya calon-calon MIC ini disokong
oleh orang Melayu. Tanpa sokongan daripada ahli Umno dan orang Melayu lain, MIC tak boleh menang. Jadi ini khidmat saya kepada MIC.

"Tapi apabila MIC membuat sesuatu yang akan menyebabkan dia tak akan disokong oleh orang India, baik orang Cina, baik orng Melayu, saya perlu tegur," kata Dr Mahathir.

Khamis, 17 September 2009

KHIR TOYO NAK DIBUNUH...

SHAH ALAM, 17 Sept (Bernama)--Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tengah hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam kerana menerima sepucuk surat ugutan bunuh terhadapnya.

-- BERNAMA
Apalagi anak toyo ni nak??? siapa yang ugut anak toyo ni. Apa diketahui...anak toyo ni baru di soal siasat oleh SPRM. SPRM pulak masih belum dapat membersihkan dirinya dari tuduhan bunuh Beng Hock. Apakah anak toyo ni terima ugutan bunuh dari kakitangan SPRM. atau mungkin dari mata telinga SPRM??

Agak melucukan bila ada yang berminat nak bunuh anak toyo ni...sebenarnya ugutan bunuh adalah cara nak popularkan diri dari kalangan ahli politik. Soalnya siapa yangada hajat nak bunuh anak toyo ni? Kalau Karpal dulu mungkin ugutan bunuh dari extrimis melayu sebab kelantangannya menentang sultan Perak??

Biasanya setiapugutan ada motif... Apa motif nak bunuh Khir??? bagi saya hanya satu... MENGALIHKAN ISU SIASATAN SPRM. Selepas ini wartawan mungkin tidak bertanya tentang siasatan SPRM dari Khir, tetapi surat ugutan bunuh...

Jumaat, 11 September 2009

MOHON YDP AGONG MANSUH BORANG UNDI POS

Tan Sri Aziz- Pengerusi SPR mungkin merasakan beliau mepunyai kuasa penuh menentukan perjalanan pilihanraya tanpa ada sebarang kuasa mampu menegurnya. Komen beliau terhadap permintaan PAS dan PR agar borang lampiran undi Pos dimansuhkan dijawab secara tidak bertanggungjawab.

Tan Sri Aziz hanya memberikan alasan tiada sesiapa yang memohon untuk menyemak borang tersebut. Persoalan yang ditimbulkan bukan seseiapa yang menyemak atau tidak tetapi kemungkinan membolehkan semakan itu tetap wujud. Ini menjadikan pengundi Pos sentiasa terdedah kepada ancaman. Ia juga bertentangan dengan semangat pilihanraya yang menjanjikan undi adalah rahsia! Bukan soal ada atau tidak orang yang melihatnya sebelum ini...ini jawpan main main!

Selehudin Ayubn yang diamanahkan mengepalai jentera PRK N9 telah memberi isyarat akan memohon satu pertemuan dilakukan dengan pengerusi SPR. Ini bagi memenuhi janji bekas pengerusi SPR yang menjanjikan untuk menyemaknya setelah mengakui ianya tidak sesuai. Jika tidak...:kita akan memohon YDP Agong"...demikian kesungguhan PAS menangani isu pengundi POS dalam PRK ini.

"PAS ingin bertemu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan niat mengungkit janji lama mantan pengerusinya Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman untuk mengkaji semula prosedur undi pos.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, pada 2004, tiga parti pembangkang utama pernah berbincang dengan Abdul Rashid, antaranya membincangkan kewajaran penggunaan Borang Lampiran 2 bagi pengundi pos.

"Dalam pertemuan yang lepas dengan Tan Sri, beliau akui sendiri (borang itu) tidak relevan. Beliau kata akan mengkaji semula perkara itu," katanya hari ini.

"Tetapi sehingga kini, kita tidak dengar perubahan."

Salahudin, yang juga pengarah jentera PAS pada pilihan raya DUN Bagan Pinang nanti, diminta mengulas tindakan lanjut parti itu berhubung penggunaaan Borang Lampiran 2 (foto bawah) yang boleh membawa kesan negatif kepadanya.

Semalam, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad menyifatkan amalan itu bertujuan membuat pemeriksaan terhadap pengundi-pengundi pos yang pro-Pakatan Rakyat.

