IPOH, 4 Sept (Bernama) -- Kerajaan Perak meluluskan tanah seluas 1,000 hektar kepada Risda untuk membangunkan Projek Agropolitan di Air Ganda dekat Gerik bagi membantu 400 keluarga miskin tegar di daerah itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
antara berita Perak yang dilaporkan...nampaknya macam baik... tapi anda jangan lupa..sebenarnya sejak dari dulu kerajaan umNO akan menebas hutan untuk balak atas nama pembangunan. Berapa banyak tanah hutan termasuk di Pondok Tanjung yang dimusnahkan hutan untuk balak atas alasan pembangunan pertanian. akhirnya terbengkalai begitu sahaja..
Umum mengetahui Pemimpin umNO Perak sedang kekeringan wang saku terutama untuk menghadapi pilihanraya negeri andai ia terjadi. Sejak dulu umNo menjadikan hutan balak sebagai cagaran kepada setiap calonnya yang bertanding. Balak adalah hasil mudah walaupun ianya berisiko...namun atas nama pembangunan pertanian dan diberikan kepada rakyat apatah lagi melalui risda, felcra tau felda..semuanya nampak baik...
Kini sekali lagi atas nama pembangunan, pemimpin umNO Perak cari duit... Kalau ikut kawan yang buat kerja balak ni... 1000 ekar di Hutan Grik boleh hasilkan sekitar 20 juta...kaya..kaya..kaya...
kita tahu memang Zamry tengah cari modal nak pilihanraya... baru baru ni... dia dah buat pengumuman tentang emas yang kononnya dijumpai di Perak...baru dengar ura ura zamry dah istihar gegak gempita seluruh negara
1 ulasan:
Kita tebas Zambry dan konco-konconya nanti!
Catat Ulasan