Isnin, 7 September 2009

PUASA DI P PINANG, BERAYA DI NEGERI SEMBILAN

Semua mata dan telinga sedang diarahkan kepada SPR. Perhtian terhadap SPR lebih dari perhatian terhadap majlis Penyimpan mohor besar raja raja melayu. Umum telah boleh menjangka bila hari raya kerana kalendar kuda jarang salah dalam ramalannya, namun SPR memang sukar dijangka. Bila pilihanraya kecil N9 Bagan Pinang akan dilangsungkan???

SPR memang sukar diduga kerjanya...ia semacam sebuah suruhanjaya yang menjadi raja di Malaysia. Pilihanraya yang sepatutnya berlangsung boleh ditolak. Kuasa Speaker boleh di atasi. Kuasa undang undang tubuh negeri pun boleh ditolak. Hakikatnya tiada siapa boleh menjangka keputusan SPR. Tak tahu le pulak kalau Najib dan sekutunya memang dah tahu...mungkin juge....

Ramalan paling hampir, pilihanraya kecil n9 akan dilangsungkan dalam suasana raya. Ini bermakna ...majlis sambutan raya akan menjadi medan majlis politik. Semua pihak akan beralasan mengadakan majlis rumah terbuka...yang biasa dengan politik wang seperti umNO tak perlu bimbang kerana tiada alasan tuduhan politik wang kerana semuanya halal dengan alasan duit raya.

Kalau dalam bulan ramadhan di Permatang Pasir alasan berbuka puasa dijadikan alasan, ianya tetap terhad kerana berbuka puasa hanya selepas maghrib. Tak cukup dengan itu, ditambah dengan sahur plak... nak bagi duit raya...jauh lagi...

Rakyat di Bagan Pinang nampaknya akan lebih beruntung kerana duit raya akan melimpah banjir di sana, tidak sebagaimana pengundi di Permatang Pasir. Tentunya petugas di Bagan Pinang juga akan mewah dengan makanan tidak sebagaimana di Permatang Pasir walaupun kelihatan petugas umNO terutama budak sekolah yang tak cukup umur yang makan di bilik gerakan umNO.

Apapun nampaknya petugas yang mengejar pilihanraya kecil tahun ni berpuasa di Pulau Pinang dan beraya di Negeri Sembilan.... jom kita raya makan masakan minang plak.....nak join????

1 ulasan:

armouris berkata...

banyak info kesihatan tentang puasa kat sini - Puasa @ Info-Kesihatan-Anda