Pada pilihan raya umum lalu, DUN itu mempunyai 14,192 pemilih, termasuk 4,925 orang melalui pos - yang sering dicurigai oleh pembangkang akan memenangkan calon BN.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Salahudin berkata, PAS akan menghantar surat makluman segera kepada pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berhubung pertemuan tersebut.

"Kalau mereka masih keberatan, oleh kerana SPR ini di bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kita akan tulis surat kepada baginda," kata ahli parlimen Kubang Kerian.

Menyifatkan kira-kira 5,000 pengundi pos di DUN tersebut sebagai cabaran utama PAS, Salahudin berharap kumpulan polis dan tentera itu diberikan hak untuk mengundi dengan bebas tanpa sebarang perasaan takut."-Malaysiakini


Nampak gayanya medan N9 adalah medan PAS untuk menyerang dan memastikan undi pos telus. Jika usaha kali ini berjaya, ianya bermakna PRU ke 13 akan lebih terbuka untuk persaingan sihat. Maka sewajarnya usaha ini bukan hanya usaha PAS yang diamanahkan mewakili PR . Ianya mesti digembeling sama oleh semua kompenan PR kerana ianya adalah perjuangan masa depan PRU 13.

Jika Tan Sri Aziz masih berdegil...campurtangan YDP Agong amat diharapkan...bukannya susah..hanya buang borang lampiran..rasenya tak de siapa yang rugi melainkan ada yang ingin menggunakannya. Jika borang itu dibuang tidak langsung mencacatkan pilihanraya dan tiada siapa yang akan meraguinya...namun jika ianya diteruskan...PR adalah pihak yang akan menanggung kerugian.... SPR mesti melayani kehendak pelanggan yang memberi keadilan..

Jika SPR terus bertahan sedangkan ianya tidak berfungsi untuk menambahbaik Pilihanraya...ini beerti SPR ADALAH RANGKAIAN LEMBU DAN KALDAI BN!

Selasa, 8 September 2009

MENANTI LELAKI MISTERI

Pihak inkues dimaklumkan saksi yang membuat laporan didera pegawai SPRM akan memberi keterangan esok. Tentunya detik itu dinantikan seluruh warga Malaysia yang ingin mengetahui siapa dan apa punca kematian Teoh Beng Hock yang misteri.

Mungkin kematian Teoh tidak semisteri kematian seorang hartawan di zaman nabi Musa. Di waktu itu mayat ditemui di luar kota. Mujurlah ada nabi Musa yang kemudiannya berlakulah kisah penyembelihan lembu betina. Ketika itu tiada rakaman CCTV dan tiada kemudahan mengesan penjenayah. Kini kita berada di zaman serba canggih.

Keterangan saksi itu sangat penting bagi membuktikan wujudnya penderaan ketika soal siasat di SPRM. Pihak keluarga dan Kerajaan Selangor mendakwa kematian Teoh ada keraguan dan syak yang menunjukkan ianya di dibunuh. Pihak kerajaan dan SPRM menafikannya malah mendakwa ianya adalah kes bunuh diri. Pengarah SPRM yang kontroversi kerana kelancangan mulutnya mengulas isu dalam siasatan sekali lagi menggunakan kes di Hong Kong berkaitan kematian tertuduh yang disiasat membunuh diri. Perlu diingat Teoh adalah saksi dan bukan tertuduh!

Kemunculan lelaki misteri ini ditentang oleh SPRM, namun Koroner Azmil Mustapha membenarkan kerana berpendapat ianya berkaitan. Apa yang ingin dibuktikan oleh peguam keluarga Teoh ialah wujudnya penderaan di SPRM! ianya sesuatru yang bersalahan dengan undang undang> Pihak polis telah hilang kreadibilitinya ekoran kematian di lokap yang ramai.

Kini SPRM yang dilihat sebagai budak suruhan baru umNO pula berperanan. Apatah lagi di Selangor, ada bukti mengaitkan pegawai SPRM Selangor dengan konspirasi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di selangor!

Kita nantikan pendedahan lelaki misteri ini! Jika benar..sewajarnya Mat Said meletakkan jawatan dan jangan marahkan rakyat yang hilang kepercayaan kepada SPRM. Selepas itu kita nantikan pula siapalagi watak badut dalam melaksanakan missi umNO di Selangor ini!

"SHAH ALAM, 8 Sept: Seorang lelaki misteri yang telah membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran penderaan ke atasnya dijangka akan memberikan keterangan dalam Inkues kematian Teoh Beng Hock esok.

Ik


Permohonan peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo untuk membawa lelaki itu sebagai saksi diterima oleh Koroner Azmil Muntapha Abas walaupun dibantah oleh peguam SPRM, Datuk Abdul Razak Musa.

Semasa permulaan sidang pagi tadi, Abdul Razak berkata, laporan polis itu tidak relevan dengan inkues yang dijalankan atas beberapa sebab.

Salah satunya adalah orang yang membuat laporan berkenaan pada 11 September 2008 adalah suspek, sementara Teoh adalah saksi.

Namun, Gobind tidak bersetuju dengan Abdul Razak kerana laporan polis itu melibatkan dakwaan-dakwaan terhadap saksi (Mohd Ashraf)

Gobind mempersoalkan 'ketakutan' SPRM berhubung perkara itu. "Kenapa takut? Jika anda tidak melakukan apa-apa yang salah, katakan yang anda tidak lakukan apa-apa yang salah."

Gobind menegaskan yang Mohd Ashraf mempunyai peluang untuk menafikan dakwaan-dakwaan itu jika dibenarkan memberi keterangan.

Abdul Razak berkata, Gobind tidak boleh melibatkan Mohd Ashraf kerana selepas laporan itu diteliti, nama Mohd Ashraf tidak dinyatakan dalam laporan itu.

Gobind berkata, laporan itu menyatakan 'beberapa pegawai SPRM' dan Mohd Ashraf adalah pegawai SPRM.

Peguam mewakili Kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar menyokong hujah Gobind, dengan mengatakan Mohd Ashraf bekerja dengan SPRM ketika laporan itu dibuat.

Koroner kemudiannya memutuskan, laporan itu relevan kerana ia berlaku di tempat yang sama (tingkat 14, Plaza Masalam) dan mungkin melibatkan orang yang sama.

"Butiran dalam laporan itu relevan dengan fakta inkues ini," kata Azmil Muntapha.

Mohd Ashraf dipanggil ke kandang saksi dengan Abdul Razak mula mengemukakan soalannya.

Dalam jawapannya, Ashraf berkata, Teoh kelihatan gugup apabila melihat empat dokumen yang dicetak daripada komputer ribanya. Katanya, pegawai lain telah menunjukkan dokumen tersebut kepada Teoh semasa sesi soal jawab pada 15 Julai.

Mohd Ashraf juga berkata, Teoh tidak pernah mengadu berada dalam kesakitan ketika berada di pejabat SPRM. Katanya, Teoh juga tidak menyebut apa-apa tentang akan berkahwin.

Beliau juga tidak pernah dipanggil oleh polis berhubung sebarang dakwaan dalam laporan polis itu.

Beliau juga bebas daripada sebarang saman sivil dan tidak pernah disaman kerana menyebabkan kecederaan berat.

Inkues telah ditangguhkan sehingga esok dimana lelaki misteri ini dijangka akan memberikan keterangannya. _

SELAMATKAH NEGARA KITA?

From: Muhammad Nasir Hj Hamzah
Sent: 07 September 2009 10:25
.

Dalam suasana negara masih merayakan ulang tahun kemerdekaan yang ke-52 kita dikejutkan oleh satu cerita yang menggemparkan iaitu seorang warga Perancis ALAIN ROBERT atau yang lebih di kenali sebagai "Spiderman" telah "menakluki" menara berkembar Petronas. Ini adalah merupakan cubaannya kali ke-tiga. Beliau telah gagal pada kedua-dua percubaan sebelum ini iaitu pada 20hb Mac 1997 dan pada tahun 2007 beliau dihalang oleh pengawal keselamatan ditingkat tingkat 60.

Walaupun peristiwa ini boleh di lihat dari berbagai-bagai sudut mengikut cara mana kita ingin melihatnya tetapi yang pentingnya ialah soal keselamatan nampaknya amat gawat sekali.Bayangkan kalau benar-benar menara Petronas ini dimasukki pengganas atau pencuri atau anasir jahat siapa agaknya yang tahu.

Mengikut laporan akhbar pada hari Rabu 2hb Sept 2009 "spiderman" yang berusia 46 tahun itu mula memanjat Menara Petronas setinggi 88 tingkat itu sekitar jam 6 pagi tanpa dikesan oleh sesiapa pun termasuk pengawal keselamatan yang bertugas.Sekitar jam 8 pagi beliau telah sampai ke kemuncak menara dan sempat mengibarkan bendera Malaysia

.


Beliau bagaimana pun ditangkap oleh pihak polis dan dibawa ke balai polis Kuala Lumpur untuk disoal siasat. Mengikut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabu Osman "Kita bawa balik beliau ke Balai Polis untuk di soal siasat dan memeriksa sama ada passpot beliau untuk memastikan beliau masuk ke negara ini secara sah.Beliau boleh di dakwa kerana pencerobohan jenayah"

Memang betul pada pagi ini Rabu 2hb Sept 2009 beliau telah didakwa di Mahkamah Majestret Kuala Lumpur kerana pencerobohan jenayah dan didenda sebanyak RM2000 atau penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.Bagaimanapun beliau membayar denda tersebut dan dibebaskan.

Dalam peristewa ini bukanlah sangat denda yang dibayar itu dapat menghakis tanggapan masyarakat terhadap keselamatan Menara Petronas atau dengan kata lain keselamatn negara khasnya.Kalaulah menara yang begitu canggih dilengkapi dengan segala ciri-ciri dan alat-alat keselamatan boleh "ditakluki" oleh anasir seperti ini maka alangkah jeleknya tahap keselamatan yang kita canang selama ini.

siapakah yang harus dipertanggunjawabkan terhadap tahap keselamatan Menara Berkembar Petronas ini?Apakah mereka ini tidak bertanggungjawab? Kita khuatir sekiranya bangunan secanggih menara Petronas ini boleh "ditakluki" apakah nasib bangunan-bangunan kerajaan yang lain yang tahap kaselamatannya berada di tahap yang biasa? bolehkah kita pastikan keselamatan tempat-tempat ini terjamin?

Penulis merasakan kita harus menilai kembali bukan saja tahap keselamatan harta kerajaan atau swasta tetapi juga tahap keselamatan negara khususnya keselamatan sempadan.Saban hari kita membaca akhbar-akhbar, atau menonton TV,Blog atau segala macam alat informasi canggih zaman sekarang kita dapati saja cerita tentang pendatang haram yang bermaharajalela di negara kita.

Ada yang datang secara "halal" dan ada juga yang datang secara "haram".Ada yang datang sebagai pelancong ada juga sebagai pelajar tidak kurang juga sebagai pekerja di bebagai-bagai sektor.Saban hari ada saja cerita tentang pelancong yang memakai pas pelancong ditangkap menjadi "pelacur".Ada yang datang sebagai Pelajar ditangkap sebagai "GRO"ada juga yang terlibat dengan "Black Money" ada juga yang terlibat dengan jenayah berat seperti rompakan,pembunuhan,samun,rogol ada juga yang terlibat dengan dadah.Ada juga yang terlibat dengan ajaran "songsang" dan berbagai lagi kegiatan-kegiatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pendatang.

Persoalannya adakah kita benar-benar memberi perhatian terhadap masalah ini? Apakah kita boleh berpeluk tubuh dengan mengatakan yang semuanya terkawal sedangkan kita sebenarnya tidak tahu berapa jumlah pendatang "haram" yang berada di negara kita. berbagai andaian ada yang kata 100 000orang,ada yang kata 500 000 orang dan ada yang kata jutaan orang.Walau apa pun kita harus bertanggungjawab terhadap keselamatan negara kita yang amat-amat kita cintai ini.

kita tidak harus membiarkan rakyat tertanya-tanya atau meragui tahap keselamatan negara kita.Kita mempunyai angkatan tentera yang dilengkapi dengan peralatan canggih,pasukan polis yang juga setanding dengan negara maju,kita ada RELA,kita ada Jemaah Menteri,Ahli-ahli Parlimen, ADUN-ADUN,JKKK dan berbagai lagi pertubuhan yang sentiasa memikirkan tentang keselamatan kita.

Jadi kenapa kita berada pada tahap ini sekarang? Kebanyakkan dari kita pernah melancong ke negara-negara luar kita tahu betapa rumitnya untuk kita masuk ke negara-negara tersebut terutama Amerika Syarikat.Kita pernah dengar rungutan Menteri-menteri kita pun tidak diberi layanan baik oleh pihak Imigresen mereka.Satu waktu dulu ada seorang menteri kabinet mengkritik pihak Imigresen Amerika kerana beliau disuruh menanggalkan kasut dan berbagai-bagai lagi alat kelengkapan diri semasa membuat lawatan rasmi ke negara tersebut.

Negara-negara lain juga mengamalkan pengawalan imigresen yang ketat. Malangnya di negara kita nampaknya seperti tidak begitu ketat. Bayangkan manusia seperti "spiderman"telah berkali-kali melakukan pencerobohan jenayah terhadap Menara Petronas tetapi beliau masih dibenarkan masuk ke negara kita.Untuk apa orang ini dibenarkan masuk?Apa untungnya kepada kita.Kalau duit denda yang sebanyak RM2000 itu diambil kira apalah sangat dibandingkan dengan maruah negara yang tercemar."IT takes years for us to build a respectful nation but it takes hours to be destroyed by the stupid act of an individual to satisfy his lust or the so called hobby"

Beberapa tahun yang lalu kita dengar cerita seorang "jutawan" dari Lebonon yang kononnya teramat kaya dan ingin menderma untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dengan berjanji untuk menderma beratus juta ringgit sehingga semua orang terpegun,termimpi dan terpinga-pinga akhirnya habuk pun tarak. Orang ini dikatakan menipu ramai orang dan baru-baru ini ada lagi cerita terbaru tentangnya yang dikaitkan dengan seorang wanita Filipina yang dikatakan terjatuh dari condo yang didiami oleh mereka.Sebelumnya beliau telah pun berkahwin dengan seorang wanita Malaysia yang pernah menjadi perkerja di pejabat beliau di KL.Mereka kini dalam proses penceraian.Orang begini juga boleh hidup bebas di Malaysia.

Itu adalah beberapa contoh yang dapat diturunkan untuk kali ini di bahagian kedua nanti penulis akan cuba kupas isu-isu yang berkaitan. Sebenarnya dalam kes "spiderman" ini adalah lebih baik bagi pihak Petronas untuk mengeluarkan permit bagi tujuan memanjat menara Petronas ini sekurang-kurangnya ianya tidak memalukan Petronas,Rakyat dan kerajaan Malaysia.Mungkin juga kalau dianjur dengan baik kita boleh mengutip derma dengan menjual tiket kepada penonton.

Walauapapun segalanya telah berlalu "What has been done cannot be undone"Jagalah maruah kita,anak bangsa kita dan negara kita yang tercinta ini MALAYSIA.Sedarlah ini lah satu-satunya negara yang kita miliki.Marilah kita hidup dalam keadaan penuh keharmonian dan kedamaian


MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA!!!

Ahad, 6 September 2009

KEPALA LEMBU LEBIH MENDAMAIKAN DARI BUNGA ROS

Kejadian perarakan kepala lembu oleh kalangan yang mendakwa penduduk syeksyen 23 Shah Alam mencetuskan kebimbangan masyarkat. Ianya jelas percubaan mencetuskan rusuhan kaum. Bagi mengambarkan kebimbangan terhadap isu tersebut, pihak menteri sendiri turun untuk mendamaikan keadaan, namun sehingga kini dalang yang telah didedahkan umum tidak diambil tindakan.

Ternyata pihak polis "bersopan santun bersangatan" ketika menangani isu tersebut. Bayangkan dengan mengheret kepala lembu, laungan penuh provokasi, polis hanya menjadi pemerhati.. mungkin kepala lembu lebih mendamaikan dari bunga ros dan lilin. perhatikan berita di bawah;

Enam belas orang ditahan, termasuk bekas tahanan ISA P Uthayakumar, sewaktu perarakan nyalaan lilin dekat Dataran Merdeka malam ini.

Ia bermula dengan perarakan oleh kira-kira 100 orang dari Masjid Jamek dekat situ.

Mereka yang menyanyi sambil membawa bunga mawar merah dan putih serta lilin, meminta rakyat Malaysia menghormati satu sama lain.

Bagaimanapun, sebelum sempat sampai ke Dataran Merdeka, mereka dihalang oleh anggota polis di simpang Jalan Parlimen dan Jalan Tunku Abdul Rahman, dan diarahkan bersurai.

Selepas kiraan 10, anggota polis mula membuat tangkapan.

Antara yang ditangkap ialah pemimpin Hindraf S Jayathas dan tunang
Uthayakumar - S Indradevi. Uthayakumar dan Indradevi ditahan ketika sedang beredar dari Dataran Merdeka.

Beberapa anggota polis menerkam ke arah Uthayakumar sehingga dia terjatuh dan kemudiannya dibawa menaiki trak polis.

Ekoran tangkapan tersebut, peserta yang lain beredar meninggalkan kawasan itu pada kira-kira jam 8 malam - hanya 15 minit selepas nyalaan lilin itu bermula.

Tetapi kira-kira 30 minit kemudian, dua orang lagi ditahan- Shanti Waytha Moorthy dan Waytha Nayagi - ketika sedang menghantar SMS mengenai kejadian itu.

[Baca berita penuh]

Jumaat, 4 September 2009

MEDAN GETIR umNO- APA PULA

Kerja Allah tiada yang mampu menghalangnya. Sebagaimana kematian yang tak mampu kita lari demikianlah ketetapan Allah yang maha kuasa." Di mana sahaja berada. kamu dikitari oleh maut,sekalipun kamu berada di dalam kota(buruj) yang paling kukuh" peringatan Allah yang pasti terjadi.

Sebagai saudara seagama, takziah diucapkan kepada keluarga ADUN Bagan Pasir yang disahkan meninggal sebentar tadi. Tiada kesedihan yang lebih utama bagi seorang manusia biasa melainkan kematian. Itulah barangkali yang dirasakan oleh keluarga Allahyarham Azman Mohd Nor. Tapi saya amt yakin dalam kesedihan yang dihadapi oleh keluarga Allahyarham...kematian ADUN Bagan Pinang ini turut diratapi oleh Najib Razak yang tak pernah peduli apa terjadi pada orang lain. Barangkali turut merasai kesedihan ialah pengerusi SPR.

Walaupun Majoriti DUN Bagan Pasir agk besar , iaitu 2333, namun perubahan semasa amat menggusarkan umNO BN. Isu kepala lembu yang amat mengguriskan masyarakat Hindu seluruh negara yang membentuk hampir 20% pengundi. Umum mengetahui ia adalah angkara umNO. Bukti gambar dan pendedahan di blog blog amat jelas siapa dalangnya. Kesan pemerintahan PR di Perak dan Selangor juga memberi bekas kepada orang bukan melayu.itu belum ditambah dengan krisis MCA

Di Perak, nampak bagaimana umNO menjadikan Cina sebagai sasarannya. DS Nizar dituduh boneka Cina. Semua pemberian kepada Cina dianggap mengkhianati melayu walaupun ianya hak seorang rakyat Malaysia. umNO menjadikannya isu perkauman...kita nantikan apa pendekatan pemimpin dan blog pengampu umNO yang begitu kuat anti Cina dn India. Apakah blog ini akan direhatkan??? kita nantikan..

Apa yang pasti..tiada alasan dan undang undang rimba atau padang pasir yang mampu diguna pakai SPR bagi menghalang pilihanraya kecil! Inilah masanya membuktikan dakwaan umNo masih mendapat sokongan pengundi. Selama ini umNO menjadi penyerang dan PR sebagai pihak bertahan...sedikit undi lebih didapati BN dianggap perubahan rakyat.. kini umNO sebagai pihak bertahan....

Ayoh kita siapkan diri untuk menuju negeri yang paling banyak di Malaysia...sembilan...moga pilihanraya kali ini bukan pada hari kerja jika SPR ingin peratus mengundi meningkat... siap untuk menuju ke Selatan pula setelah berkali di utara....